Isnin, 15 Disember 2014

MISI KEMBALI KE SEKOLAH 2015 - HULU SELANGOR


Tarikh: 14 Dis 2014 (SABTU)
Destinasi: Bukit Beruntung, Hulu Selangor

Tarikh: 21 Dis 2014 (AHAD)
Destnasi: Serendah, Hulu Selangor

Jumlah Pelajar: 12 (5 Keluarga)
Jumlah Perbelanjaan:
1. Peralatan Sekolah: RM125 (RM25 x 5 keluarga)
2. Wang Tunai : RM400

Alhamdulillah..Fasa pertama Misi Kembali ke Sekolah 2015 kawasan Hulu Selangor selamat dilaksanakan.
Alhamdulillah, keseluruhan keluarga yang kami ziarah pada hari itu sudah ada pakaian sekolah yang disumbangkan oleh PPZ Negeri Selangor.
Sumbangan daripada Sahabat Sanggar Suri melalui Misi Kembali ke Sekolah 2015 disampaikan dalam bentuk peralatan persekolahan, alat tulis dan wang tunai.
Kawasan yang kami kunjungi kebanyakannya di kawasan flat. Ada yang tinggal di flat terbiar, yang dikelilingi rumah-rumah kosong yang dihuni penagih dadah. Lebih mengejutkan, mereka ini juga buta huruf. Sehinggakan untuk mengisi borang pun tidak pandai. Anak-anak yang bersekolah juga tidak lancar membaca & menulis.
Anak-anak juga berjalan kaki jauh ke sekolah akibat tidak cukup wang untuk membayar tambang bas. Keadaan ini kadangkala menyebabkan anak-anak tidak ke sekolah..
Insya-Allah, maklumat terkumpul ini akan kami panjangkan lagi untuk tindakan selanjutnya dalam Misi yang lain, termasuk Misi Mahligai untuk membolehkan satu keluarga yang tinggal di rumah terbiar berpindah ke rumah yang lebih baik..
Penghargaan buat Cikgu Rume Yussof yang membantu mengumpul maklumat & menemani kami ke destinasi terpilih.
Jutaan terima kasih atas segala bantuan & sokongan..
Jazakumullah khairan kathira..

Keluarga 1: 


Destinasi:-Apt. Teratai, Tmn Bunga Raya, Bukit Beruntung
Status: Anak yatim, Ibu tunggal kematian suami

Pekerjaan:- tiada
Pendapatan:
-PERKESO RM470
-Zakat RM350

Isi rumah:

1. Suzana (Ibu), 33
2. Aiman, 13
3. Alif, 10
4. Shafiq, 6
5. Hafiz, 3 bulan
 

 Keluarga 2: 

Destinasi:-Apt. Teratai, Tmn Bunga Raya, Bukit Beruntung
Status: Miskin

Pekerjaan:-
Buruh Binaan
(pendapatan tidak menentu, anggaran RM700 sebulan)

Isi rumah:

1. Anas (bapa), 48
2. Salawati (ibu), 38
3. Muhammad Faiz,13
4. Siti Aminah, 11
5. Muhammad Riski, 1

 Keluarga 3: 


Destinasi:-Apt. Kenangai, Tmn Bunga Raya, Bukit Beruntung
Status: Miskin, Ibu Tunggal, tinggal di rumah terbiar

Pekerjaan:-
Anak sulung berumur 18 tahun-Staff KFC
Pendapatan RM900 sebulan

Ahli Keluarga:

1. Azizah (ibu), 40
2. Azam, 18-Tinggal di asrama pekerja
3. Akimi,15- Tidak bersekolah
4. Farah, 13
5. Sulaiman, 10
6. Nordiah, 7
7. Elmi, 3
 



Kawasan rumah terbiar (rumah tinggal) kebanyakan dijadikan sarang penagih dadah 

Kawasan rumah terbiar (rumah tinggal) kebanyakan dijadikan sarang penagih dadah 

Kawasan rumah terbiar (rumah tinggal) kebanyakan dijadikan sarang penagih dadah 

Kawasan rumah terbiar (rumah tinggal) kebanyakan dijadikan sarang penagih dadah 

 Keluarga 4: 


Destinasi:- Prima Beruntung, Bukit Beruntung
Status: Miskin, anak OKU

Pekerjaan:-
Bapa-tiada pekerjaan, cedera akibat kemalangan. sebelum ini berniaga soya.

Anak OKU bekerja dengan gaji RM400 (pembantu catering)

Pendapatan bulanan :
gaji RM400
zakat RM350

Ahli Keluarga:

1.Mohd Sharipudin , 46
2. Norhayati (ibu), 48
3. Shahrir, 22 (OKU)
4. Nur Shasha, 18
5. Nur Nafasha, 14
6. Shahmi, 6
6. Nordiah, 7
7. Elmi, 3
 


sumbangan wang tunai RM50-RM100 satu keluarga
Peralatan sekolah;-

Satu set setiap keluarga:

1. pembalut buku
2. pensel (1 kotak-12)
3. pen (10 batang)
4. pemadam(10 batang)
5. pembaris (4 batang)
6. gam (2 tiub)
7.pensel warna (1kotak)
8. pengasah pensel (4 buah)



Maklumat yang dikumpul

Crew Cilik Sanggar Suri sempat melelapkan mata...keletihan naik turun rumah flat...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini