PROJEK TABUNG SUSU UNTUK ANAK YATIM & FAKIR MISKIN 2013
Assalamualaikum
Semoga sihat sejahtera dan di bawah lindungan Allah sentiasa. Alhamdulillah sudah hampir 4 tahun projek ini dijalankan.
Sanggar Suri & Team Misi Sinar Harapan merakamkan rasa terharu & mengucapkan setinggi2 penghargaan atas kesudian sahabat2 menyumbang secara istiqamah melalui ProjekTabung Susu utk Anak Yatim & Fakir Miskin.
Alhamdulillah
dengan sumbangan ini, kami dapat membeli & mengagih2kan susu kepada
anak2 yatim & fakir miskin di beberapa tempat & daerah di
berapa negeri.
Untuk maklumat lanjut Projek Tabung Susu boleh diikuti dalam blog Sanggar Suri www.eksekutifsuri.blogspot.com Di sebelah kanan bawah tajuk: PROJEK TABUNG SUSU UNTUK ANAK YATIM & FAKIR MISKIN
PERKEMBANGAN sehingga 07 FEB 2013
1. PERUBAHAN JUMLAH PENERIMA
2. JUMLAH DANA BERKURANG
Maklumat & gambar penerima susu boleh dilihat di blog Sanggar Suri : PROJEK TABUNG SUSU UNTUK ANAK YATIM & FAKIR MISKIN
Ada juga rumah anak
yatim @ keluarga yang meminta kami tidak menyiarkan nama anak2 di bawah
jagaan mereka, kerana ada kes penyalahgunaan maklumat. Jadi, sahabat2
boleh berkomunikasi terus dengan
penjaga mereka (nama dan no tel disertakan dalam
blog)
MAKLUMAT PENERIMA BANTUAN SUSU 2013
- Akibat beberapa sebab, antaranya: umur yang meningkat, ekonomi ibu bapa meningkat(terkeluar drp asnaf), berpindah ke tempat lain dll.
- Kawasan Redang Panjang & Lenggong (Penerima susu sejak tahun 2009) : Bantuan dihentikan mulai Jun 2012 atas permintaan pengantara kawasan Lenggong & Redang Panjang sendiri. Atas sebab anak2 di sini sudah besar dan kepentingan kpd susu berkurangan.
- Kawasan Jeli: Alhamdulillah anak2 sudah besar & keluarga tidak sesusah dahulu.
- Kawasan Subang: salah seorang penerima bantuan Nashanida (OKU) telah kembali ke Rahmatullah pada 6 Jan 2013. Ibunya, Puan Rohaya (mualaf&ibu tunggal) baru menjalani pembedahan(potong kaki) akibat diabetes pd bulan Disember 2012.
2. JUMLAH DANA BERKURANG
- Tarikh pembelian & pengagihan susu bergantung pada dana yg diperolehi
- Dana yang berkurang menyebabkan ada masanya proses penyerahan tidak tetap.
- Kutipan bulan Nov & Dis 2012 hanya cukup untuk peruntukan bulan Nov sahaja. Jadi bulan Dis 2012 tiada penyerahan susu.
- Kutipan berkurang mungkin disebabkan oleh komitmen penderma terhadap hal2 lain terutama persediaan anak2 sekolah
- Penderma tetap juga sudah berkurang, ada juga yang mengalami masalah ekonomi & ada komitmen lain.
- Diharap kutipan seterusnya akan bertambah & lebih ramai kanak-kanak miskin daapat dibantu.
Maklumat & gambar penerima susu boleh dilihat di blog Sanggar Suri : PROJEK TABUNG SUSU UNTUK ANAK YATIM & FAKIR MISKIN
MAKLUMAT PENERIMA BANTUAN SUSU 2013
TEMPAT
|
PENGANTARA
|
JUMLAH
|
STATUS
|
|
1
|
Baitul Fitrah, Bandar Country Homes, Rawang
|
Zaphir (0139219866)
|
5
|
Anak yatim & fakir miskin bawah tanggunggan BFitrah
|
2
|
Rumah Titian Ashraful Rohaniah, Teluk Intan
(RTAR)
|
Pn Rohana
(013-4550013)
|
4
|
Anak yatim, terbiar & OKU tanggunggan RTAR
|
3
|
Rumah Jagaan Nasyiatul
Aisyiyah, Pulau Pinang
|
Pn Rohani
(04 8661244)
|
2
|
Anak ditinggalkan
|
4
|
Kawasan Pasir Mas, Kelantan
|
Cikgu Suzana
(019-9859571)
|
4
|
Oku, Anak Yatim & Fakir Miskin
|
5
|
Kawasan Machang,
Kelantan
|
Cikgu Suzana
(019-9859571)
|
4
|
Anak Fakir Miskin
|
6
|
Kawasan Rantau Panjang, Kelantan
|
T.Hj Haris(Mie)
(019-9107987
|
10
|
Anak yatim & fakir miskin
|
7
|
PPRT Lembah Subang, PJ
|
Elly
(012-3614014)
|
2
|
Oku, Anak Yatim & Fakir Miskin
|
8
|
Flat Kayu Ara, PJ
|
Elly
(012-3614014)
|
1
|
Anak yatim & fakir miskin
|
JUMLAH
|
32
|
JUMLAH PENERIMA:32 orang (128 paket susu)
KOS DIPERLUKAN: RM2560/bulan
Jutaan Terima kasih pada semua yang menghulurkan sokongan, sama ada
yang menderma dengan harta mereka atau yang memberi sokongan moral,
masa & tenaga serta menaruh kepercayaan kepada kami .
Semoga
usaha kita ini dapat memberi peluang kepada anak2 ini membesar
dengan lebih baik & menjadi anak yang soleh & solehah, berkat
drp kemuafakatan kita berganding bahu membantu menyediakan bekalan susu
untuk mereka. Amin
Semoga Allah Memberkati Rezeki & Usaha kita..amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila titipkan ulasan anda di sini