Sabtu, 30 Ogos 2014

MISI KORBAN & AKIKAH 1435H/2014M Bersama Fakir Miskin

Assalamualaikum

Semoga dipermudahkan Allah seperti tahun2 lepas untuk bersama2 kita mengadakan Program Ibadah Korban & Akikah di perkampungan yang terdapat ramai keluarga miskin

Daging Korban dan Akikah akan diagihkan kepada fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim serta keluarga yang berpendapatan rendah serta keluarga yang mempunyai anak yang ramai.

Majlis kenduri @ tahlil juga akan diadakan selepas ibadah Korban & Akikah.

Anggaran kos:

1. Satu bahagian lembu RM500.00

Sekiranya ada lebihan wang mohon diizinkan utk disedekahkan kepada fakir miskin sama ada dlm bentuk jamuan atau agihan makanan, juga menanggung kos pengurusan majlis yang dijalankan oleh penduduk kampung.

Insya-Allah kami akan tunaikan hajat sahabat untuk adakan ibadah korban @ akikah di kawasan-kawasan kampung sekitar daerah/mukim seperti berikut:

1. Taiping, Perak.
2. Lenggong, Perak
3. Pasir Mas, Kelantan
4. Tumpat, Kelantan.
5. Besut, Terengganu

Kepada TUAN/PUAN yg berminat untuk sertai ibadah ini harap dapat buat pengesahan sebelum 20 SEPTEMBER 2014.

Didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih atas kesudian berkongsi rezeki,

Semoga ibadah kita ini bukan sahaja diterima Allah dan mendapat keberkatan-Nya, bahkan dapat menggembirakan hati golongan fakir miskin yang menerimanya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

FB: Elly Nizam Eksekutifsuri
Tel: 012-3614014 Email:eksekutifsuri@yahoo.com.my
SanggarSuri http://eksekutifsuri.blogspot.com/



Semoga Allah Mempermudahkan urusan kita dan memberkati usaha & rezeki kita. Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini