Rabu, 5 Oktober 2011

Misi Sinar Harapan: Program Korban & Akikah 1432 H/ 2011M


Assalamualaikum
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana menemukan kami dengan sahabat2 yang baik & dermawan, walaupun ada antara kita tidak pernah bersua muka. Jutaan terima kasih atas kesudian berkongsi rezeki, semoga pemberian sahabat2 ini dapat menggembirakan hati para fakir miskin & mualaf seterusnya diterima Allah dan mendapat keberkatan-Nya.
Insya-Allah semoga dipermudahkan Allah seperti tahun2 lepas untuk bersama2 kita mengadakan Majlis Qurban & Aqiqah di perkampungan orang-orang miskin & kawasan penempatan saudara baru (mualaf). Semoga usaha kita ini bukan sahaja dapat memenuhi tanggungjawab kita bahkan dapat juga berkongsi rezeki dengan golongan yg memerlukan.

Anggaran kos:
1. Satu bahagian RM350.00 - anggaran seekor lembu 7 bahagian RM 2,450.00
2. Anggaran kos seekor kambing RM 650.00 - Seekor Kambing bersamaan satu bahagian lembu.

Sekiranya ada lebihan wang mohon diizinkan utk disedekahkan kepada fakir miskin sama ada dlm bentuk jamuan atau agihan makanan.
Insya-Allah kami akan tunaikan hajat sahabat2 untuk adakan ibadah korban @ akikah di kawasan2 fakir miskin & mualaf seperti berikut:


  1. Perkampungan miskin sekitar Lenggong, Perak.
  2. Perkampunhan miskin sekitar Redang Panjang, Perak.
  3. Perkampungan nelayan, Pengkalan Chepa, Kelantan.
  4. Tempat pengajian saudara baru(mualaf) Intitut Dakwah Islamiah PERKIM

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Elly 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my
Sila lawati blog http://eksekutifsuri.blogspot.com

Semoga Allah Mempermudahkan urusan kita dan memberkati usaha & rezeki kita. Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini