Selasa, 16 Julai 2013

MISI SINAR RAMADAN & SYAWAL 1434H/2013H-update 17 Julai 2013



MISI SINAR RAMADAN & SYAWAL 1434H/2013M

**Dana masih diperlukan untuk membeli pakaian raya anak2 yatim & miskin. Sokongan sahabat2 amat dialu2kan..

MISI:

1. MISI SEPASANG BAJU BARU DI AIDILFITRI


Shopping baju raya bersama anak2 yatim&miskin

Tarikh: 27 Julai 2013 (10am-12pm)
Tempat: Abask Trading, Rantau Panjang, Kelantan


Anggaran kos: RM100 x 50orang=RM5000
Jumlah yg diterima setakat ini: RM550

2. MISI ZIARAH & SEDEKAH

Jom turun padang..Penyampaian sumbangan barang dapur/makanan

Tarikh: 26&28Julai 2013
Tempat: kampung2 sekitar Mukim Rantau Panjang & Pasir Mas


Anggaran kos: RM75 x 20 keluarga=RM3000

Jumlah diterima: Alhamdulillah, hasil sumbangan sahabat2 melalui sahabat Baya Wanchik telah berjaya melengkapi dana utk membeli barang dapur/mentah. Jazakumullah khairan khatira..

3. MISI BISKUT RAYA: SEBALANG KUIH PENGIKAT KASIH

Matlamat: mengumpulkan sebanyak mungkin kuih raya utk dihulurkan kepada fakir miskin. Semoga ada hidangan istimewa yang dapat menceriakan mereka di pagi raya..

Kepada sahabat yang berhajat utk sampaikan kuih raya boleh serahkan kpd sahabat2 Sanggar Suri mengikut kawasan2 terdekat :
Elly Nizam (Bandar Sri Damansara/Kepong) Che'Pah Cutecakes (Bangi/Kajang) Eda Fairuz & Mohd Fairuz Yusak (Melaka), Nazlina Talib(Kuala Terengganu), Ainie Md Ruslan (Teluk Intan), Fidah Ahmad(Shah Alam)

Semoga Allah permudahkan usaha kita ini dan memberkatinya...amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini