Selasa, 8 Oktober 2013

Misi Sinar Harapan: Program Korban & Akikah 1434H/ 2013M

Assalamualaikum





**********************************************************
Insya-Allah semoga dipermudahkan Allah seperti tahun2 lepas untuk bersama2 kita mengadakan Majlis Korban & Akikah di perkampungan yang terdapat ramai keluarga miskin . Daging-daging Korban dan Akikah akan diagihkan kepada fakir miskin, ibu tunggal, anak-anak yatim serta keluarga yang berpendapatan rendah serta keluarga yang mempunyai anak-anak yang ramai.   
Majlis kenduri @ tahlil juga akan diadakan selepas ibadah Korban & Akikah.
 
Semoga usaha kita ini bukan sahaja dapat memenuhi tanggungjawab kita bahkan dapat juga berkongsi rezeki dengan golongan yg memerlukan.

Anggaran kos:
 
1. Satu bahagian lembu RM420.00 
2. Seekor kambing RM850 

Sekiranya ada lebihan wang mohon diizinkan utk disedekahkan kepada fakir miskin sama ada dlm bentuk jamuan atau agihan makanan, juga menanggung kos pengurusan majlis yang dijalankan oleh penduduk kampung.
 
Insya-Allah kami akan tunaikan hajat sahabat2 untuk adakan ibadah korban @ akikah di kawasan2 seperti berikut:


  1. Kampung2 sekitar Redang Panjang, Taiping, Perak.
  2. Kampung2 sekitar Pengkalan Chepa, Kelantan
  3. Kampung2 sekitar Rantau Panjang, Kelantan.
  4. Kampung2 sekitar Besut, Terengganu


Kepada TUAN/PUAN yg berminat untuk sertai ibadah ini harap dapat buat pengesahan sebelum 7 OKTOBER 2013.

Didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih atas kesudian berkongsi rezeki,
semoga ibadah sahabat2 ini bukan sahaja diterima Allah dan mendapat keberkatan-Nya, bahkan dapat menggembirakan hati para fakir miskin yang menerimanya.
Untuk gambar2&info Misi Korban&Akikah tahun lepas:  
http://eksekutifsuri.blogspot.com/2012/10/misi-sinar-harapan-program-korban_28.html

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:


FB: Elly Nizam 
Tel: 012-3614014 Email:eksekutifsuri@yahoo.com.my
SanggarSuri http://eksekutifsuri.blogspot.com

Semoga Allah Mempermudahkan urusan kita dan memberkati usaha & rezeki kita. Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini