Misi Ziarah & Bantuan Persediaan Menyambut Ramadan
Alhamdulillah. ...........Jazakamullah khairan kathira pada semua yang terlibat sama ada yang memberi sokongan moral, sumbangan tenaga, masa atau dana..
Terima kasih tak terhingga buat Team Sinar Harapan yg sudi turun padang bersama..
Semoga Allah pandang usaha kita ini,dan tidak dipersoalkan di akhirat
nanti betapa kita mengabaikan saudara kita yang tidak bernasib baik..
Syukur Alhamdulilah atas segala kurniaan Allah..dan ingatlah bahawa dalam rezeki kita ada hak mereka.
Perjalanan kami selama 3 hari (20-22Julai)..walaupun
kepenatan&kehausan, namun bagai tidak terasa apabila melihat
penderitaan mereka. Rata2 yang kami temui bukan sekadar miskin,tapi ada
yang kehilangan tempat bergantung, tunggak keluarga yang menderita
sakit, ahli keluarga yang sakit kronik dan sebagainya..
Doakan
perjuangan kami ini dapat diteruskan dengan penuh barakah &
dilindungi & dipermudahkan segala urusan oleh Allah swt ..
MISI seterusnya-MISI SINAR AIDILFITRI 1433H/2012M-
Terima kasih pada jurugambar2 dlm team Misi yang menyumbangkan foto2 untuk tatapan & renungan kita semua- Nizam, A'Mie, Epi (Fizzrullah), Rofizi, Dekda, Najwa Ezzati![]() |
Team Misi bertuah kerana sebahagian drpnya merupakan jurugambar profesional.. |
![]() |
Antara laluan kami |
![]() ![]() |
![]() |
Ayah kepada En Rosli b Muhamad... juga sakit. Ibu bapa En Rosli banyak membantu, termasuk menyalurkan bekalan api & air ke rumahnya |
Perjalanan Misi hari kedua-21/07/12-
Keluarga ke-4:Puan Rohani, ibu tunggal kematian suami..anak 7. Anak kembarnya menderita sakit asma kronik.. berulang-alik rawatan di hospital.
Keluarga ke-5:Keluarga En Zuki b Abdullah.. pesakit strok. Tinggal bersama isteri dan 3 cucu
Keluarga ke-6: Keluarga En Mustafa..anaknya sakit buah pinggang. Dua2 buah pinggang dah rosak & sedang tunggu penderma. Ada bilik khas di rumahnya utk bilik rawatan
![]() |
anak en mustafa, 12 tahun...menderita sakit buah pinggang |
![]() |
Bilik rawatan di rumah |
Keluarga ke 7: Rumah nenek Jah bt Salleh...di dalam kawasan berpokok2 (hutan?). Tunggak keluarga, cucunya En Zakaria Majid, sakit ketumbuhan dlm otak. Bekerja sebagai penoreh getah.
![]() |
Nenek Jah berumur kira-kira 110tahun. Tinggal dengan anak & menantu yang juga warga emas, cucu yang ada masalah dalam otak, dua cicit yang kematian ayah.. |
Keluarga ke-8: En Zulkifli ..Anak 4. Penoreh getah.
![]() |
inilah "mahligai" mereka... sebuah rumah di tengah hutan.. |
Keluarga ke-9: Puan Mariam..ibu tunggal warga emas,tinggal bersama 2 anak yg masih bersekolah
Perjalanan Misi hari Ketiga-22/07/12-
Keluarga ke-10..Anak2 yatim baru kematian ayah..keluarga arwah Rosli
![]() |
Anak arwah Rosli menderita kanser mata..keseluruhan matanya sebelah kiri telah dikeluarkan. Kini masih dalam rawatan susulan. |
Keluarga ke-11: Paksu Mohamad Dahasan 63 tahun menjaga cucu yang berstatus anak yatim & anak ditinggalkan. Ibu anak2 ini pula mengalami masalah mental/sakit jiwa..
![]() |
Sudah jatuh ditimpa tangga...suami pertama
meninggal, tinggalkan satu anak yatim, suami kedua menghilang sewaktu
anak dlm kandungan, kini ibu 2 anak ini (berbaju hitam) pula mengalami
masalah gangguan mental.. hanya datok yg tua tempat menumpang kasih
anak2.. .. |
Keluarga ke-12: Ibu tunggal, Norhayati 38
bersama 2 anak yatim. Gambar ini diambil 2 bulan lepas. Sewaktu
penyerahansumbangan beliau tiada, jd amanah itu diserahkan pada wakil
kami
Keluarga ke-13: Kami tak sempat ziarah tp
serahkan pada wakil kami. Sewaktu penyampaian bantuan kak ani, pesakit kanser usus masih dirawat di hospital. Namun pada 7 Ogos lalu beliau telah kembali ke rahmatullah. Suami
pula sudah meninggal dunia sebelum itu. Tinggallah anak2 yatim piatu 5 beradik..
Gambar2 rumah arwah yang dikirim wakil kami di sana
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila titipkan ulasan anda di sini