Isnin, 30 Jun 2014

MISI RAMADAN SYAWAL 1435H/204M- Masjid Beijing, 14 JUN

Assalamualaikum

Alhamdulillah.. permulaan Misi Ramadan Syawal berlangsung dengan baik & amanah para dermawan selamat disampaikan..

Kami berpeluang mengadakan suatu Majlis menyantuni anak-anak yatim, pelajar tahfiz & asnaf sempena menyambut Ramadan pada 14 Jun 2014 di Masjid Beijing, Rantau Panjang Kelantan

Jazakumulahu khairan kathira... buat semua yang terlibat, sama ada yang hulurkan sumbangan harta, kudrat @ masa...

Alhamdulillah dalam Majlis ini juga kami berpeluang bersama para dermawan & sukarelawan yang banyak membantu perjuangan kami selama ini yang sudi turun padang dari jauh..

Hadirin bukan sahaja diraikan dengan jamuan & penyerahan Bakul Barang Dapur&Kelengkapan Ibadah, malah dapat menikmati hiburan pengisian rohani Rawi & Qasidah yang disampaikan oleh tenaga pengajar & pelajar tahfiz daripada Madrasah Tahfiz di bawah Misi Pembangunan Tahfiz Sanggar Suri, iaitu PUSAT KEBAJIKAN TAHFIZ AL-QURAN & PENGAJIAN AGAMA ISLAM & MADRASAH DARUL QURAN MUHAMMADIAH

Bagi keluarga yang tidak sempat menikmati juadah semasa majlis kerana balik awal, tetap dapat nikmatinya apabila sahabat2 sudi membungkus & menghantarkan ke rumah-rumah mereka

Anggaran kehadiran: 250 orang

Antara Barangan yang disumbangkan:

Untuk keluarga asnaf, pelajar tahfiz, tenaga pengajar & AJK Masjid

1. 22 buah Bakul Barangan Dapur
2. 22 set Kelengkapan Ibadah ( Sejadah,Kain Pelekat,Telekung)
3. 60 set Kurma & Sejadah/Kain Pelekat
4. 22 kampit beras (10kg)

Untuk rumah Rumah Anak Yatim dan Dhuafa di Pasir Pekan,Kota Bharu

Sebuah Bakul Barangan Dapur
6 kampit beras(10kg)

Juga sejumlah wang yg disedekahkan kepada Tabung Ramadan Masjid, kumpulan Qasidah, dan bbrp individu yang terlibat yang menghulurkan bantuan.

insya-Allah seperti tahun2 lepas, Misi Ramadan Syawal akan diteruskan sepanjang bulan Ramadan demi membantu saudara se-Islam yang kurang berkemampuan untuk menampung perbelanjaan persediaan menyambut Ramadan & Syawal.

Maklumat lanjut akan dikemaskini sentiasa, insya-Allah..


Antara Misi yang dirancang:


1. Misi Agihan Bakul Barangan Dapur

2. Misi Agihan Juadah Berbuka
3. Misi Sepasang Baju di Aidilfitri
4. Misi Sebalang Kuih Raya, Pengikat Kaasih

Sokongan sahabat-sahabat amat dialu-alukan.. Insya-Allah maklumat Misi sepanjang Ramadan akan dikemsakini sentiasa...


























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini