Memaparkan catatan dengan label Misi Kembali ke Sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Misi Kembali ke Sekolah. Papar semua catatan

Khamis, 18 Januari 2018

[ MISI JEJAK ASNAF: Selagi Hayat Dikandung Badan..]

[ MISI JEJAK ASNAF: Selagi Hayat Dikandung Badan..]

KG MANIK URAI, Kelantan.
Rabu (10 Jan) & Khamis (11Jan)

Misi Bakul Asnaf
Misi Kembali ke sekolah

SANGGAR SURI 2018

MISI kali ini rentetan kisah seorang Nenek yang kami temui semasa Misi Kembali ke Sekolah di Kg Manik Urai pada 30 Dis 2017 lalu.
Kisah nenek yang datang bersama cucunya dan meminta kalau2 ada beras. Mereka sering terputus beras lebih2 lagi di musim tengkujuh ini.
Simpati dengan nasib Nenek ini, seorang sahabat dari Singapura mengirimkan sejumlah wang untuk diinfaq kepada keluarga ini.

Sahabat SanggarSuri Manik Urai pimpinan Puan Mutiara Yusmenjejaki keluarga ini di Kg Manik Urai selama 2 hari berturut2 pada hari Rabu (10 Jan) & Khamis (11Jan) untuk menyelami kehidupan sebenar mereka.

Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul bebanan..tapi Demi Kasih, nenek ini tetap teguh melangkah mencari rezeki demi menyara keluarganya.

Tak tercapai dek akal... bagaimana seorang nenek tua berusaha bekerja & menjaga ibunya yang sudah uzur, adik & anak OKU serta dua cucu yang ditinggalkan ibu bapa.

Takat mana sangatlah kudrat tua Nenek ini..Gigih menyusuri kampung, mengutip pucuk paku untuk dijual. Di samping bekerja menjaga lembu pawah.

Kehadiran kami bersama barangan dapur, barangan sekolah, pakaian dan lain2 barang keperluan disambut dengan penuh keceriaan.

PROFILE KELUARGA:

Nama Ketua Keluarga:

Siti Aminah Mohd
(ibu tunggal), umur 60
Kerja kampung

Tangunggan

Rosna Jusoh,93- ibu
Rokiah Mohd,49- adik OKU (Masalah Mental)
(bantuan JKM 120 )
Mohd Firdaus,11- anak (OKU lembam)

Mohd Husaini, 9 -cucu
Siti Nor Syuhada 7-cucu

Ada lagi 5 orang anak yang sudah berkeluaga tetapi juga susah & bekerja kampung. 2 daripadanya yang kerja kilang ada juga kirimkan wang untuk ibunya.


Semoga ada sinar yang akan menyinari kehidupan keluarga ini ...

Semoga sumbangan ini dan seterusnya mampu meringankan beban mereka.

Teruskan bersama kami, bantu kami untuk bantu mereka keluar daripada kepompong kemiskinan..

SAMA CAKNA SAMA RASA
dari MARHAEN untuk MARHAEN..

#MisiKembalikeSekolah
#MisiBantuanAsnaf
#SanggarSuri


















Isnin, 11 Disember 2017

[ MISI KEMBALI KE SEKOLAH 2018 ]

[ MISI KEMBALI KE SEKOLAH 2018 ]

PENDIDIKAN adalah salah satu Misi penting kami dalam usaha membawa keluar saudara asnaf kita daripada kepompong kemiskinan. Sedaya-upaya kami akan berusaha meringankan beban mereka, terutama keluarga ibu tunggal & anak yatim

Terutama keluarga yang pendapatan mereka terjejas akibat Musim Tengkujuh.

Insya-Allah kami akan teruskan Misi Kembali ke Sekolah 2018 seperti tahun-tahun sebelum ini.

Kami teruskan Misi ini bersama doa kepada Allah swt agar ada bantuan daripada-Nya untuk permudahkan urusan kami, jua dibukakan hati insan-insan berhati mulia untuk bersama-sama berkongsi rezeki, sama ada dalam bentuk tenaga, masa & harta.

Kami akan bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain, bergantung kepada dana yang ada.

Antara destinasi Misi Kembali ke Sekolah(bergantung pada dana)

1. KELANTAN:
Beberapa kampung sekitar Manik Urai, Gua Musang, Rantau Panjang & Pasir Mas, Kelantan

2. PERAK: Perrkampungan miskin sekitar Lenggong, Perak

3. SELANGOR: Sekitar Hulu Selangor dan beberapa kawasan miskin bandar.

Sasaran: 200 pelajar x RM150

Sumbangan diperlukan sama ada dalam bentuk kewangan atau barangan:

1. Beg Sekolah
2. Bekas Pensel & Alat Tulis
3. Calculator
4. Kewangan:
 (i) pembelian buku&bayaran yuran
 (ii) pembelian pakaian sekolah

Untuk maklumat lanjut:

Elly(SanggarSur) 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my

Sahabat Sanggar Suri Kelantan.
(Pusat Pengumpulan):

Haris b Mahmud
Kelas Qiraati & Pengajian Islam
Lorong Kedai Kopi Sudi,Kg.Bakat Hilir,17200 Rantau Panjang,Kelantan.

Mie Gstk 019-9107987/011-2562 4234(WA).

atau lawati blog:
Sanggar Suri

Semoga usaha kita ini dipermudahkan & diberkati Allah, dan mampu menjadi bekal peneman kita di akhirat nanti. Amin.

Jazakumullah khairan kathira

#SanggarSuri
#MisiKembalikeSekolah
#MisiSekolahSanggarSuri
#MisiKembalikeSekolah2018

Rabu, 9 Disember 2015

MISI KEMBALI KE SEKOLAH 2016






Insya-Allah kami akan teruskan Misi Kembali ke Sekolah 2016 seperti tahun-tahun sebelum ini.

Kami mulakan Misi ini bersama doa kepada Allah swt agar ada bantuan daripada-Nya untuk permudahkan urusan kami, jua dibukakan hati insan-insan berhati mulia untuk bersama-sama berkongsi rezeki, sama ada dalam bentuk tenaga, masa & harta.

Kami akan bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain, bergantung kepada dana yang ada.

Antara destinasi Misi Kembali ke Sekolah(bergantung pada dana)

1. Perkampungan miskin sekitar Machang, Rantau Panjang & Pasir Mas, Kelantan
2. Perkampungan miskin sekitar Lenggong & Redang Panjang, Perak
3. Perkampungan miskin sekitar Raub, Pahang.
4. Kawasan penempatan miskin bandar sekitar P.Pinang.
5. Kawasan perkampungan dan  penempatan miskin bandar sekitar Sabah

Sasaran: 200 pelajar

Sumbangan diperlukan sama ada dalam bentuk kewangan atau barangan:

1. Pakaian, Beg&Kasut Sekolah
(anggaran RM100)
2. Bekas pensel & alat tulis
3. Buku rujukan (baru @ terpakai)

Untuk maklumat lanjut:

Elly EksekutifSuri​012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my

Sahabat Sanggar Suri Kelantan:

Rantau Panjang & Pasir Mas:
Mie Gstk​ 019-9107987/017-9793919(WA)

Kota Bharu:
Dekda Mohd Noor​ 012-3308551

atau lawati blog:
Sanggar Suri

Semoga usaha kita ini dipermudahkan & diberkati Allah, dan mampu menjadi bekal peneman kita di akhirat nanti. Amin.

Jazakumullah khairan kathira

Khamis, 29 Januari 2015

MISI KEMBALI KE SEKOLAH 2015


[ MISI KEMBALI KE SEKOLAH 2015 ]


Alhamdulillah…
Selamat menyampaikan amanah sahabat-sahabat yang menyalurkan dana melalui SANGGAR SURI ( mulai 25 Nov 2014-28 Jan 2015)

Dana diteruskan untuk menjayakan MISI KEMBALI KE SEKOLAH
FASA 3.
Semoga lebih ramai pelajar miskin dapat kita bantu…amin
Jazakumullah khairan kathira..

MISI KEMBALI KE SEKOLAH FASA 1

PAHANG

1. KUALA DONG, RAUB
Sumbangan Wang Belanja Persiapan Persekolahan

Jumlah Pelajar: 5 orang
Jumlah Perbelanjaan: RM500

PERAK

1. LENGGONG
Sumbangan Pakaian & Kasut sekolah

Jumlah Pelajar: 30 orang
Jumlah Perbelanjaan: RM2500


2. REDANG PANJANG, TAIPING
Sumbangan Wang Belanja Persiapan Persekolahan

Jumlah Pelajar: 10 orang
Jumlah Perbelanjaan: RM1000

3. TELUK INTAN
Sumbangan Wang Belanja Persiapan Persekolahan
Jumlah Pelajar: 20 orang
Jumlah Perbelanjaan: RM2000
(Tajaan Sahabat TM)

SELANGOR

Sumbangan Alat Tulis & Wang
1. BUKIT BERUNTUNG, HULU SELANGOR
Jumlah Pelajar:  8 orang
Jumlah Perbelanjaan: RM400

2. SERENDAH, HULU SELANGOR
Jumlah Pelajar: 2  orang
Jumlah Perbelanjaan: RM125


JUMLAH  PELAJAR-Misi 1:  75 ORANG
JUMLAH PERBELANJAAN-Misi1: RM6525


MISI KEMBALI KE SEKOLAH FASA 2: Pasca Banjir

KELANTAN:

1. JELI
Sumbangan Wang Belanja Persiapan Persekolahan
Jumlah Pelajar: 6  orang
Jumlah Perbelanjaan: RM300

2. TUMPAT
Sumbangan Pakaian Sekolah & Alat Tulis

JUMLAH PERBELANJAAN: RM7000
JUMLAH PENERIMA: 142

Sumbangan Kasut (infaq drp sahabat-100pasang)
JUMLAH PENERIMA: 100

Sumbangan Wang Belanja Persiapan Persekolahan
JUMLAH PERBELANJAAN: RM350
JUMLAH PENERIMA: 1-persiapan masuk SBP

3. RANTAU PANJANG & PASIR MAS
Sumbangan Pakaian Sekolah, Kasut&Beg

JUMLAH PERBELANJAAN: RM5828
JUMLAH PENERIMA: 90

Sumbangan Beg (Infaq Sahabat UmmikuSayang-100pasang)
JUMLAH PENERIMA: 100


JUMLAH PERBELANJAAN--Misi 2: RM13478
JUMLAH PELAJAR-Misi 2:  439


MISI KEMBALI KE SEKOLAH FASA 3
~ Sumbangan Bayaran Persekolahan 2015 ~

1. Sek Ren Ugama (A) Tarbiah Islamiah,Rantau Panjang..

JUMLAH PERBELANJAAN: RM3500
JUMLAH PENERIMA: 50

2. Sek. Keb. Pulau Beluru, Tumpat

JUMLAH PERBELANJAAN: RM1400
JUMLAH PENERIMA: 20

Insya-Allah Misi Kembali ke Sekolah Fasa 3 diteruskan….
Setakat ini ada 3 buah sekolah  lagi sedang menanti…

Jazakumullah khairan kathira...

Isnin, 15 Disember 2014

MISI KEMBALI KE SEKOLAH 2015




UPDATE: 22 Dis 2014 (ISNIN)

Alhamdulillah amanah sahabat-sahabat telah kami agihan secara berperingkat bergantung pada dana yang diterima. Agihan ini perlu dibuat segera agar sahabat yang menjadi wakil di setiap tempat dapat membuat persediaan membeli baju & kelengkapan persekolahan secepat mungkin akibat kekangan masa & tenaga sukarelawan.
Tambahan pula, musim persekolahan sudah hampir..musim tengkujuh pula sudah muncul semula. Risau pula, kalau-kalau banjir melanda...

Agihan setakat ini:

1.Kuala Krai, Kelantan
Tarikh: 16 Dis 2014
Jumlah dana: RM2000
Jumlah pelajar: 20 pelajar
Sahabat penyelaras: Cikgu Suzana

2. Tumpat, Kelantan
Tarikh: 10 &11 Dis 2014
Jumlah: RM1500
Jumlah pelajar: 16 pelajar
Sahabat penyelaras: Puan Faizah QemerZaman Yong

3. Lenggong, Perak
Tarikh: 11 Dis 2014
Jumlah dana: RM2500
Jumlah pelajar: 26 pelajar
Sahabat penyelaras: Cikgu Suzana

4. Bukit Beruntung & Serendah, Hulu Selangor
Tarikh: 14 Dis 2014 & 21 Dis 2014
Jumlah dana: RM525
Jumlah pelajar: 12 pelajar
Sahabat penyelaras: Cikgu Rume Yusoff

5. Kuala Dong, Raub, Pahang

Tarikh: 22 Dis 2014 

Jumlah dana: RM500
Jumlah pelajar: 5 pelajar
Sahabat penyelaras: Puan Siti Zulaikha

JUMLAH TERKUMPUL (22 DIS 2014): RM17620
MASIH DIPERLUKAN: RM2380
ANGGARAN diperlukan: RM20,000 untuk 200 pelajar

MISI KEMBALI KE SEKOLAH 2015 - HULU SELANGOR


Tarikh: 14 Dis 2014 (SABTU)
Destinasi: Bukit Beruntung, Hulu Selangor

Tarikh: 21 Dis 2014 (AHAD)
Destnasi: Serendah, Hulu Selangor

Jumlah Pelajar: 12 (5 Keluarga)
Jumlah Perbelanjaan:
1. Peralatan Sekolah: RM125 (RM25 x 5 keluarga)
2. Wang Tunai : RM400

Alhamdulillah..Fasa pertama Misi Kembali ke Sekolah 2015 kawasan Hulu Selangor selamat dilaksanakan.
Alhamdulillah, keseluruhan keluarga yang kami ziarah pada hari itu sudah ada pakaian sekolah yang disumbangkan oleh PPZ Negeri Selangor.
Sumbangan daripada Sahabat Sanggar Suri melalui Misi Kembali ke Sekolah 2015 disampaikan dalam bentuk peralatan persekolahan, alat tulis dan wang tunai.
Kawasan yang kami kunjungi kebanyakannya di kawasan flat. Ada yang tinggal di flat terbiar, yang dikelilingi rumah-rumah kosong yang dihuni penagih dadah. Lebih mengejutkan, mereka ini juga buta huruf. Sehinggakan untuk mengisi borang pun tidak pandai. Anak-anak yang bersekolah juga tidak lancar membaca & menulis.
Anak-anak juga berjalan kaki jauh ke sekolah akibat tidak cukup wang untuk membayar tambang bas. Keadaan ini kadangkala menyebabkan anak-anak tidak ke sekolah..
Insya-Allah, maklumat terkumpul ini akan kami panjangkan lagi untuk tindakan selanjutnya dalam Misi yang lain, termasuk Misi Mahligai untuk membolehkan satu keluarga yang tinggal di rumah terbiar berpindah ke rumah yang lebih baik..
Penghargaan buat Cikgu Rume Yussof yang membantu mengumpul maklumat & menemani kami ke destinasi terpilih.
Jutaan terima kasih atas segala bantuan & sokongan..
Jazakumullah khairan kathira..

Keluarga 1: 


Destinasi:-Apt. Teratai, Tmn Bunga Raya, Bukit Beruntung
Status: Anak yatim, Ibu tunggal kematian suami

Pekerjaan:- tiada
Pendapatan:
-PERKESO RM470
-Zakat RM350

Isi rumah:

1. Suzana (Ibu), 33
2. Aiman, 13
3. Alif, 10
4. Shafiq, 6
5. Hafiz, 3 bulan
 

 Keluarga 2: 

Destinasi:-Apt. Teratai, Tmn Bunga Raya, Bukit Beruntung
Status: Miskin

Pekerjaan:-
Buruh Binaan
(pendapatan tidak menentu, anggaran RM700 sebulan)

Isi rumah:

1. Anas (bapa), 48
2. Salawati (ibu), 38
3. Muhammad Faiz,13
4. Siti Aminah, 11
5. Muhammad Riski, 1

 Keluarga 3: 


Destinasi:-Apt. Kenangai, Tmn Bunga Raya, Bukit Beruntung
Status: Miskin, Ibu Tunggal, tinggal di rumah terbiar

Pekerjaan:-
Anak sulung berumur 18 tahun-Staff KFC
Pendapatan RM900 sebulan

Ahli Keluarga:

1. Azizah (ibu), 40
2. Azam, 18-Tinggal di asrama pekerja
3. Akimi,15- Tidak bersekolah
4. Farah, 13
5. Sulaiman, 10
6. Nordiah, 7
7. Elmi, 3
 



Kawasan rumah terbiar (rumah tinggal) kebanyakan dijadikan sarang penagih dadah 

Kawasan rumah terbiar (rumah tinggal) kebanyakan dijadikan sarang penagih dadah 

Kawasan rumah terbiar (rumah tinggal) kebanyakan dijadikan sarang penagih dadah 

Kawasan rumah terbiar (rumah tinggal) kebanyakan dijadikan sarang penagih dadah 

 Keluarga 4: 


Destinasi:- Prima Beruntung, Bukit Beruntung
Status: Miskin, anak OKU

Pekerjaan:-
Bapa-tiada pekerjaan, cedera akibat kemalangan. sebelum ini berniaga soya.

Anak OKU bekerja dengan gaji RM400 (pembantu catering)

Pendapatan bulanan :
gaji RM400
zakat RM350

Ahli Keluarga:

1.Mohd Sharipudin , 46
2. Norhayati (ibu), 48
3. Shahrir, 22 (OKU)
4. Nur Shasha, 18
5. Nur Nafasha, 14
6. Shahmi, 6
6. Nordiah, 7
7. Elmi, 3
 


sumbangan wang tunai RM50-RM100 satu keluarga
Peralatan sekolah;-

Satu set setiap keluarga:

1. pembalut buku
2. pensel (1 kotak-12)
3. pen (10 batang)
4. pemadam(10 batang)
5. pembaris (4 batang)
6. gam (2 tiub)
7.pensel warna (1kotak)
8. pengasah pensel (4 buah)



Maklumat yang dikumpul

Crew Cilik Sanggar Suri sempat melelapkan mata...keletihan naik turun rumah flat...


Khamis, 27 November 2014

Misi Kembali ke Sekolah 2015

Assalamualaikum

Semoga Allah izinkan kami dan kirimkan bantuan melalui insan-insan yang ikhlas..
Semoga ada rezeki buat anak-anak yatim & miskin ini...amin
Insya-Allah 
seperti tahun-tahun sebelum ini kami akan teruskan Misi Sinar Harapan: Kembali ke Sekolah 2015 . Kami mulakan Misi ini bersama doa kepada Allah swt agar ada bantuan daripada-Nya untuk permudahkan urusan kami, jua dibukakan hati para sahabat untuk bersama2 berkongsi rezeki, sama ada dlm bentuk tenaga, masa & harta.


MATLAMAT

Sebagai satu medium perkongsian rezeki untuk membantu meringankan beban anak yatim dan fakir miskin dalam membuat persediaan kembali ke sekolah 2015. 

DESTINASI

Kami akan bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain, bergantung kepada dana yang ada.  Antara destinasi Misi Kembali ke Sekolah(bergantung pada dana) 

1. Perkampungan miskin sekitar Rantau Panjang & Pasir Mas, Kelantan  
2. Perkampungan miskin sekitar Lenggong, Perak.
3. Perkampungan miskin sekitar Redang Panjang, Perak 

4. Perkampungan miskin sekitar Machang, Kelantan.
5. Kawasan penempatan miskin bandar di P.Pinang.
6. Kawasan penempatan miskin Bandar sekitar Selangor & Kuala Lumpur


SASARAN

200 pelajar x RM100

Sumbangan (sama ada dalam bentuk kewangan atau barangan):

1. Pakaian&kasut sekolah (anggaran RM100/pelajar )
2. Bekas pensel
3. Beg
4. Alat tulis 

UNTUK INFAQ :
Maybank : 564593050270
(NORLAILI TALIB)

Email: eksekutifsuri@yahoo.com.my

**Sila nyatakan: "Misi Sekolah 2015" 

Untuk maklumat lanjut: 

atau lawati blog:

Semoga dipermudahkan rezeki anak-anak miskin ini..amin

****************************************************************** 

Semoga dilindungi Allah sentiasa.
Semoga usaha kita ini dipermudahkan & diberkati Allah, dan menjadi bekal peneman kita di akhirat nanti. Amin

Ahad, 9 Februari 2014

MISI KEMBALI KE SEKOLAH 2014: RANTAU PANJANG& PASIR MAS, KELANTAN

Alhamdulillah..

Misi Tertunai sudah. Syukur Alhamdulillah atas kuniaan Allah yg menggandingkan kami dalam satu jemaah yang utuh dan saling melengkapi...Alhamdulillah.

Penghargaan yang tidak terhingga buat Sahabat Sanggar Suri (Visi Hanif RP) kawasan Rantau Panjang & Pasir Mas Kelantan di bawah pimpinan T.Hj Haris (Mie GSTK), adik2 & ahli keluarga ayahanda T.Hj Talib Muhammad & bonda Pn Hjh Noraini Jamaliah Yaakob Baginda, ahli keluarga K'Sufiyah Mubarak, semua sahabat2 dari dalam dan luar negara yang istiqamah memberikan kepercayaan, sokongan & sumbangan dalam apa jua bentuk sekalipun..

Doa khas untuk semua yang terlibat:

Jazakumullah khairan kathira..

"Ya, Allah! Semoga usaha & perkongsian rezeki ini diterima-Mu. Jadikan sedekah & usaha ini sebagai simpanan yang menguntungkan, dan janganlah ia menjadi pemberian yang merugikan.

..dan Semoga sedekah&usaha ini mampu menjadi bekal untuk perjalanan ke SYURGA.. Semoga Allah mengampuni dosa kita, ibu bapa & ahli keluarga, menyucikan hati&jiwa dan rezeki, serta limpahkan keberkatan dlm hidup kita semua ..amin."


Misi Kembali ke Sekolah : 64 orang ke semuanya :

22/12/13- 47 orang-1set (pakaian, beg & kasut)

25/12/13-13 orang-1set(pakaian, beg & kasut)

30/12/13-4 orang-beg sahaja

JUMLAH: RM5000

Sumbangan Yuran persekolahan 9 orang:

5 orang di Pasir Mas,
4 orang di Rantau Panjang

JUMLAH: RM850

Sumbangan naskhah al-Quran:64 set