Assalamualaikum
13 Nov 2010-update- hanya Allah yang tahu betapa terkilannya hati kami..misi tidak tertunai, hajat tidak kesampaian..namun ajal maut ketentuan Allah. Tika ini, jasad Mck Melah telah selamat disemadikan di tanah perkuburan Kg Temelong, Lenggong, Perak... menutup mata buat kali terakhir pada waktu Isyak 12 Nov 2010. Saya sempat mengumpul dana sebanyak RM1550 dlm masa seminggu, dan sahabat2 di sana nekad membeli barang2 binaan untuk mulakan projek membaik pulih rumah Mck Melah walaupun dana masih kurang.
Seperti biasa, arwah Mck Melah ceria menyambut tetamu..masih terbayang2 gelak tawa & senyumnya tanda gembira menerima kunjungan. Pada saat2 akhir kehidupannya, diberitakan dia tersenyum melihat persediaan sahabat2 di sana untuk membaik pulih rumahnya. Namun, apakan daya..dia cuma sempat melihat persediaan sahaja, api & air juga belum sempat dimasukkan...setelah hampir 20 tahun rumah kecil ini dibina oleh penduduk kampung tanpa bilik, bilik air serta tanpa api & air..walaupun permohonan telah beberapa kali diusahakan oleh para sahabat di sana...
Walau apa pun..kami tetap bertekad untuk teruskan projek ini, semoga masih ada rezeki, sumbangan sahabat2 yg pemurah....sekurang-kurangnya, anak arwah, yang juga hampir mencecah usia warga tua, dapat merasa sedikit kesenangan & tidak mewarisi kesusahan ibunya. Sekurang-kurangnya anak Makcik Melah dapat merasai kesenangan setelah berkorban seumur hidupnya setia di sisi arwah, mengangkat & memapah arwah, menjaga & menguruskan arwah..
Semoga usaha kita dipermudahkan Allah..amin..
Al-Fatihah utk Arwah Mak Lang Melah..
arwah Makcik Melah di sisi anaknya yang setia
**********************************************************************************
Isnin, 8 November 2010
Misi Sinar Harapan: Bantuan Bilik & Bilik Air utk Warga Tua Miskin
Assalamulaikum
Semasa Misi Ziarah Ramadan baru2 ini kami sempat menziarahi rumah Makcik Ramlah (Mak Lang Melah) berumur hampir 80 tahun yang didiami bersama anak perempuannya. Terletak di kawasan perkampungan yg kebanyakan penghuninya tergolong dlm golongan miskin tegar di Kg Temelong, Lenggong, Perak.
Makcik Melah bersama anak perempuan yg tinggal bersamanya.
Rumah usang tanpa bilik ini teramat kecil, hanyalah sebesar bilik utama di rumah teres biasa. Langkah kami di atas rumah itu terpaksa diatur berhati2 akibat rumahnya yg sangat usang.
Namun kami amat tertarik dengan rumahnya yang bersih & kemas. Mengikut cerita orang kampung, Makcik Melah amat mementingkan kebersihan & menjaga amalan agama terutama solat. Alhamdulillah, hati saya amat tertarik untuk membantu golongan seumpama ini. Walaupun miskin tegar & tinggal di rumah usang, namun beliau tetap mementingkan pegangan agama.
Anak perempuannya yang juga sudah lewat usia yang membantunya setiap hari termasuk mengangkat Makcik Melah ke bilik air. Bilik air pun tidak seperti bilik air biasa, cuma anjung dapur yg lantainya berlubang sedikit untuk tujuan mandi & membuang air dan hanya berdindingkan kain kanvas. Rumah ini tiada bekalan air & api. Menerima ehsan jiran sebelah yg menyambung api ke rumahnya. Bekalan air pula perlu diangkut oleh anaknya setiap hari.
Harapan mereka, agar bahagian dapur rumah ini boleh diturunkan. Dibina satu bilik yang ada bilik air agar ibu tua ini senang mengengsot ke bilik air. Manakala anaknya pula tidak perlulah naik turun tangga setiap kali mengangkut air. Perbelanjaan pembinaan bilik & bilik air ini dlm anggaran RM5000. Kalau ada rezeki lebih, dapat juga dibina pam air untuk salurkan bekalan air ke rumah ini.
(cadangan: bahagian ini diturunkan untuk dijadikan bilik Makcik Melah yg dilengkapi bilik air)
Sekiranya ada yang sudi membantu keluarga ini, khususnya menunaikan harapan mereka bolehlah menghubungi:
Elly 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my
@ menyalurkan sumbangan ke dalam akaun di bawah (sila email & nyatakan tujuan sumbangan).
MAYBANK 564593050270
atas nama: NORLAILI TALIB
Semoga Allah memberkati usaha & rezeki kita. Amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila titipkan ulasan anda di sini