Isnin, 25 Februari 2013

Misi Bantuan Banjir : Musibah Menyatukan Kita

 Assalamualaikum

Orang kata..nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Janji Allah pula..kalau kita niat baik, Allah akan permudahkan.. Berbekalkan 2 kalimat ini, kami teruskan perjalanan walaupun mendapat berita air semakin naik.. Perjalanan menaiki bas dari Ipoh ke Pasir Mas, Kelantan bersama anak-anak diiringi hujan sepanjang jalan sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan di hati.

Awalnya, kami merancang untuk balik sebelum banjir, tapi apakan daya kami dikhabarkan air sudah melimpah sebelum kami menaiki bas. Berbekalkan pengalaman dibesarkan di kawasan yang sering ditimpa banjir & pertolongan sahabat2 & saudara mara yang sepanjang masa mengirimkan perkhabaran terkini menyebabkan kami yakin akan sampai dengan selamat.

Alhamdulillah, perjalanan kami selamat & semua Misi yang dirancang dapat ditunaikan. Terima kasih kepada semua yang membantu mempermudahkan Misi kami & menghulurkan sumbangan  untuk mangsa banjir

Kami rasa puas dan terharu..dapat bersama sahabat2 menghulurkan sedikit kudrat & meminjamkan sedikit masa untuk bersama2. Kagum dengan semangat semua..tidak kira tua dan muda, malah perbezaan warna parti juga diketepikan.

Penghargaan kepada Ahli Parlimen Rantau Panjang, yang sentiasa bersama rakyat. Turun padang membungkus bantuan, dan mengagih2kan bantuan ke seluruh pelosok kampung. Kagum juga dengan kesepakatan ahli korporat, persatuan, NGO dan orang perseorangan yang sama2 menghulurkan bantuan, sama ada dlm bentuk harta atau tenaga.. Syukurlah, musibah ini menyatukan kita.. semoga Allah memandang dengan pandangan kasih sayang-Nya terhadap usaha kita ini. Amin

barang makanan yang siap dibungkus & tunggu giliran diagih2kan



YB Siti Zailah, Ahli Parlimen Rantau Panjang sedang mengagihkan bantuan


Si Cilik juga turut membantu






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini