Rasa bersalah masih lagi bersarang di hati ini... 5 bulan sudah saya upload gambar
ini. Niat nak karang khas cerita Zaiton, yang lumpuh seluruh badan akibat didera bekas suami ...tapi tertangguh dek kesibukan mengendalikan kisah-kisah masyarakat yang perlu bantuan segera..
Tambah sedih lagi apabila sahabat yang selama ini menghulurkan sumbangan kepada Zaiton untuk membiayai kos pembelian kelengkapan hariannya juga sudah menarik diri akibat masalah kewangan..
Sewaktu banjir tahun lepas, mereka terpaksa berpindah tanpa sempat bantuan penyelamat tiba. Sepupu Zaiton, En Adnan yang mendukungnya mengharugi banjir, apabila penat berhenti, ditampung pula isterinya...air paras pinggang pada masa itu..
Setiap kali turun ke Kelantan kami akan ziarah Zaiton...dia sudah menjadi sebahagian drp keluarga kami. Walaupun kami jauh, anak-anak buah di sana tetap menziarahinya hampir setiap bulan untuk menyampaikan amanah sahabat2..
Jutaan terima kasih atas semangat & sokongan istiqamah Mie Gstk dan Sahabat Sanggar Suri-Visi Hanif RP...
Usaha Sanggar Suri & sahabat2 membantu Zaiton merupakan salah satu kejayaan besar buat kita..antara kes terbesar & kronik yang berjaya kita bantu.
Melalui dana terkumpul, kita berjaya membina sebuah rumah untuk Zaiton. Usaha mendapatkan katil khas untuk Zaiton juga berjaya hasil sumbangan sahabat...juga bantuan bulanan disalurkan melalui Misi Secangkir Kasih...
Dan hari ini...saya teruja untuk kembali menulis tentang Zaiton lebih-lebih lagi ada sahabat yang menawarkan diri untuk menjadi penyumbang tetap.
Namun....kita cuma merancang, Allah menentukan...
Lebih kurang jam 4.30 petang tadi (Isnin 03 Ogos 2015)...
Zaiton dipanggil pulang oleh penciptanya. Sebelum sempat mendapat pembelaan...tinggallah dua orang anaknya yang kini sudah tiada ibu bapa...
Zaiton...walaupun dikau sudah pergi, semangat & kenangan bersamamu tetap akan dikenang selalu.
Zaiton.... walaupun dikau sudah dipanggil pulang. Nasib anak-anakmu akan tetap kami bela... Misi Secangkir Kasih Secalit Sinar akan diteruskan...Misi ini diilhamkan drp penderitaan Zaiton. Matlamat untuk berkongsi rezeki & teduhan kasih secara istiqamah tanda sokongan untuk mereka yang hilang tempat bergantung untuk meneruskan kehidupan.
Adikku Zaiton.... pulanglah dik. Rehatlah di sana dalam rehat yang panjang...
Semoga dikau menemui ketenangan & kedamaian di sana...
Semoga Allah menempatkan dikau di kalangan orang yang beriman...amin
Jutaan terima kasih buat sahabat-sahabat yang istiqamah membantu... teruskan usaha & perkongsian rezeki demi kehidupan yang lebih baik untuk anak-anak yang ditinggalkan....
Rumah yang dibina hasil dana yang dikumpulkan sahabat-sahabat...
Pergimu dik tanpa pembelaan.
Insya-Allah anak-anak Zaiton tak akan kita biarkan tersisih...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila titipkan ulasan anda di sini