Rabu, 18 Disember 2013

MISI KEMBALI KE SEKOLAH 2014



Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah...

Ungkapan yang tak pernah lekang drp mulut ini buat sahabat2 seperjuangan & juga yang ada niat bersama kami.. tatkala kami hampir putus asa..atau terkapai2 hilang arah..

"Kalau kita ada niat yang baik, Allah akan lorongkan untuk kita capai niat tersebut"

Dan Allah tidak pernah mungkir untuk tunaikan janji-Nya..

Bagi sesetengah pihak ada yang agak cuak dengan cara kerja kami..tiada target & budget khusus.
Ya, kami mulakan setiap MISI tanpa DANA.. tiada budget tapi ada HARAPAN & DOA.
Sukar ditafsirkan secara logik & matematik kan?

Kami cuma mampu letakkan sasaran..tapi tetap berharap dapat lepasi sasaran. Kerana yang mengharapkan bantuan kita sangat ramai..tak mampu untuk kami sasarkan.
Yang pernah turun padang dan lihat sendiri kesusahan mereka sahaja yang faham.

Syukur teramat..walaupun hanya berbekalkan KEPERCAYAAN semata-mata, kami tidak putus-putus menerima sokongan. Syukur teramat..ada tangan2 yang sudi hulurkan sumbangan sama ada sumbangan MASA, KUDRAT & HARTA.. Hanya Allah yang mampu membalasnya, semestinya BERGANDA-GANDA.. itulah doa kami utk mereka.

Alhamdulillah..

Sasaran awal kami cuma untuk capai 100 orang pelajar. Tapi Alhamdulillah, hasil kemuliaan hati penderma & kesungguhan sahabat sukarelawan kami berjaya melepasi sasaran..Alhamdulillah.

Sasaran penerima berdasar dana yang ada insya-Allah 310 pelajar. Ada yang terima pakaian, dan ada yang menerima beg&alat tulis..  Alhamdulillah kami juga mendapat sumbangan sebuah komputer, 16 pasang telekung, 110 naskhah al-Quran.

Insya-Allah perjalanan Misi Kembali ke Sekolah akan bermula esok 20 Dis-31Dis 2013.

Doakan perjalanan kami dilindungi Allah & diiringi para malaikat. Dipermudahkan segala urusan..agar segala amanah dapat disampaikan dengan sebaik mungkin..amin

MISI KEMBALI KE SEKOLAH 2014

Perjalanan Sahabat Sanggar Suri:

JUMAAT 20 Dis: 
bertolak dr KL - KUANTAN & KEMAMAN

Untuk sekolah agama/tahfiz:
Komputer 1 set
Telekung 30
al-Quran 60


Pelajar:
Beg 180
Alat tulis 180


1. KUANTAN 
penerima: 130 pelajar
(pengantara Puan Noor Hasnor)
 
2. KEMAMAN 
penerima: 50 pelajar
(pengantara Puan Diana)

JUMAAT 21 Dis: 
bertolak dr KL - KELANTAN
(pengantara Elly & Nizam)

SABTU 21 Dis
Misi Kembali ke Sekolah di MACHANG, Kelantan


Tempat &Masa:
 SK Ayer Merah, Machang (10pagi)
-Penyampaian pakaian sekolah- 
penerima: 20pelajar

AHAD 22 Dis: 
Misi Kembali ke Sekolah di RANTAU PANJANG, Kelantan


Penerima: 50 pelajar


Tempat & Masa: 
1. Pasaraya MYDIN (10pagi)


 Membeli pakaian sekolah bersama fakir miskin

2.Rumah Sahabat-(12 tgh hari)
(Pn Sufiyah Mubarak)


- Jamu selera & ramah mesra
-Penyampaian 30 naskhah al-Quran


SELASA 24 Dis: 
Misi kembali ke Sekolah di LENGGONG Perak 
(pengantara: Puan Shahrizan Ahmad)

Tempat & Masa: 

1. SK Sumpitan, Lenggong (3 petang)
-Penyampaian 30 naskhah al-Quran

2. Rumah sahabat (4 petang)
(Puan Shahrizan Ahmad)

-Penyampaian pakaian sekolah- 
penerima: 20pelajar

 Belum ditetapkan tarikh:

1. PULAU PINANG
Pengantara: Puan Norhana
Penerima: 20 pelajar

2. LEMBAH KLANG
Pengantara: Puan Noor Hidawati
Penerima:20 pelajar

DO BUAT SEMUA YANG TERLIBAT


 "Ya, Allah! Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Semoga usaha & perkongsian rezeki ini diterima-Mu 
Jadikan sedekah ini sebagai simpanan yang menguntungkan, 
dan janganlah ia menjadi pemberian yang merugikan,
 
Semoga sedekah ini mampu menjadi bekal untuk perjalanan ke SYURGA.. 
Semoga Allah mengampuni dosa kita, suami ibu bapa & ahli keluarga, 
menyucikan hati&jiwa dan rezeki, 
serta limpahkan keberkatan dlm hidup kita & keluarga kami. ..amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini