Khamis, 7 Februari 2013

PROJEK TABUNG SUSU UNTUK ANAK YATIM & FAKIR MISKIN 2013

PROJEK TABUNG SUSU UNTUK ANAK YATIM & FAKIR MISKIN 2013



Assalamualaikum

Semoga  sihat sejahtera dan di bawah lindungan Allah sentiasa. Alhamdulillah sudah hampir 4 tahun projek ini dijalankan.

Sanggar Suri & Team Misi Sinar Harapan merakamkan rasa terharu & mengucapkan setinggi2 penghargaan atas kesudian sahabat2 menyumbang secara istiqamah melalui ProjekTabung Susu utk Anak Yatim & Fakir Miskin.

Alhamdulillah dengan sumbangan ini, kami dapat membeli & mengagih2kan susu kepada anak2 yatim & fakir miskin di beberapa tempat & daerah di berapa negeri.

Untuk maklumat lanjut Projek Tabung Susu boleh diikuti dalam blog Sanggar Suri www.eksekutifsuri.blogspot.com
Di sebelah kanan bawah tajuk:
PROJEK TABUNG SUSU UNTUK ANAK YATIM & FAKIR MISKIN
 

PERKEMBANGAN  sehingga 07 FEB 2013


1. PERUBAHAN JUMLAH PENERIMA
  • Akibat beberapa sebab, antaranya: umur yang meningkat, ekonomi ibu bapa meningkat(terkeluar drp asnaf), berpindah ke tempat lain dll.
  • Kawasan Redang Panjang & Lenggong (Penerima susu sejak tahun 2009) : Bantuan dihentikan mulai Jun 2012 atas permintaan pengantara kawasan Lenggong & Redang Panjang sendiri. Atas sebab anak2 di sini sudah besar dan kepentingan kpd susu berkurangan.
  • Kawasan Jeli: Alhamdulillah anak2 sudah besar & keluarga tidak sesusah dahulu.
  • Kawasan Subang: salah seorang penerima bantuan Nashanida (OKU) telah kembali ke Rahmatullah pada 6 Jan 2013. Ibunya, Puan Rohaya (mualaf&ibu tunggal) baru menjalani pembedahan(potong kaki) akibat diabetes pd bulan Disember 2012. 

2. JUMLAH DANA BERKURANG

  • Tarikh pembelian & pengagihan susu bergantung pada dana yg diperolehi 
  • Dana yang berkurang menyebabkan ada masanya proses penyerahan tidak tetap.
  • Kutipan bulan Nov & Dis 2012 hanya cukup untuk peruntukan bulan Nov sahaja. Jadi bulan Dis 2012 tiada penyerahan susu.
  • Kutipan berkurang mungkin disebabkan oleh komitmen penderma terhadap hal2 lain terutama persediaan anak2 sekolah
  • Penderma tetap juga sudah berkurang, ada juga yang mengalami masalah ekonomi & ada komitmen lain.
  • Diharap kutipan seterusnya akan bertambah & lebih ramai kanak-kanak miskin daapat dibantu.

Maklumat & gambar penerima susu boleh dilihat di blog Sanggar Suri
PROJEK TABUNG SUSU UNTUK ANAK YATIM & FAKIR MISKIN
Ada juga rumah anak yatim @ keluarga yang meminta kami tidak menyiarkan nama anak2 di bawah jagaan mereka, kerana ada kes penyalahgunaan maklumat. Jadi, sahabat2 boleh berkomunikasi terus dengan penjaga mereka (nama dan no tel disertakan dalam blog)

MAKLUMAT PENERIMA BANTUAN SUSU 2013


TEMPAT
PENGANTARA
JUMLAH
STATUS
1
Baitul Fitrah, Bandar Country Homes, Rawang

Zaphir  (0139219866)

5
Anak yatim & fakir miskin bawah tanggunggan BFitrah
2
Rumah Titian Ashraful Rohaniah, Teluk Intan
(RTAR)
Pn Rohana
(013-4550013)

4
Anak yatim, terbiar & OKU tanggunggan RTAR
3
Rumah Jagaan Nasyiatul Aisyiyah, Pulau Pinang

Pn Rohani
(04 8661244)
2
Anak ditinggalkan
4
Kawasan Pasir Mas, Kelantan
Cikgu Suzana
(019-9859571)
4
Oku, Anak Yatim & Fakir Miskin
5
Kawasan Machang,
Kelantan
Cikgu Suzana
(019-9859571)
4
Anak Fakir Miskin
6
Kawasan Rantau Panjang, Kelantan
T.Hj Haris(Mie)
(019-9107987
10
Anak yatim & fakir miskin
7
PPRT Lembah Subang, PJ
Elly
(012-3614014)
2
Oku, Anak Yatim & Fakir Miskin
8
Flat Kayu Ara, PJ
Elly
(012-3614014)
1
Anak yatim & fakir miskin


JUMLAH
32



JUMLAH PENERIMA:32 orang (128 paket susu)
KOS DIPERLUKAN: RM2560/bulan


 

Jutaan Terima kasih pada semua yang menghulurkan sokongan, sama ada yang menderma dengan harta mereka atau yang memberi sokongan moral, masa & tenaga serta menaruh kepercayaan kepada kami .

Semoga usaha kita ini dapat memberi peluang kepada anak2 ini membesar dengan lebih baik & menjadi anak yang soleh & solehah, berkat drp kemuafakatan kita berganding bahu membantu menyediakan bekalan susu untuk mereka. Amin


Semoga Allah Memberkati Rezeki & Usaha kita..amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini