Jumaat, 28 Januari 2011

Misi Sinar Harapan: Dana Kembali ke Sekolah 2011-Tertunai Sudah









Penerima bantuan persekolahan & barangan dapur, Pengkalan Chepa, Kelantan

















Penerima bantuan persekolahan, Lenggong, Perak




Peralatan persekolahan drp penderma, termasuk barangan kraf drp Pondok Craft









Assalamualaikum
Alhamdulillah dengan pertolongan Allah dan sokongan sahabat2 semua, Misi Sinar Harapan : Dana Kembali ke Sekolah tertunai sudah. 8 destinasi telah kami tuju dan dapat sampaikan bantuan yang disalurkan sahabat2 seperjuangan kepada lebih 200 orang pelajar, sambil membawa bersama sumbangan untuk keluarga miskin hampir 65 keluarga. Setiap pelajar mendapat peruntukan lebih kurang RM100-RM120 sama ada dlm bentuk wang perbelanjaan sekolah atau bantuan pakaian & kelengkapan sekolah. Keluarga fakir miskin pula mendapat bantuan barangan dapur bernilai RM50(40 keluarga) dan RM100(25 keluarga)

Destinasi 1 : Pengkalan Chepa, Kelantan (18 Dis 2010)













Penerima sumbangan bersama EksekutifSuri, Ustaz Fathan & Tuan Imam Mat
Jumlah pelajar: 34 orang
Jumlah Ibu Tunggal/Miskin: 20 keluarga
Pengantara: Ustaz Fathan & Tuan Imam Mat











Destinasi 2: Pasir Mas, Kelantan (23 Dis 2010)



















Jumlah pelajar: 20 orang
Pengantara: Cikgu Suzana

Destinasi 3: Tanah Merah, Kelantan (19 Dis 2010)

Jumlah pelajar: 5 orang (drp 10 adik-beradik, 1 keluarga)
Pengantara: Elly Eksekutifsuri



Destinasi 4: Kg Chepo & Kg Temelong, Lenggong, Perak (25 Dis 2010)












Jumlah pelajar: 41 (Kg Temelong), 20 (Kg Chepo)
Jumlah keluarga miskin/ibu tunggal: 20 keluarga

Pengantara: Puan Siti & Cikgu Shahrizan
Blog: http://aljauhar2.blogspot.com/















Destinasi 5: Kg Memali, Baling, Kedah (26 Dis 2010)

Jumlah pelajar: 70 orang
Pengantara: Pn Siti















Destinasi 6: Redang Panjang, Perak (31 DIS 2010)

Jumlah pelajar: 35 orang
Pengantara: Encik Jamaluddin
Blog: http://jamalhassim.blogspot.com/










Destinasi 7:Pulau Pinang (31 Disember 2010)
Jumlah pelajar: 11 orang
Pengantara: Pn Norhana

















Destinasi 8: Lembah Subang, Rawang ( 16 Jan 2011)& Kuala Lumpur ( 27 Jan 2011)



Jumlah pelajar: 40 orang
Jumlah keluarga miskin: 25 keluarga
Pengantara: UmmikuSayang Charity Team & BAKIT Helwa TM












En Zaphir wakil kawasan Rawang menerima sumbangan drp wakil UmmikuSayang Charity Team & BAKIT Helwa (TM)













Wakil penderma & penerima bantuan Kawasan Lembah Subang, Petaling Jaya


Perjuangan kami agak unik, kerana usaha ini digembleng oleh rakan2 maya yang disatukan atas dasar kepercayaan & amanah, walaupun ada antara kami belum pernah berjumpa. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya, hati kami disatukan-Nya, dan usaha kami digandingkan bersama demi mencapai Misi Sinar Harapan.


Jutaan terima kasih kepada semua sahabat yang memberikan sokongan, sama ada dalam bentuk harta,tenaga & masa bagi menjayakan Misi Sinar Harapan ini.

Antara bloggers yang terlibat (mohon maaf sekiranya tertinggal @ di luar pengetahuan kami):

SanggarSuri ( Eksekutifsuri.com), Al-Jauhar , d'Redang, UmmikuSayang Charity Team, Pondok Craft, Cotton House Malaysia, Ujisweetbites, We Heart All, Suzana Hulaimi & rakan2, Nor Hashima (Respeks & komuniti S.Alam), Puan Wan Noorbaya Wan Chik (New Berlin, Wisconsin USA), Che Pah CuteCupcakes dan rakan2 maya drp pelbagai egroups dan laman sosial seperti Facebook, Netlog, UmmikuSayang, Respeks, Resipi.net, Exsemesdians, Ibu, Idaman, Taman2 Syurga, MelayuTrade, PKSclub, WENA dll.

Terima kasih tidak terhingga kepada sahabat2 yang menjadi pengantara mencari maklumat golongan fakir miskin di kawasan masing-masing serta membantu menguruskan penyampaian dana. Terutamanya, Ustaz Fathan (IDIPerkim)&Tuan Imam Mat (Pengkalan Chepa), Cikgu Suzana & suami (Pasir Mas), Cikgu Shahrizan & suami (Lenggong), En Jamaluddin (Redang Panjang, Perak), Pn Norhana (P.Pinang), Pn Siti Fadzilah (Lembah Subang & Baling, Kedah), En Zaphir (Rawang).

Juga pada En Shamsudin yg sudi menyediakan bekalan pakaian & kasut sekolah dlm setiap beg kertas untuk setiap pelajar mengikut saiz di Pasir Mas & Pengkalan Chepa, Kelantan.
Semoga Usaha kita ini dipandang oleh Allah dan diterima sebagai bekalan semasa menghadap-Nya nanti.. Amin
ikhlas,
Elly EksekutifSuri & keluarga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini