Jumaat, 3 April 2015

MISI SATU KELUARGA SATU KIPAS

~Misi BANGKIT Pasca Banjir~

Alhamdulillah..BERKAT KERJA BERJEMAAH

Target awal kami cuma berani letak 20 buah kipas, Sakina pula target 50 buah....
Alhamdulillah setakat Misi ditutup pada jam 3.30pm 26 Mac 2015 dana melepasi sasaran yang membolehkan kita beli 75 KIPAS!!!

Namun...walaupun Dana Kipas sudah ditutup..ada lagi sahabat yang masukkan sumbangan sehinggalah jam 8.00 pagi ini 27 MAC 2015 dana terkumpul sebanyak RM19255..

Seperti biasa kami selesa turun padang berjemaah bersama penduduk tempatan kampung itu sendiri, tanpa melalui mana2 saluran politik. 
Merekalah yang bertindak sebagai pemberi maklumat & penunjuk jalan. 

Jutaan terima kasih juga kepada wakil2 NGO yang berjemaah turun padang bersama kami- Tuan Burhanuldin Mohammad & Puan Zarina Nawawi (WargaKilang), Prof Suhaily Yusri Che Ngah & En Fakrul (ResQ UPSI), Puan Faizah QemerZaman Yong(We Care)

Juga Sahabat Sanggar Suri Terengganu & Sahabat SANGGAR SURI Rantau Panjang-Visi Hanif RP

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar!!!














JADUAL PERJALANAN MISI SATU KELUARGA SATU KIPAS

Tarikh ; 3-5 APRIL 2015

Destinasi 

KUALA KRAI
1. Sg Rek
2. Kg Laloh
3. Kg Manjor
4. Kg Ragu
5. Kg.Teluk Mengkuang
6. Kg Guchil
7. Kg Sg Durian
8. Kuala Krai

TANAH MERAH

9.. Kg Bukit Panau
10. Kg Paloh

TUMPAT

11. Gugusan Pulau di Tumpat

Izinkan kami untuk menyalurkan dana yang berlebihan & diterima selepas Misi ini ditutup, disalurkan kepada Misi BANGKIT Pasca Banjir...untuk membantu mangsa banjir Bangkit mulakan hidup baru.

Teruskan bersama kami untuk jayakan Misi seterusnya...
Jazakumullah khairan kathira...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini