Khamis, 27 Oktober 2011

Sekelumit Kisah Warga KAFA Integrasi al-Insaniah: Azwa..cantik, Sopan & Cerdik...tapi..





Nur Azwa Shakira … raut wajahnya semanis nama..sopan, cantik & cerdik itulah yg dapat diterjemahkan melalui penampilan dirinya. Namun siapa tahu di sebalik wajahnya yg tenang ada bebanan berat yang terpaksa digalas.. Melihat raut wajahnya yang tenang , penampilan dirinya dan perwatakan yang matang sukar untuk meneka berapa umurnya.. baru 10 tahun rupanya..

Di kala anak2 kita merengek2 minta itu & ini… sibuk bermain itu & ini.. Azwa yang sebaya dengan anak2 kita ini sudah menggalas tugas yang berat. Sebagai anak sulung, Azwalah menjadi tempat ibunya berkongsi masalah & bebanan.. hal ini diceritakan sendiri oleh ibu Azwa. Betapa mereka jenuh memerah otak mencari jalan untuk mencari belanja demi sesuap nasi..
Cara Azwa melayan adiknya..berpimpinan tangan sepanjang jalan ke kereta kami, dan meriba adiknya Azrai 7 tahun membuktikan Azwa seorang kakak yang penyayang. Adiknya juga seorang yang bersopan seperti kakaknya… sejuk mata memandang. Walaupun ibunya menghadapi tekanan yg hebat tp ibunya, Nor Baizura yang baru berusia 30 tahun tidak gagal mendidik anak2nya.

Ujian Allah itu kadangnya datang bertimpa2… sudahlah miskin Azwa & adik bongsunya Azroy yg berumur 2 tahun sakit pula. Akibat masalah buah pinggang yang menyerang saraf, penglihatan Azwa semakin hari semakin kabur. Kadang2 pitam akibat pening… Masalah ini dapat diringankan sekiranya Azwa memakai cermin mata khas yang disediakan pakar mata (**kos perubatan hospital kerajaan percuma, cermin mata (aksesori )perlu dibayar). Namun, akibat kesempitan hidup mereka tidak mampu menjelaskan kos cermin mata tersebut. Akibatnya mata Azwa semakin hari semakin rosak..
 
Jenuh ibunya ke hulu ke hilir untuk dapatkan bantuan.. namun, kerenah birokrasi & janji yang tak ditepati melengahkan usaha ini. Hampir setahun ibunya berusaha … tanggapan kami kos tersebut mungkin ribuan ringgit menyebabkan pihak bertanggungjawab sukar mengeluarkan belanja tersebut.


Namun apabila ibunya beritahu kosnya cuma RM300..kami semua terkejut… untuk dapatkan RM300 terpaksa berulang-alik hampir setahun?!!

Alhamdulillah melalui sahabat2 prihatin masalah yg berlarutan hampir setahun dapat diselesaikan dlm masa kurang 10 jam dengan adanya seorang penderma yang sudi menanggung kos cermin mata tersebut. Melompat kegembiraan Si Azwa..harapannya, tidak ada gangguan lagi utk dia tumpukan perhatian di dalam kelas.
Adik bongsunya pula yg berusia 2 tahun lebih mengalami masalah kesihatan..selalu demam & kekurangan zat, berat badan kurang sangat.. mengikut pakar anaknya mengalami “stress” akibat semasa mengandung ibunya mengalami tekanan perasaan yang hebat akibat kerenah suami (sekaranng sudah bercerai).
Selepas bercerai dgn bapa Azwa, punca rezeki hidup mereka bergantung sepenuhnya pada kudrat ibu Azwa sahaja. Pendapatan mereka tidak tetap .. ibunya hanya berpeluang membawa teksi atas ehsan jiranya jika jirannya tidak bekerja pada hari itu. Kadang-kadang sewa teksi pun tidak lepas…Untuk membayar yuran sekolah agama KAFA Integrasi al-Insaniah tempat mereka belajar pun tidak mampu wpun cuma RM20 sebulan. ..
Aduh..semput rasa nafas ini.. di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur yang mewah ini, masih ada segolongan insan yang masih kelaparan..kesakitan..tiada pendidikan..akibat tiada WANG!!
Bukan seorang..tapi ramai…


Elly EksekutifSuri
**bersama TV al-Hijrah utk penggambaran Sinar Baru

27/10/11

2 ulasan:

  1. Terima kasih kerana memaparkan kisah adik Nur Azwa dan keluarga. Boleh saya tahu sekiranya Tuan/Puan mempunyai maklumat keluarga seperti alamat atau nombor akaun. Saya tidak mahu dikenali tetapi sekiranya ada maklumat no akaun keluarga diatas, insyallah saya akan cuba mencari bantuan atau membantu sedikit sebanyak

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum

    Terima kasih atas keprihatinan tuan/puan. Ada sesetengah kes kami tidak siarkan maklumat lanjut spt no tel & no akaun kerana bimbang disalah guna. Namun, sekiranya tuan/puan berhajat utk membantu, sila email kpd eksekutifsuri@yahoo.com.my utk maklumat lanjut.

    Terima kasih

    BalasPadam

Sila titipkan ulasan anda di sini