Ahad, 11 April 2010

MISI SINAR HARAPAN 7 : Bantu Mereka Demi Masa Depan Yg Lebih Cemerlang

Assalamualaikum

Semoga sejahtera sentiasa

Terima kasih atas sokongan berterusan kepada perjuangan kami membela nasib anak yatim & fakir miskin.

Untuk masa terdekat kita tumpukan pada projek bantuan persiapan ke menara gading. Saya masih terbayang2 kira2 20 tahun dahulu bagaimana sahabat2 saya menolak tawaran ke menara gading semata2 akibat masalah kewangan. Ada juga anak2 cemerlang semasa saya adakan motivasi di kawasan pulau & pendalaman yang menolak tawaran sambung belajar atas alasan sambung belajar perlukan belanja yang besar dan memakan masa yang lama, lebih baik mereka terus bekerja membantu keluarga.

Semoga usaha kita ini dapat membantu mereka mencapai impian ke menara gading.

Perancangan & syarat2 yang diperlukan setakat ini (mohon pendapat)

1. Sekiranya sahabat2 mengetahui/mengenali pelajar2 cemerlang yang berpotensi melanjutkan pelajaran ke kolej/universiti harap dapat berikan maklumat lanjut kepada kami.

Syarat2:
i. Pendapatan isi rumah/ibu bapa bawah RM1500 (di kawasan bandar), atau bawah RM700 (di kawasan luar bandar)

ii. Keutamaan anak yatim atau anak ibu tunggal.

iii. Keutamaan yang tinggal di luar bandar. Kalau boleh seluruh Malaysia

iii. Mendapat keputusan cemerlang dan berpotensi mendapat tawaran melanjutkan pelajaran.

Perancangan:

i. Budget utk persiapan ke menara gading RM500 seorang
ii. Memerlukan Sukarelawan untuk menjemput pelajar dari stesen bas ke universiti/kolej (ada yang tiada saudara atau tiada kenderaan)
iii. Dialu-alukan jika ada yang sudi menjadi pembimbing atau mentor yang terus-menerus memberi semangat kepada mereka agar mereka tidak terkapai2 keseorangan di tempat baru.
iv. Usaha pengumpulan dana perlu dimulakan secepat mungkin bagi mendapatkan dana mencukupi sebelum kemasukan ke universiti akhir Mei nanti.
v. Target 10 orang. Sekiranya ada dana berlebihan akan ditambah calon2nya.

Dana dikumpulkan melalui akaun:

Malayan Banking Berhad
No. Akaun : 564593050270
Nama : Norlaili Talib



Maklumat diperlukan:

i. Nama & IC
ii. Alamat
iii. Keputusan SPM/STPM
iv. Pekerjaan & pendapatan ibu bapa
v. Pengesahan/sokongan ahli komuniti/ketua kampung/imam/guru atau sesiapa berkenaan.

Sekiranya ada tambahan dan buah fikiran harap dapat dikongsi bersama. Sokongan dan kerjasama sahabat2 didahulukan dengan jutaan terima kasih.

Semoga Allah permudahkan usaha kita dan anak2 ini mendapat haknya untuk berjaya dalam kehidupan dunia & akhirat..amin..

Untuk maklumat lanjut: Elly 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my
http://eksekutifsuri.blogspot.com

Terima kasih





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini