Selasa, 11 Februari 2014

SAMBUTAN MAULIDURASUL BERSAMA PELAJAR TAHFIZ&FAKIR MISKIN

Syukur Alhamdulillah atas kurniaan Allah yg menggandingkan kami dalam satu jemaah yang utuh dan saling melengkapi...Alhamdulillah.

Penghargaan yang tidak terhingga buat Sahabat Sanggar Suri (Visi Hanif RP) kawasan Rantau Panjang & Pasir Mas Kelantan di bawah pimpinan T.Hj Haris (Mie GSTK), adik2 & ahli keluarga ayahanda T.Hj Talib Muhammad & bonda Pn Hjh Noraini Jamaliah Yaakob Baginda, ahli keluarga Tuan Hj Abdul Rahman, jiran-jiran yang dihormati serta sahabat2 dari dalam dan luar negara yang istiqamah memberikan kepercayaan, sokongan & sumbangan dalam apa jua bentuk sekalipun..

Penghargaan juga kepada barisan kepimpinan & pelajar tahfiz di bawah Program Tajaan Tahfiz Sanggar Suri dari;

1. MADRASAH DARUL QURAN MUHAMMADIAH, Lemal Pasir Mas, Kelantan.

Pimpinan Ustaz Khairul..

Tahniah & terima kasih kepada anak2 tahfiz yang sudah ada kumpulan Qasidah sendiri di bawah pimpinan ustaz yang didatangkan khas dari Temboro, Indonesia.

2. PUSAT KEBAJIKAN TAHFIZ AL-QURAN & PENGAJIAN AGAMA ISLAM
BANGGOL KULIM, RANTAU PANJANG, KELANTAN.

Pimpinan Tuan Guru Hj Abdullah (Tok Hj Lah).

Tahniah buat anak2 dr Tahfiz Banggol Kulim kerana menjuarai hampir keseluruhan peringkatan hafazan pada Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat negeri Kelantan baru-baru ini..
Alhamdulillah..

Terima kasih atas kesudian memimpin majlis selawat & qasidah dalam majlis ini..


Doa khas untuk semua yang terlibat:

Jazakumullah khairan kathira..

"Ya, Allah! Semoga usaha & perkongsian rezeki ini diterima-Mu. Jadikan sedekah, zakat & usaha ini sebagai simpanan yang menguntungkan, dan janganlah ia menjadi pemberian yang merugikan.

..dan Semoga sedekah, zakat &usaha ini mampu menjadi bekal untuk perjalanan ke SYURGA.. Semoga Allah mengampuni dosa kita, ibu bapa & ahli keluarga, menyucikan hati&jiwa dan rezeki, serta limpahkan keberkatan dlm hidup kita semua ..amin."


TARIKH: 01 FEB 2014 (SABTU)

TEMPAT:

Kediaman T.Hj Talib b Muhammad.
Rantau Panjang
Kelantan.

ACARA:

1. Berselawat & Berqasidah bersama pelajar tahfiz & penduduk kampung.
Di bawah pimpinan Ustaz-ustaz dari kedua2 Pusat Tahfiz di atas.

2. Penyampaian sumbangan kpd Pelajar tahfiz & keluarga asnaf

3. Jamuan Makan Tengahari

KEHADIRAN:

Lebih kurang 200 (penduduk kampung, pelajar tahfiz & asnaf)

SUMBANGAN:

Jubah 31 orang pelajar & serban 10 ustaz tahfiz = RM1135
Tunai : 11 orang pelajar tahfiz = RM220
Sagu hati Ustaz & Kumpulan Qasidah : RM150

Barangan Ibadah & makanan:

RM63 x 10 keluarga asnaf =RM630

Wang tunai:
RM50 x 5 keluarga asnaf = RM250

Biskut & mi segera: Sumbangan sahabat dr Singapura

Kos majlis:

RM1075 (selebihnya ditanggung oleh tuan rumah-Jazakallah khairan kathira)

JUMLAH: RM3460

Koleksi gambar drp Sahabat Sanggar Suri : Najwa Ezzati Nizam Ahmad Mie Gstk Sufiyah MubarakNashran Shamisha OriginalRuzman Wahab







 
 































 





























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini