Selasa, 26 Julai 2011

Misi Sinar Harapan: Ziarah Ramadan 1432H/2011-Destinasi 2

Assalamualaikum

Alhamdulillah Misi Ziarah Ramadan ke Destinasi ke-2 di Lenggong, Ijok & Redang Panjang, Perak telah terlaksana pada Sabtu, 23 Julai 2011. Seramai lebih kurang 35 keluarga miskin dan 23 kanak-kanak menerima bantuan. Wang sumbangan untuk memasak bubur lambuk sepanjang Ramadan untuk penduduk kampung juga turut disampaikan.







Di kesempatan itu juga kami telah menziarahi rumah-rumah fakir miskin, iaitu dua buah rumah di Lenggong dan lima buah rumah di Redang Panjang















Terima kasih tidak terhingga kepada sahabat seperjuangan yang membantu menguruskan majlis, iaitu Cikgu Shahrizan & suami, En Safwan di kawasan Lenggong, manakala En Jamaluddin dan isteri, K'Nor di kawasan Redang Panjang & Ijok.














Terima kasih pada suami, Nizam & anak2 yang turut membantu menyediakan sumbangan dan memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi sepanjang ziarah.























Juga penghargaan terima kasih tidak terhingga buat sahabat yang sentiasa memberi sokongan dlm kerja2 amal kami yang sudi mengiringi kami dari Kuala Lumpur, Pn Noorbaya Wan Chik, suami En Deen serta anak2. Inilah contoh anak bangsa kita, walaupun telah berjaya membina empayar perniagaan di luar negara, tapi masih sudi turun padang masuk ke perkampungan miskin yang serba kekurangan ini. Walaupun jadual percutian mereka amat padat, tapi masih sudi selitkan program ziarah ini.










Inilah didikan terbaik untuk anak2 kita agar mereka tidak mudah lupa diri dan sentiasa mengambil berat & prihatin ke atas nasib orang lain yang serba kekurangan.
Tidak lupa juga jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penderma serta sahabat2 yg sentiasa memberi sokongan & kepercayaan kepada kami. Semoga Allah memberkati usaha & rezeki kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini