Bersama Misi ini kami turut sampaikan amanah sahabat2 Sanggar Suri di samping sumbangan drp KFC sendiri. Misi kali ini adalah untuk melengkapkan maklumat penerima bantuan bagi membolehkan mereka mendapat bantuan di bawah Misi KFC HOLDINGS WORLD HUNGER RELIEF
Boleh dikatakan setiap rumah ada sahaja ahli keluarga yang sakit kronik atau OKU. Keluarga ibu tunggal, anak yatim, anak yang ditinggalkan bapa setelah ibu meninggal, isteri lumpuh selepas didera suami, keluarga yang hilang tempat bergantung antara keluarga yang diziarahi.
Rata-rata berpendapatan bawah RM500 dan ada yang hanya berharapkan bantuan JKM. Yang bekerja pula kebanyakannya buruh dan penoreh getah yang pendapatannya tidak menentu. Musim hujan hampir setiap hari menambahkan lagi perit kehidupan mereka..
Setinggi Penghargaan daripada Sanggar Suri kepada pihak KFC Holdings kerana sudi memilih kami untuk menjadi pengantara dalam Misi KFC HOLDINGS WORLD HUNGER RELIEF
Semoga usaha ini mampu memberi SINAR BARU dalam kehidupan golongan asnaf ini. Amin..
Kisah Perjuangan Sanggar Suri juga boleh diikuti di
FB Elly Nizam Eksekutifsuri
HARI 1: KHAMIS 21 OGOS 2014
-persiapan sebelum Misi
HARI 2: JUMAAT 22 OGOS 2014
HARI 3: SABTU 23 OGOS 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila titipkan ulasan anda di sini