Insya-Allah kami sedang membantu Ustazah Rohani untuk menyediakan tempat & kehidupan yg lebih baik untuk anak2 ini. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Tak tercapai dek akal bagaimana kesungguhan Tok & Tok Wan yang gigih memperjuangkan nasib anak2 ini.. berbekalkan keyakinan & bergantung harap kepada Allah swt ..
Tuan/Puan boleh hubungi FB Elly Nizam 012 3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my
atau menghubungi terus Ustazah Rohani: 019-2523900
Semoga Allah membuka hati kita & mempermudahkan kita untuk menghulurkan tangan bersama2 membantu usaha murni ini...amin
*****************************************
Misi Sinar Harapan: Pusat Perlindungan Nasyiatul Aisyiyah, P.Pinang
Tarikh: 11 Feb 2013
Tempat:
Pusat Perlindungan Nasyiatul Aisyiyah
No 6 Solok Air Putih
Titi Teras
Balik Pulau, Pulau Pinang.
(Ustazah Rohani: 019-2523900)
Jumlah penghuni: 18 (3-13tahun)
Status: Anak yatim & Terbiar (ditinggalkan)
Anggaran Perbelanjaan Bulanan
- Sewa =RM2000(RM1000 ditaja keluarga Ustazah Rohani)
- Api & Air =RM500
- Pembantu RM700 x2 = RM1400
- Sekolah Tadika & Nursery(6 orang ) =RM1000
- Lain2 : RM500
Kami baru pulang menziarahi anak2 comel ini bg Projek Tabung Susu utk Anak Yatim dan Fakir Miskin & Misi Sinar Harapan..mata kami tidak dapat lelap mengenangkan wajah2 comel mereka. Setiap anak-anak ini ada sejarah hitam tersendiri.. Syukurlah, anak-anak ini diserahkan Allah kepada hamba-Nya yang bertanggungjawab, berusaha gigih memperjuangkan nasib anak2 yatim & terbiar ini..
Ustazah Rohani yang dipanggil Tok dan suaminya, Tok Wan (Ustaz Ahmad Akhir) merupakan insan terpilih yang bertanggungjawab membela nasib anak2 ini. Anak2 ini adalah anak2 yatim & terbiar. Diselamatkan oleh mereka atas dasar tanggungjawab seorang Muslim demi menyelamatkan akidah & membela nasib anak2 ini.
Bayangkan jika mereka masih di sana.. adakah wajah comel ini masih wujud..?? Ada antara mereka yang ditemui dlm keadaan nyawa-nyawa ikan di dalam kotak... ingin dibuang ibu sendiri yang berhasrat kembali ke agama asal selepas kematian suami & dibuang keluarga mertua..
Rumah ini masih lagi dalam proses untuk mendapatkan kelulusan. Sebelum ini mereka dibela di rumah kampung dalam situasi sebuah keluarga besar. Anak2 ini dibesarkan bagai cucu-cucu sendiri dengan penuh kasih sayang & ditarbiah sebaik mungkin oleh Tok & Tok Wan. Itulah matlamat utama mereka-Membesarkan anak2 ini dalam situasi sebuah keluarga, bukan sebagai institusi rumah kebajikan..
Mana yang sudah besar (11-13tahun) dihantar ke Mahaad Tahfiz untuk meneruskan pengajian. Dan akan pulang ke sini sewaktu cuti sekolah.
Sejuk mata memandang mereka ini..kemas, bersih, beradab..Alhamdulillah.
Semoga Allah membuka hati kita & mempermudahkan kita untuk menghulurkan tangan bersama2 membantu usaha murni ini...amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila titipkan ulasan anda di sini