Selasa, 6 April 2010

Misi Sinar Harapan 6: Bantuan Penyelenggaraan Rumah

Harapan belum tertunai..sekiranya ada yang sudi memberikan sinar untuk mereka harap dapat hubungi En Jamaluddin melalui no tel seperti di bawah




rumah dan keluarga Abang Tan

tandas dan bilik mandi yang hanya dilitupi kanvas

-->
Maklumat drp sahabat seperjuangan En Jamaluddin
Tepi Parit Tali Air, Kampung Redang Panjang Luar Ijok, Batu Kurau, Taiping Perak. Tinggal satu keluarga yang ramai iaitu Abang Mohaman Hamidi (dikenali di kampong sebagai Abang Tan) berumur 48 tahun bersama Isteri Kakak Norma Bt Shaari 41 tahun, tinggal bersama Sembilan orang anak, yang sulung Narima 20 th, Mohd Jefri 19 th, Rozani 15 th, Mohd Adam 13 th, Rozana 12 th, Rozeti 9 th, Mohd Amin 7 th, Mohd Shah 5 th dan Mohd Fauzi 2 th, telah menetap di rumah kecil berukuran anggaran 15 kaki X 15 kaki hampir 16 tahun diatas tanah pusaka yang ramai bahagiannya.
Abang Mohaman Hamidi bekerja kampong dengan pendapatan tidak menentu dianggarkan RM 700.00 sebulan, isterinya kakak Norma tidak bekerja kerana menjaga anak yang ramai.
Seorang anaknya Mohd Jefri 19 th, sedang belajar di maktab perguruan, seorang lagi anak perempuanya Narima Bt Mohaman Hamidi Mykad 901018-08-5304 sedang menunggu tawaran dari IPT, keputusan STPM 2009 ialah 3.25, di Sekolah Menengah Dato Haji Hussein Selama Perak, Yang lain anaknya bersekolah seperti biasa.
Dengan keluarga yang ramai abang Mohaman Hamidi tidak mampu menyediakan rumah yang sesuai dari segi bilik, bilik mandi serta tandas, wang pendapatannya hanya untuk membeli makanan seharian dan perbelanjaan sekolah anak nya. Beliau pernah memohon dari pihak yang berwajib tetapi tidak ada apa-apa jawapan dan tiada yang membantu.
Rayuan Sumbangan…
Sekiranya ada insan yang ingin membantu dari segi keperluan barang makanan atau pun kemudahan asas bagi membina bilik, bilik air dan tandas atau pun yang ingin membantu anaknya yang akan memasuki menara gading IPT, boleh lah menghubungi saya Jamaluddin Hassim melalui talian 019-5414673 …jamaluddinbinhassim@yahoo.com.my d'redang
Semoga apa yang kita lakukan ini dirahmati ilahi…




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini