Isnin, 19 Mac 2012

Misi Sinar Harapan: Ziarah&Sedekah Kota Bharu, Kelantan 17 Mac 2012

Assalamualaikum

Alhamdulillah Misi Sinar Harapan tertunai sudah..dengan jayanya & cerianya...tiada kata nak digambarkan...bersamalah kita saksikan keceriaan para sukarelawan & penerima bantuan yang tak putus2 ucapkan terima kasih..

Jutaan terima kasih buat semua penderma & para sukarelawan. Kami rasa sangat puas & gembira atas anugerah Allah yang menemukan kami dengan pelbagai golongan sahabat yang pemurah & bersemangat tinggi. Jutaan terima kasih atas sokongan ayahanda bonda, walaupun pada zahirnya ibu kami uzur, tapi semangatnya yang kental membawa beliau ke sana bersama
kami. Alhamdulillah, ibu kami Hajah Noraini Jamaliah Yaakob Baginda berjaya mengakhiri misi bersama2 kami.
Terima kasih pada sahabat karib satu sekolah, Pn Ruhaiza dan keluarga yang turut turun padang membawa 13 kampit beras siam. Kehadiran beliau menguatkan semangat kami.

Terima kasih tak terhingga buat adik2 yang sudi temani kami, dan amat terharu apabila rombongan kami turut disertai anak2 muda lepasan SPM drp Jeli & Rantau Panjang. Walaupun penat, mereka tetap ceria dan bersemangat menghulurkan bantuan sepanjang ziarah. Semoga anak2 ini mendapat keputusan cemerlang dlm SPM dan menjadi anak yang soleh & solehah.

Tak lupa juga penghargaan buat pengantara Ustaz Fathan, Encik Mohamed b Sulaiman, para penghulu, tuan2 rumah-Puan Zainab & Pn Aminah dan keluarga yang memberikan layanan istimewa kepada kami.

Sokongan padu ahli keluarga & sahabat2 sama ada dalam bentuk sokongan moral, wang ringgit & keringat amat kami hargai. Seperti biasa, usaha ini menjadi unik atas dasar saling memberi sokongan dan kepercayaan. Barangan yg dibawa bukan sahaja disumbangkan oleh para sahabat, malah yang dibeli menggunakan dana sumbangan para sahabat juga dibekalkan oleh para sahabat usahawan, antaranya Telekung drp AyuEmuslimah (Rahayu Daut), Similaco(koko) drp EES Herbs (En Shukri), Biocafe(BioSirih), Serunding(EksekutifSuri), Beg(Tifamie-En Suhaimi), Sejadah (Noranita Talib), beg telekung(The Abaya Souq).












Jutaan terima kasih pada yang sudi mengirimkan wang ringgit untuk menampung perbelanjaan dlm menjayakan misi ini. Semoga Allah melipatgandakan rezeki para dermawan & sukarelawan...semoga Allah memberkati usaha kita ini dan dapat kita jadikan bekal menemui-Nya nanti..amin.


Kampung yang menerima sumbangan & ziarah:
Kampung Semut Api, Kampung Siti Manis, Pulau Hj Mat(Hj Dollah) & Pulau Pantai Kuda (semua kampung di sekitar Pantai Cahaya Bulan & Kuala Besar, KB)
















Alhamdulillah melalui sumbangan sahabat2 kami dapat sampaikan pada keluarga & anak2 nelayan miskin ini:


15 buah basikal
(diagih2kan di Kg Semut Api-10, Kg Siti Manis -5)





















































































20 set hamper
(bekas makanan berisi muffin, bekas air, set alat tulis)













13 keluarga x RM100
(wang tunai)


13 set barangan dapur&keperluan

(sejadah, telekung, 2 tin susu pekat manis, 2kg gula, 2kg tepung, 2kg minyak, 10kg beras siam, kopi biocafe, koko smilaco, teh, biskut, serunding daging)


























































































































Sesi Memunggah Barang ke Pengkalan Kuala Besar









































































Menaiki bot untuk ke pulau..
































































































Sesi Ziarah & Jelajah pulau..jauhnya satu rumah ke satu rumah..


















































































































Jom main...sukarelawan&anak2 pulau






































































Sempat singgah...bengkel mencanting batik























.















Antara penghuni lain yang ada di pulau.

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah.....
    terima kasih buat semua..
    best sangat2...^^

    -Azlini-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih juga buat Azlini sekeluarga kerana sudi melayan kami. Kami pun seronok sangat2..best!!

      Padam

Sila titipkan ulasan anda di sini