Khamis, 25 November 2010

MISI SINAR HARAPAN: Dana Kembali ke Sekolah utk Anak Yatim & Fakir Miskin

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Semoga dilindungi Allah sentiasa.

Insya-Allah kami akan teruskan Misi Sinar Harapan :"Dana Kembali ke Sekolah" seperti tahun2 sebelum ini. Jika tahun lepas lebih 100 anak yatim & miskin dapat kita bantu dengan izin & pertolongan Allah, kami harap tahun ini lebih ramai lagi golongan tidak bernasib baik ini dapat dibantu.
Perjuangan kami agak unik, kerana usaha ini digembleng oleh rakan2 maya yang disatukan atas dasar kepercayaan & amanah, walaupun ada antara kami belum pernah berjumpa.
Projek ini anjuran bersama bloggers SanggarSuri ( Eksekutifsuri.com), Al-Jauhar dan d'Redang dengan mendapat sokongan rakan2 bloggers seperti Pondok Craft, Suzana Hulaimi & rakan2 maya drp pelbagai egroups seperti UmmikuSayang, Respeks, Resipi.net, Exsemesdians, Ibu, Taman2 Syurga, MelayuTrade, PKSclub dll.
Anggaran perbelanjaan persekolahan untuk 2 pasang uniform, kasut, peralatan & beg sekolah -RM100 seorang.
Untuk tahun ini (2010) kami berhajat untuk membantu anak2 yatim, miskin & terbiar yang tidak tinggal di rumah kebajikan/rumah anak yatim tetapi lebih tertumpu kepada mereka yang tersisih @ terlepas pandang yang tinggal kawasan2 pendalaman.
Dengan bantuan sahabat2 yang menjejaki mereka, insya-Allah kawasan yang akan dibantu terdiri drp kawasan berikut:

1. Klang, Lembah Subang & Rawang, Selangor
2. Perkampungan miskin sekitar Batu Kurau, Perak
3. Perkampungan miskin sekitar Lenggong, Perak.
4. Rantau Panjang, Jeli, Tanah Merah, Kelantan
5. Perkampungan Nelayan, Pengkalan Chepa, Kelantan.
6. Sekolah Melayu di Kg Bukit, Wilayah Narathiwat, Thailand.


Untuk maklumat lanjut Dana Kembali ke Sekolah:
hubungi:
Elly 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my
Siti Fadzilah 019224474 sitifrahim@yahoo.com
En Jamaluddin 0195414673 jamaluddinbinhassim@yahoo.com
atau lawati blog:
Semoga usaha kita ini dipermudahkan & diberkati Allah. Amin

Isnin, 15 November 2010

Majlis Korban & Akikah 1431H/2010M bersama Fakir Miskin & Mualaf


Assalamulaikum,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana menemukan kami dengan sahabat2 yang baik & dermawan, walaupun ada antara kita tidak pernah bersua muka. Jutaan terima kasih atas kesudian berkongsi rezeki, semoga pemberian sahabat2 ini dapat menggembirakan hati para fakir miskin & mualaf seterusnya diterima Allah dan mendapat keberkatan-Nya.

Kami doakan semoga Ibadah Korban sahabat2 ini diterima Allah SWT sepertimana Allah terima Korban daripada Habil.



Majlis Korban & Akikah 1431H/2010M bersama Fakir Miskin & Mualaf


1. SanggarSuri http://eksekutifsuri.blogspot.com/

Pn Norlaili (Elly) 0123614014
eksekutifsuri@yahoo.com.my

Tempat:

i)Institut Dakwah Islamiah, Perkim

Pengkalan Chepa, Kota Bharu









ii) Kg Padang Pak Amat
Pengkalan Chepa

Hari/Masa: Hari raya ke-2, 18Nov 2010/9pagi

Jumlah: 2 ekor lembu (4 ekor lg diuruskan terus dengan Perkim)

2. Al-Jauhar http://www.aljauhar2.blogspot.com/

Pn Siti 0192224474
sitifrahim@yahoo.com

Tempat:

i. Masjid Lama (Masjid Warisan) Kg Temelung, Lenggong, Perak
2 ekor lembu & 1 ekor kambing

ii. Surau Kg Sembok Kg Chepo, Lenggong Perak,
2 ekor lembu

iii. Kg Hutan Nangka Besut, Terengganu


3. De'Redang http://jamalhassim.blogspot.com/

En.Jamaluddin Bin Hassim:
Tel: 019-5414673 email : jamaluddinbinhassim@yahoo.com

Tempat:

D’REDANG (kediaman En Jamaludin)
Lot 6540 Kg Tersusun Redang Panjang,
Batu Kurau,
TAIPING PERAK

Hari : 17 NOV 2010 (RABU)
Jumlah: 4 ekor

Semoga usaha & rezeki kita diberkati Allah..amin

Khamis, 11 November 2010

Jualan Amal Serunding Utk Dana Persekolahan Anak Yatim & Fakir Miskin 2010



Bantuan Persekolahan Tahun 2009

Assalamualaikum
Jutaan terima kasih atas sokongan sahabat2. Tahun ini merupakan tahun ke-6 Jualan Amal Serunding dijalankan oleh Eksekutifsuri.com bagi mengumpulkan dana persiapan hari raya & persekolahan untuk anak yatim & fakir miskin yg terpilih. Insya-Allah jualan amal akan diteruskan bagi mengumpul Dana Kembali ke Sekolah. Nama-nama pelajar miskin & anak yatim sedang dikumpulkan. Anggaran yang akan dibantu:
1. Anjuran: Eksekutifsuri.com kerjasama
Jumlah: 50 orang- kawasan Rawang, Subang, dan sekitar Lembah Kelang
2.Anjuran: Eksekutifsuri.com kerjasama Al-Jauhar& d'Redang
Jumlah: 100 orang- kawasan Redang Panjang, Selama, Lenggong, Perak & Rantau Panjang, Tanah Merah & Kota Bharu, Kelantan.
JUALAN AMAL SERUNDING
-Ramuan Tradisional Melayu Kelantan-
Serunding Ayam RM7/100gm @ RM29/500gm
Serunding Daging RM6/100gm @ RM24/500gm
Serunding Ikan RM5/100gm @RM21/500gm

**sebahagian hasil jualan akan disalurkan kepada
Pelajar Anak Yatim & Fakir Miskin
Maklumat lanjut:
SanggarSuri http://eksekutifsuri.blogspot.com/


Untuk tempahan:
Elly 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my
Nizam 012-6567685
anas702005@yahoo.com
Untuk Pembayaran/Sumbangan
Malayan Banking Berhad
No. Akaun : 564593050270
Nama : Norlaili Talib


**kos penghantaran mengikut kadar pos yang ditetapkan oleh Pos Malaysia**


..semoga Allah memberkati usaha & rezeki kita..amin
TESTIMONI
Assalamu-'alaikum,

I bought one kilo (each) of Sambal daging and Sambal Ikan from Elly of
Executive Suri before raya, and come raya morning, boy, was I grateful
that I did!
I had tried both the sambals with my nasi impit pagi raya (instant
punya lah, since I ni kan dendang perantau) and they were both yummeh!
The sambal daging had a good balance of thick and thin strands, unlike
some sambal daging that looks more like the chinese chicken floss. It
had all the right flavours- masin, manis, pedas... wasnt too spicy, in
fact Izani, my 2 year old, could even eat it on its own.
But my favourite has to be the sambal ikan. Eating it with my nasik
kapit really brought back the memories of eating the same dish almost
every morning at my late grandmother' s house in Trengganu. It had the
right balance of fish and spices... it almost brought tears to my eyes.
It's now a week till the end of Syawal, and I am already down to only
one packet of sambal ikan and about one and a quarter packet of sambal
daging. I regret not buying more. I am going to have to save them for
my hajj trip at the end of the year.

If you have a hankering for sambal daging/ikan/ ayam, I would highly
recommend buying it from Executive Suri. The price is extremely
reasonable (even cheaper than pasar payang, tau!) and the quality is
commendable. You will not regret it.

Thankyou Elly and Excutive Suri, for providing such good service and
enabling a person who's away from home, to have a taste of home :)

-elisa
Khobar

Ahad, 7 November 2010

Misi Sinar Harapan: Mck Melah...demi anakmu kami akan usahakan

Assalamualaikum
13 Nov 2010-update- hanya Allah yang tahu betapa terkilannya hati kami..misi tidak tertunai, hajat tidak kesampaian..namun ajal maut ketentuan Allah. Tika ini, jasad Mck Melah telah selamat disemadikan di tanah perkuburan Kg Temelong, Lenggong, Perak... menutup mata buat kali terakhir pada waktu Isyak 12 Nov 2010. Saya sempat mengumpul dana sebanyak RM1550 dlm masa seminggu, dan sahabat2 di sana nekad membeli barang2 binaan untuk mulakan projek membaik pulih rumah Mck Melah walaupun dana masih kurang.
Seperti biasa, arwah Mck Melah ceria menyambut tetamu..masih terbayang2 gelak tawa & senyumnya tanda gembira menerima kunjungan. Pada saat2 akhir kehidupannya, diberitakan dia tersenyum melihat persediaan sahabat2 di sana untuk membaik pulih rumahnya. Namun, apakan daya..dia cuma sempat melihat persediaan sahaja, api & air juga belum sempat dimasukkan...setelah hampir 20 tahun rumah kecil ini dibina oleh penduduk kampung tanpa bilik, bilik air serta tanpa api & air..walaupun permohonan telah beberapa kali diusahakan oleh para sahabat di sana...
Walau apa pun..kami tetap bertekad untuk teruskan projek ini, semoga masih ada rezeki, sumbangan sahabat2 yg pemurah....sekurang-kurangnya, anak arwah, yang juga hampir mencecah usia warga tua, dapat merasa sedikit kesenangan & tidak mewarisi kesusahan ibunya. Sekurang-kurangnya anak Makcik Melah dapat merasai kesenangan setelah berkorban seumur hidupnya setia di sisi arwah, mengangkat & memapah arwah, menjaga & menguruskan arwah..
Semoga usaha kita dipermudahkan Allah..amin..
Al-Fatihah utk Arwah Mak Lang Melah..
arwah Makcik Melah di sisi anaknya yang setia
**********************************************************************************
Isnin, 8 November 2010
Misi Sinar Harapan: Bantuan Bilik & Bilik Air utk Warga Tua Miskin
Assalamulaikum
Semasa Misi Ziarah Ramadan baru2 ini kami sempat menziarahi rumah Makcik Ramlah (Mak Lang Melah) berumur hampir 80 tahun yang didiami bersama anak perempuannya. Terletak di kawasan perkampungan yg kebanyakan penghuninya tergolong dlm golongan miskin tegar di Kg Temelong, Lenggong, Perak.

Makcik Melah bersama anak perempuan yg tinggal bersamanya.

Rumah usang tanpa bilik ini teramat kecil, hanyalah sebesar bilik utama di rumah teres biasa. Langkah kami di atas rumah itu terpaksa diatur berhati2 akibat rumahnya yg sangat usang.

Namun kami amat tertarik dengan rumahnya yang bersih & kemas. Mengikut cerita orang kampung, Makcik Melah amat mementingkan kebersihan & menjaga amalan agama terutama solat. Alhamdulillah, hati saya amat tertarik untuk membantu golongan seumpama ini. Walaupun miskin tegar & tinggal di rumah usang, namun beliau tetap mementingkan pegangan agama.

Anak perempuannya yang juga sudah lewat usia yang membantunya setiap hari termasuk mengangkat Makcik Melah ke bilik air. Bilik air pun tidak seperti bilik air biasa, cuma anjung dapur yg lantainya berlubang sedikit untuk tujuan mandi & membuang air dan hanya berdindingkan kain kanvas. Rumah ini tiada bekalan air & api. Menerima ehsan jiran sebelah yg menyambung api ke rumahnya. Bekalan air pula perlu diangkut oleh anaknya setiap hari.
bilik air

Harapan mereka, agar bahagian dapur rumah ini boleh diturunkan. Dibina satu bilik yang ada bilik air agar ibu tua ini senang mengengsot ke bilik air. Manakala anaknya pula tidak perlulah naik turun tangga setiap kali mengangkut air. Perbelanjaan pembinaan bilik & bilik air ini dlm anggaran RM5000. Kalau ada rezeki lebih, dapat juga dibina pam air untuk salurkan bekalan air ke rumah ini.

ruang dapur
(cadangan: bahagian ini diturunkan untuk dijadikan bilik Makcik Melah yg dilengkapi bilik air)

Sekiranya ada yang sudi membantu keluarga ini, khususnya menunaikan harapan mereka bolehlah menghubungi:


Elly 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my


@ menyalurkan sumbangan ke dalam akaun di bawah (sila email & nyatakan tujuan sumbangan).

MAYBANK 564593050270

atas nama: NORLAILI TALIB

Semoga Allah memberkati usaha & rezeki kita. Amin

Rabu, 3 November 2010

Sumbangan Bantuan utk Kaum India

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pertamanya, saya mewakili Eksekutifsuri.com mengucapkan selamat menyambut perayaan Deepavali kepada semua penganut agama Hindu. Syukur Alhamdulillah, perjuangan kami turut mendapat sokongan sahabat2 drp kaum & agama yang berlainan. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan. Sebelum ini kami juga ada membantu kaum India yang miskin untuk dapatkan perbelanjaan persekolahan dlm program Kembali ke Sekolah. Jualan Amal Serunding juga turut mendapat sokongan kaum India & Cina.
Semoga usaha murni ini dapat memupuk perpaduan antara kita utk membina kehidupan yang lebih baik.
Terima kasih kepada En Jamaluddin yang sudi menguruskan majlis penyampaian sumbangan ini. Laporan majlis seperti di bawah.


Daripada En Jamaluddin (http://jamalhassim.blogspot.com/) :


En Subramaniam sedang menyampaikan ucapan



En Ramesh menyampaikan sumbangan

SALAM KAK ELLY DIMAJUKAN MAKLUMAT PROGRAM KAUM INDIA YANG TELAH DILAKUKAN PADA
31 OKT 2010..UNTUK MAKLUMAN...


PROGRAM BANTUAN SUMBANGAN HARI DEEPAVALI 2010
KEPADA MASYARAT KAUM INDIA..jamalhassim.blogspot.com


ATAS KEPERIHATINAN SAHABAT-SAHABAT SAYA DARI KAUM INDIA YANG BERMURAHATI DAN
INGIN BERSAMA-BERSAMA MENYAMPAIKAN SUMBANGAN SEMPENA MENYAMBUT HARI DEEPAVALI
PADATAHUN INI… BAGI MEMBANTU SERTA MERASAI KEHIDUPAN YANG SELESA SEMPENA
MENJELANG HARI DEEPAVALI, SAYA DAPAT MENYELARASKAN SATU PROGRAM PADA 31 OKT 2010
DI LADANG STOUGHTON…


SERAMAI 20 ORANG KAUM INDIA MENDAPAT SUMBANGAN BERUPA BARANGAN KEPARLUAN DAPUR…

SAYA BAGI PIHAK PENERIMA- PENERIMA SUMBANGAN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMAKASIH ATAS
SUMBANGAN YANG TELAH DIBERIKAN....

SEMOGA TUHAN MEMBALAS KEBAIKAN APA YANG KITA LAKUKAN

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI....2010

TERIMAKASIH KEPADA PENYUMBANG

En. Ramesh - Pulau Pinang
En. Subramaniam - Pulau Pinang
En. Thilay - Ipoh Perak
Pn. Prisilia - Ipoh Perak

Isnin, 1 November 2010

PROJEK TABUNG SUSU UNTUK ANAK YATIM & FAKIR MISKIN (OGOS-OKT 2010)

Assalamualaikum

PROJEK TABUNG SUSU UNTUK ANAK YATIM & FAKIR MISKIN anjuran Eksekutifsuri.com dengan kerjasama UmmikuSayang Charity Team, Al-Jauhar & d'Redang serta sahabat2 egroups diteruskan bagi mengumpul dana bagi membiayai kos pembelian susu untuk anak-anak kecil di rumah anak yatim & fakir miskin agar bekalan susu dapat disediakan secara tetap setiap bulan.

Alhamdulillah proses penyerahan untuk bulan Ogos & Sept dapat diselesaikan, manakala bulan Oktober terdapat sedikit halangan disebabkan dana tidak mencukupi. Ada tempat2 tertentu masih tidak dapat diserahkan susu mengikut jadual yang dirancang. Kami berdoa agar masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin, dan semoga ada rezeki untuk anak2 ini mendapatkan bekalan susu. Dana Tabung Susu semakin berkurangan dan kami terpaksa membeli susu secara berperingkat mengikut dana yang ada.

Bagi mengatasi masalah ini, pemberian susu bermula Ogos 2010 hanya diutamakan kepada kanak-kanak berusia bawah 4 tahun, keutamaan kepada anak2 baru bercerai susu ibu dlm lingkungan 2 tahun. Untuk maklumat penuh anak yatim & miskin boleh hubungi pengantara di bawah atau lihat di sebelah kiri blog Sanggar Suri bahagian Maklumat Anak Yatim.

Penyerahan sumbangan susu untuk bulan Ogos, Sept, Okt 2010:

1. Baitul Fitrah, Bandar Country Homes, Rawang (40 paket)

Pengantara: 012-3751444(Pn Nadia)/ 0139219866 (Zaphir)

Tarikh: Ogos (19/09), Sept (07/10)

2. Rumah Titian Ashraful Rohaniah, Teluk Intan (20 paket)

Pengantara: 013-4550013(Pn Rohana)

Tarikh: Ogos (03/09), Sept (30/09)

3. Keluarga Anak Yatim & Fakir Miskin, Redang Panjang, Batu Kurau & Lenggong, Perak (80paket)

Pengantara: 019-5414673 (En Jamaluddin)

Tarikh: Ogos (03/09), Sept (05/10)

4. Keluarga Anak Yatim & Fakir Miskin, kawasan Tanah Merah, Kota Bharu & Rantau Panjang, Kelantan (16 paket)

Pengantara: 012-3614014 (Elly)

Tarikh: Sept (15/09)

5. Keluarga Anak Yatim & Fakir Miskin, kawasan Pulau Pinang (24paket)

Pengantara: 0134226553 (Norhana)

Tarikh: Ogos (05/09), Sept (30/09), Okt (30/09)

6. Puan Nur Atikah Mar Pha bt Abdullah(Mualaf) (8paket)
Lot 3591-1C Kg Melayu Subang, Shah Alam.
No Tel: 019-2224474 (Nur Atikah)

Pengantara 0192224474 (Puan Siti)

Tarikh: Ogos, Sept, Okt (13/10)

Anggaran Jumlah Penerima: 47 (188paket)
Kos Susu : RM3348 sebulan

Sahabat boleh membantu dengan cara:


  1. Menjadi penyumbang tetap RM72/anak yatim & miskin setiap bulan untuk kos pembelian & penghantaran 4 paket susu.
  2. Sedekah seikhlas yang mampu ke dlm Tabung Susu yang akan dikumpulkan untuk menampung kos pembelian & penghantaran.
  3. Membeli sambil beramal-setiap susu tepung penuh krim Halib's(dulu dikenali Raudhah) yang dijual dengan harga RM22.90(WM)/RM24.90(EM) dan RM1 bagi setiap pembelian akan disalurkan ke dalam Tabung Susu untuk Anak Yatim & Fakir Miskin (Maklumat Susu Halib's-www.eksekutifsuri.com).
  4. Sahabat boleh memilih mana2 keluarga atau rumah anak yatim yang mahu ditaja atau menyalurkan maklumat tentang saudara, jiran atau sesiapa sahaja yang daif kehidupan mereka untuk dibantu. Sahabat juga boleh menaja mereka dan urusan penghantaran susu akan diuruskan oleh kami.

Sumbangan boleh disalurkan ke Tabung Susu melalui akaun :

MAYBANK 164192049410 AHMAD NIZAM B AHMAD SHAFIEI

***akaun ini dikhaskan utk Tabung Susu

emailkan slip pembayaran ke anas702005@yahoo.com untuk rekod.

Maklumat lanjut :


SanggarSuri www.eksekutifsuri.blogspot.com
Elly 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my


Jutaan Terima kasih pada semua yang menghulurkan sokongan, sama ada yang menderma dengan harta mereka atau yang memberi sokongan moral, masa & tenaga serta menaruh kepercayaan kepada kami .

Semoga Allah Memberkati Rezeki & Usaha kita..amin