Isnin, 1 Ogos 2011

Misi Sinar Harapan: Ziarah Ramadan & Syawal : Hulu Langat


Assalamualaikum


Alhamdulillah Misi Ziarah Ramadan & Syawal telah terlaksana di 3 destinasi iaitu di Kelantan 16 Julai, Perak 23 Julai, dan Hulu Langat 31 Julai. Insya-Allah misi
akan diteruskan sekitar Lembah Kelang mulai esok..


Pada Ahad, 31Julai 2011 niat kami tertunai utk ziarah tapak tanah runtuh & penempatan sementara penghuni drp Rumah Anak-anak Yatim dan Anak Hidayah At Taqwa di Hulu Langat, di Pusat Latihan YADIM Sg Semungkis, Bt 14 Hulu Langat.

                                                                                                

 


Di kesempatan itu kami sampaikan sedekah yang yg diamanahkan drp penderma sebanyakRM3100.





Suasana agak sepi & masih lagi diselubungi kesedihan..sayu bila lihat tapak tanah runtuh & bangunan bekas rumah anak yatim ini ditinggalkan terbiar..

lagi sayu bila lihat wajah2 anak2 yatim & hidayah yang tinggal.

Setakat ini sudah 20 orang anak2 ini kembali dan 4 lagi masih di bawah pengawasan keluarga.

Kami menemui salah seorang sukarelawan yang menjaga urusan mereka, iaitu En Fauzi. Mengikut En Fauzi, mereka masih lg trauma dan tidak digalakkan menerima jemputan berbuka puasa di luar. Ini bg mengelakkan mereka jadi tumpuan & ditujukan soalan yg menyebabkan luka lama berdarah kembali.

Namun, sekiranya sahabat2 berhajat untuk menjamu mereka makan @ mengadakan apa2 majlis di penempatan sementara itu, amat dialu-alukan.

Keperluan mereka yang amat penting buat masa ini adalah dari sudut kewangan. Penempatan sementara ini hanya untuk 6 bulan sahaja. Mereka perlukan wang untuk kos pembelian tanah, membina bangunan baru dan kos pengurusan & belanja anak2 yg
menjadi penghuni di sini.


Untuk maklumat lanjut & sumbangan boleh hubungi: En Fauzi 0132083747

Terima kasih buat En Fauzi & semua penghuni Rumah Anak Yatim & Hidayah at-Taqwa kerana sudi menerima kunjungan kami.

Terima kasih buat keluarga En Saifuddin yg menjadi tempat persinggahan kami, dan teima kasih buat anaknya Ashraff yg sudi menemani kami sepanjang ziarah. Tahniah juga pada Ashraff yg menjadi salah seorang penduduk & penyelamat terawal yg sampai pada ms kejadian tanah runtuh terbabit.

Terima kasih buat semua yg terlibat, sama ada yg memberi sumbangan dlm be
ntuk wang ringgit, tenaga atau masa.





















2 ulasan:

  1. salam,
    ada no akaun rumah ini tak untuk derma? kalau ada, boleh tolong sertakan..

    terima kasih..

    BalasPadam
  2. Salam. Terima kasih..Untuk maklumat lanjut & sumbangan boleh hubungi: En Fauzi 0132083747
    Rumah Anak-anak Yatim dan Anak Hidayah At Taqwa

    BalasPadam

Sila titipkan ulasan anda di sini