Selasa, 20 November 2012

Misi Sinar Harapan: Kembali ke Sekolah 2013: Kelantan

Alhamdulillah Misi Sinar Harapan: Kembali ke Sekolah 2013 bg Destinasi 1: KELANTAN telah selesai.

Team Sanggar Suri membawa 55 anak-anak ini membeli-belah pakaian & kasut sekolah di Pekan Rantau Panjang, Kelantan. Manakala 4 orang lagi diberikan wang belanja untuk membeli baju kerana warna baju yang berbeza. Kami sempat ziarah keluarga mereka pada 15 Nov 2012.
Keseluruhan mereka mendapat 1 beg, sepasang pakaian sekolah & kasut.

Tarikh: 11 Nov 2012
Tempat: Mydin Rantau Panjang
Jumlah anak yatim & miskin: 57
Perbelanjaan (12 Nov&15Nov)=RM4398

Jumlah kampung terlibat:
13 kampung sekitar Parlimen Rantau Panjang(Kg Dangar, Kg Kedap, Kg Gual To'Deh, Kg Alor Lenggok, Kg Pak Jak, Kg Banggol Kuin, Tepi Sungai, Kg Tasik Permai, Kg Kuala Itik, Kg Kubang Siput, Kg Telaga Mas, Kg Lubok Setol, Kg Kubang Rambutan)

Terima kasih kepada ketua2 kampung yang menguruskan anak2 ini.
Terima kasih En Wan dr Kedai Lama, Penghulu Syed Bakar, Penghulu Mohd Zakia. Terima kasih kepada Abe Lan Roslan Diy & Abe Roffi & Mie GSTK atas usaha kalian. Terima kasih Nazlina Talib & Ruzman Wahab yang datang dr Terengganu membawa beg yang dibeli & dicop sendiri..serta sudi mengiringi anak2 ini "shopping".
 

Terima kasih kepada anak-anak yatim & miskin yang sudi datang dan memberi peluang kepada kami berkongsi sedikit pahala buat bekal menghadap Allah..


Penghargaan istimewa kepada sahabat2 yang sentiasa memberi sokongan, sama ada sokongan moral, kudrat & harta..Alhamdulillah..MISI kita telah membuatkan anak2 ini gembira & insya-Allah meringankan beban ibu bapa @ penjaga mereka.. Semoga Allah pandang usaha kita ini...amin

INSYA-ALLAH ada rezeki kita akan teruskan MISI KEMBALI ke SEKOLAH ke destinasi seterusnya-P.PINANG, LENGGONG & REDANG PANJANG, PERAK.

Sekiranya ada yang sudi berkongsi rezeki harap dapat hubungi:
Elly Nizam 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my

Terima kasih kepada Mie Gstk dan Ruzman Wahab atas sumbangan gambar2 sepanjang majlis.


 


 
 





 





 


 
 
 
 
 

 


 


 
































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini