Misi seterusnya diteruskan oleh sahabat kami Mie GSTK..terima kasih atas kerjasama & kesungguhan membantu menyelaras MISI SINAR HARAPAN RAMADAN&SYAWAL 1434H/2013M.. Gambar & laporan disediakan oleh Mie GSTK.
ZIARAH 9
Destinasi: Taman Tasnim, Gual Tinggi, Rantau Panjang Kelantan
Tarikh: 26 Jun 2013
Keluarga 1: Mariam bt Jusoh
Laporan Mie GSTK:_
Program Misi Ramadhan Sanggarsuri 2013 diteruskan dgn menziarahi rumah Makcik Mariam bt. Jusoh ( Kakna),di Tmn Tasnim Gual Tinggi, 52 tahun,ibu tunggal,merupakan pesakit kencing manis dan darah cair,punyai seorang anak berumur 17 tahun yg kini bekerja sbg buruh,Kakna ambil upah sebagai penoreh getah,tinggal di rumah sewa RM200.00 Sebulan....kini tak boleh bekerja krn faktor kesihatan dan berulang alik ke hospital...terima kasih team Sanggarsuri di atas bantuan ini...semoga segalanya dipermudahkanNya...aamiiin...
ZIARAH ke-10
Destinasi: Kg Kubang Pak Hitam, Pasir Mas, Kelantan
Tarikh: 26 Jun 2013
Keluarg Amirul Hafiz b Mustaffa 13
Anak yatim yang baru kehilangan bapa beberapa hari yang lepas. Tinggal sendirian.
Sejarah kisah Hafiz boleh diikuti di SINI.
ZIARAH ke-11
Destinasi: Kg Kg.Repek, Pasir Mas, Kelantan
Tarikh: 26 Jun 2013
Keluarga Zakaria b. Awang Long
Laporan Mie GSTK:
Mewakili Team Sanggarsuri bagi program Misi Ramadhan 2013..menyampaikan sumbangan kepada Keluarga Pakcik Zakaria b. Awang Long(mangsa kebakaran pagi kelmarint) di Kg.Repek....Pakcik Zakaria mempunyai 9 orang anak....anggaran kerugian lebih kurang RM100 ribu....(Rumah + harta benda yg lain)....sape2 yg ingin menghulurkan sebarang bantuan/derma bolehlah berhubung dengan Kak Elly Nizam...Sama2lah kita membantu golongan yg memerlukan...Aamiiin ya Robb bal aa'lamiiin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila titipkan ulasan anda di sini