Jumaat, 6 Ogos 2010

Misi Sinar Harapan: Ramadhan & Syawal-Ziarah & Sumbangan

Assalamualaikum


Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah kerana permudahkan usaha kami. Alhamdulillah kerana usaha kami mendapat sokongan dan beberapa program telah diatur seperti di bawah dengan kerjasama sahabat2 yang menjadi pengantara di negeri2 yang terbabit.


Setakat hari ini dana hasil sumbangan & Jualan Amal Serunding utk Anak Yatim dan Fakir Miskin mencapai jumlah RM1551. Kami berhasrat untuk mengagihkan dahulu sebahagian kutipan utk persediaan mereka menyambut Ramadhan.


Kepada sahabat2 yang ingin ikut serta menziarahi anak yatim & fakir miskin ini harap dapat hubungi kami seperti nombor di bawah (Penang&Kelantan). Sumbangan juga amat dialu-alukan.


A: Program Ziarah & Sumbangan Persediaan Ramadhan

1. Elly <eksekutifsuri@yahoo.com.my> 012-3614014 (Kelantan)
Sabtu 14 Ogos 2010-keluarga anak yatim piatu 6 beradik di Kota Bharu
Ahad 15 Ogos 2010-Tahfiz Bersepadu al-Majami, Pasir Mas


2. Pn Norhana <nurislam4@gmail.com> 0134226553 (P.Pinang)
Ahad 08 Ogos 2010- 2 keluarga miskin & rumah anak yatim

Maklumat lanjut:

Misi Sinar Harapan & Maklumat Keluarga Miskin

Sanggar Suri http://eksekutifsuri.blogspot.com/

B: Program Bersama Anak Yatim & Miskin sekitar Lembah Klang

Insya-Allah kami sedang mengumpulkan nama2 anak2 yatim yang tinggal di rumah persendirian di sekitar Subang, S.Alam & Klang untuk projek amal Ramadhan Syawal di kawasan Lembah Klang. Jualan Amal Kuih Raya juga akan dilancarkan tidak lama lagi untuk dana anak2 yatim kawasan Lembah Klang.


Uks Charity Team melalui UmmikuSayang Sdn Bhd juga turut memberi sokongan dengan melancarkan kempen READ for Ramadhan Campaign. keterangan lanjut sila lawat:


http://alimkidsbookshop.com/ atau http://ummikusayangactivities.blogspot.com/



C: Sumbangan Kurma dan Persediaan Ramadhan di Perak

Bagi kawasan Perak, sahabat2 dialu-alukan untuk menghulurkan sumbangan untuk membeli kuih & makanan berbuka untuk dihantar ke rumah2 warga tua & miskin di sekitar Taiping. Terdapat juga beberapa aktiviti yang dianjurkan di sana yg mengharapkan sokongan para dermawan.


Untuk maklumat lanjut rujuk blog: http://jamalhassim.blogspot.com/
dan http://www.aljauhar2.blogspot.com/


Semoga Allah Memberkati Usaha kita ini..amin..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini