Rabu, 18 Mac 2015

MISI BANGKIT PASCA BANJIR-Misi SINAR Baru


 [ MISI SINAR BARU: Kedai Kak Zainun ]

Alhamdulillah hari ini genap 2 minggu Misi Sinar Baru: Kedai Kak Zainun dilancarkan.
Dengan ini juga dimaklumkan pada hari ini 18 MAC 2015 dana khas untuk Misi Sinar Baru: Kedai Kak Zainun ini DITUTUP.
Dana terkumpul untuk kos pembinaan kedai setakat ini:
JUMLAH setakat 18 MAC 2015: RM11650

PERBELANJAAN:
1. 04 MAC 2015 : RM1743
2. 07 MAC 2015 : RM180
3. 07 MAC 2015 : RM2120
4. 11 MAC 2015 : RM960
5. 14 MAC 2015 : RM363
6. 11 MAC 2015 : RM600 (upah)
7. 14 MAC 2015 : RM200 (upah)
JUMLAH PERBELANJAAN: RM6166
BAKI dITANGAN : RM5484


















 


KELENGKAPAN KEDAI seperti dalam senarai di bawah juga sudah cukup penajaannya-Alhamdulillah. Tinggal lagi proses membeli & menghantar barang2 tersebut setelah kedai siap.

SENARAI KELENGKAPAN KEDAI
ITEM
JUMLAH (RM)
Peti Sejuk
899
Periuk Butterfly
430
Tong gas+hos
100
Blender
80
Kipas
170
Freezer
850
Chiller
1400
Periuk, kuali dll
610
Perkakas rebus air
100
Cawan&gelas
300
Pinggan mangkuk
300
Mesin Kelapa
140
Kerusi Meja
600
Sudu, senduk, pisau dll
200
Modal bahan basah
1000
Peralatan lain-lain
583



NAMUN.. ada beberapa peristiwa pahit manis berlaku dalam masa beberapa hari ini yang kami terpaksa tangani..
Sepatutnya mengikut jangkaan awal, kedai Kak Zainun dapat disiapkan dalam masa 2 minggu.
Namun, setelah mengadakan beberapa siri perbincangan bersama kontraktor rumah, kontraktor kedai, ketua kampung, wakil penduduk, Kak Zainun & wakil Sanggar Suri; kami terpaksa membuat keputusan untuk hentikan SEMENTARA pembinaan KEDAI Kak Zainun bagi memberi laluan kepada projek pembinaan RUMAH Kak Zainun.

Rezeki berganda buat Kak Zainun walaupun pada awalnya, mereka tidak menjangka akan menerima bantuan rumah seawal itu..

Kerja-kerja pembinaan kedai akan disambung semula setelah bahan-bahan binaan & proses pembinaan rumah yang memerlukan pengangkutan jentera berat selesaikan tugas mereka. Insya-Allah di pertengahan proses pembinaan rumah.
Rumah dijangka mula dibina dalam minggu kedua bulan April 2015.

Sekiranya ada lebihan dana @ barang binaan selepas selesai pembinaan kedai, insya-Allah akan disalurkan pula kepada Misi BANGKIT Pasca Banjir yang lain.
Insya-Allah kami akan ziarah Kak Zainun pada 20 Mac 2015 nanti untuk meninjau keadaan di sana & apa yang kami dapat bantu untuk menampung perbelanjaan keluarganya yang hilang punca pendapatan. Insya-Allah gerai sementara mungkin boleh dibina di depan tapak pembinaan..
Doakan Allah permudahkan usaha kita ini dan dapat memberikan SINAR BARU buat Kak Zainun & keluarganya..amin...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini