Isnin, 9 Disember 2013

MISI KEMBALI KE SEKOLAH 2014

 
 
 
MISI KEMBALI KE SEKOLAH 2014

Assalamualaikum..
 
Mohon maaf baru sempat update..

Update Misi Sekolah tenggelam dek Misi Banjir..dua2 penting..
Dalam fikiran ini berpusing2 bagaimana nak buat agihan yang terbaik. ...

Sebelum ini target kawasan2 yang terjejas banjir & tengkujuh (kebanyakan keluarga penoreh getah) di Perak & Kelantan, juga keluarga miskin bandar di Pulau Pinang dan Lembah Klang.
Tak termasuk kawasan2 banjir di Pahang & Kemamam..

Tetapi apabila berlaku keadaan macam ini rasa sayu & berhajat sangat agar mereka juga turut dibantu. Lagi tambah sayu apabila hari ini dapat mesej daripada sahabat2 yang bercerita pasal kawasan2 yang terpinggir drp mendapat bantuan, mungkin sebab kurang litupan media & internet..

Doakan agar Allah bukakan hati para dermawan untuk membantu menjayakan Misi Kembali ke Sekolah ini. Bantuan peralatan & kelengkapan sekolah amat diperlukan & pastinya banyak membebankan fikiran ibu bapa saat ini..

Alhamdulillah kutipan setakat ini mencukupi bagi kawasan2 yang dijanjikan sebelum ini.

Target sekarang untuk meluaskan agihan ke kawasan2 terjejas banjir di Pahang & Terengganu. Insya-Allah seperti biasa, Misi kami akan mencari yang benar2 memerlukan dan terpinggir drp bantuan..

Sudilah kiranya tinggalkan pesanan di Facebook Elly Nizam EksekutifSuri sekiranya niat kita sama..

UPDATE SETAKAT 10 DISEMBER 2013

DANA PAKAIAN SEKOLAH
Dana setakat hari ini (10 DIS 2013) = RM11010 (anggaran 100 pelajar)

**Dana masih diperlukan untuk Misi terbaru membantu meringankan beban persiapan persekolahan mangsa banjir di Pahang & Terengganu.

Dana akan dikumpulkan sehingga 25 Dis 2013.

Sumbangan diperlukan sama ada dalam bentuk kewangan atau barangan:

1. Pakaian&kasut sekolah (anggaran RM100/pelajar )
2. Bekas pensel
3. Beg
4. Alat tulis
5. Telekung
6. Nashkah al-Quran

Alhamdulillah, ini adalah sebahagian dari hasil dari sumbangan pada dermawan.

1. Alat tulis&bekas pensel
Bekas pensel : 100 set dijahit oleh sahabat. Budget RM500..Alhamdulillah sudah siap.
Bookmark pula sumbangan sahabat..Jazakumullah khairan kathira
***masih diperlukan untuk Misi seterusnya di Pahang & Terengganu
 
 
 



 






 
2. Naskhah al-Quran

Sumbangan al-Quran. Anggran RM15 senaskhah.

Dana diterima setakat ini (10 DIS 2013) : 70 naskhah
Sumbangan sudah diterima: 30 naskhah


Sumbangan drp sahabat2 di Singapura & Kelantan

3. Telekung- 

 Diterima setakat ini (28 NOV 2013) :
1. Telekung: 8 pasang
2. Kain Pelekat: 12 pasang

***kami tidak tetapkan jumlah telekung yang diperlukan kerana keutamaan lebih kepada membeli pakaian sekolah.

Memandangkan Telekung & kain pelekat iperlukan dengan kadar segera, sumbangan ini akan diserahkan kepada NGO Ikram esok untuk diagihkan kepada mangsa banjir. Semoga dapat dimanfaatkan sebaiknya & secepat mungkin..



sumbangan sahabat dr KL

4. . Beg sekolah - Belum ada sumbangan



Tarikh Akhir Sasaran: 25 Dis 2013

 Semoga dipermudahkan rezeki anak-anak miskin ini..amin

******************************************************************

Semoga dilindungi Allah sentiasa.

Insya-Allah kami akan teruskan Misi Sinar Harapan: Kembali ke Sekolah 2014 seperti tahun2 sebelum ini. Kami mulakan Misi ini bersama doa kepada Allah swt agar ada bantuan daripada-Nya untuk permudahkan urusan kami, jua dibukakan hati para sahabat untuk bersama2 berkongsi rezeki, sama ada dlm bentuk tenaga, masa & harta.


Kami akan bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain, bergantung kepada dana yang ada.  Antara destinasi Misi Kembali ke Sekolah(bergantung pada dana)

1. Rantau Panjang Kelantan  
2. Pasir Mas, Kelantan
3. Machang, Kelantan
4. Lenggong, Perak.5. Redang Panjang, Perak
6. P.Pinang.
7. Lembah Kelang
8 .Pahang ( maklumat kawasan yang perlukan bantuan sedang dikumpulkan)
9. Terengganu  ( maklumat kawasan yang perlukan bantuan sedang dikumpulkan)

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Untuk maklumat lanjut: 
En Jamaluddin 0195414673 jamal.hassim@yahoo.com
untuk sumbangan dana bekas pensel dan barangan dalam bentuk alat tulis:
 
Noor Hidawati: 019-6430260

Facebook: Noor Hidawati

atau lawati blog:


Semoga usaha kita ini dipermudahkan & diberkati Allah, dan menjadi bekal peneman kita di akhirat nanti. Amin
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini