Hampir setiap hari saya menerima berita kesusahan & kemiskinan orang lain, sehingga saya lupa dugaan kecil yang Allah kirimkan kepada saya. Sepanjang usaha kami mengumpul Dana Menara Gading, kami ditemukan Allah dengan pelbagai kisah duka. Namun, saya kagum dengan kekuatan yang ada dlm jiwa mereka. Sepanjang tempoh pencarian untuk Dana Menara Gading, kami bagaikan sesak nafas menahan sedih melihat betapa ramainya anak2 yg cemerlang ini tidak mampu ke menara gading akibat faktor kemiskinan. Apalah daya kami, hanya dapat membantu meringankan beban sedikit sahaja ...
Ada yang terpaksa menolak tawaran ke menara gading semata-mata utk bekerja membantu keluarga. Mereka dewasa sebelum usia!! Menggalas bebanan demi adik-adik yang lain..
Penemuan kami kepada 2 keluarga tanpa ibu bapa amat memilukan. Keluarga pertama (Kota Bharu, Kelantan), kematian ibu bapa. Hidup bersama2 lima beradik. Abang sulung terpaksa melupakan tawaran belajar demi mecari rezeki menanggung adik2. Manakala kakak pula berulang-alik dari rumah ke tempat pengajian setiap hari yang jauh jaraknya.
Keluarga kedua (Rantau Panjang, Kelantan)-kematian ibu, bapa kahwin lain dan tinggalkan anak2..ada 7 beradik.
Ada juga anak2 ibu tunggal (P.Pinang) yang terpaksa berkorban demi meringankan beban keluarga. Ada yang terpaksa berhenti sekolah untuk menjaga adik-adik semasa ibu bekerja. Ada juga yang setiap hari lewat ke sekolah kerana menghantar kuih ke bandar menaiki bas sebelum pulang semula utk bersekolah.
Kami memperolehi maklumat melalui kerjasama guru2 & pengetua sekolah, serta penduduk kampung yang prihatin.
Alhamdulillah sudah hampir 6 tahun Eksekutifsuri & UmmikuSayang Charity Team mengadakan Jualan Amal Serunding & Dana Persiapan Hari Raya utk anak yatim dan fakir miskin. Kami juga mendapat kerjasama beberapa egroups & blogger, antaranya Resipi.net, D'redang & Aljauhar. Kali ini, kami beralih ke ceruk2 kampung yang ada keluarga miskin yang memiliki anak2 cemerlang. Bertepatan dengan keutamaan bersedekah dlm Islam yg mengutamakan anak yatim & pelajar, selepas keluarga & jiran.
Semoga usaha ini mendapat kerjasama sahabat2 dan sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka. Kami sedang berusaha mendapat maklumat lengkap dan menyiarkan maklumat mereka kepada sahabat2 semua agar sama2 kita dapat membantu. Sahabat2 boleh sama2 menyertai usaha kami ini dengan cara memberi sumbangan @ membeli serunding(sebahagian hasilnya akan disalurkan kpd anak yatim & miskin), atau sama2 turun padang bersama kami.
Biasanya kami akan adakan majlis berbuka puasa secara potluck bersama sahabat2 dan anak2 yatim dan miskin ini. Insya-Allah tarikhnya dapat kita bincangkan bersama. Mungkin boleh kita pakat2 bersama sahabat2 di tempat masing2. Wakil2 kami setakat ini ada di beberapa negeri, iaitu:
1. Elly eksekutifsuri@yahoo.com.my 012-3614014 (Selangor, Kelantan)
2. Pn Siti 0126905443 (Selangor)
3. En Jamaluddin 0195414673 (Perak)
4. Pn Norhana 0134226553 (P.Pinang)
Maklumat lanjut & gambar2 aktiviti kami boleh dilihat di blog:
SanggarSuri http://eksekutifsuri.blogspot.com/
Semoga Allah permudahkan usaha kita & melimpahkan keberkatan-Nya..amin
Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila titipkan ulasan anda di sini