Khamis, 5 Mac 2015

KISAH SEBUAH BOT & SEBUAH PERJUANGAN...

SANGGAR SURI...itulah nama panggilan penduduk pulau untuk bot yang banyak berjasa ini...Bot yang ada nilai sentimental buat kami...kisah di sebaliknya disulami kenangan manis& pahit. Bot ini juga menguatkan & meninggikan semangat juang kami...


 

Perjalanan bot ini penuh liku...menempuh perjalanan yang jauh & penuh cabaran.. Kisahnya bermula saat Kelantan mula dilanda banjir, yang bermula di Rantau Panjang...

Pada ketika itu..sepatutnya kami ke Kelantan untuk menunaikan MISI KEMBALI KE SEKOLAH 2015.. perjalanan kami yang dijadualkan melalui Lebuh Raya Timur Barat malam itu terkandas apabila mendapat berita ada kejadian tanah runtuh berhampiran Titiwangsa...

Kami cuba pula ikut jalan lain, tetapi semua jalan ditutup akibat air naik mendadak...Sedihnya hati kami, mengenangkan harapan orang kampung. Lebih sedih lagi, kerana kami di sini tidak putus-putus menerima panggilan & mesej supaya membantu keluarga mereka yang terkandas dan tidak mendapat pertolongan untuk menyelamatkan diri ke pusat pemindahan banjir.

Tambah sayu lagi, apabila Sahabat Sanggar Suri sendiri di Kelantan juga turut terkandas & sedang bertungkus-lumus menyelamatkan keluarga & penduduk kampung. Harapan untuk hantar bantuan semakin pudar apabila usaha kami terhalang kerana ketiadaan bot..

Pada ketika itu saya terlihat posting di Facebook tentang tawaran bot untuk menyelamat mangsa banjir...terasa ingin sangat mendapatkan bot saat itu. Tapi apakan daya...terasa kerdilnya saya berbanding dengan NGO lain yang tersenarai...
Jadi saya pendamkan sahaja harapan itu.



Namun Allah Maha Mendengar... seperti biasa, Allah hantarkan insan-insan yang ikhlas yang rupanya bertungkus-lumus di belakang tabir bagi merealisasikan bot itu untuk sampai kepada kami . Bermula dengan bot yang cuma dipinjamkan tanpa enjin. Dan kami terpaksa mencari dana untuk menampung kos enjin, yang sudah tentu amat berat bagi team kecil kami.


Keterujaan kami di RANTAU PANJANG untuk menerima bot, tertangguh lagi, apabila TEMERLOH pula dinaiki air, dan kami mengundur diri untuk berikan keutamaan sahabat penyelamat di sana..



Pada fikiran kami..harapan untuk mendapatkan bot sendiri...cuma tinggal impian. Lebih-lebih lagi apabila air sudah mula surut...



Namun tidak rupanya...sekumpulan insan hebat berhati mulia ini tidak lupakan kami. Usaha masih diteruskan untuk menghantar bot kepada kami.
Alhamdulillah... . jika sudah REZEKI...daripada bot cuma untuk dipinjamkan, kami mendapat bot yang diinfakkan terus kepada kami untuk diwakafkan untuk kegunaan orang kampung. Sedang kami ligat memikirkan cara mendapatkan dana untuk membeli enjin & kos pengangkutan, saat itu juga sahabat-sahabat di sana ligat berusaha untuk selesaikan masalah itu..



Akhirnya... BOT SANGGAR SURI selamat dikirimkan kepada kami oleh sekumpulan Sahabat berhati mulia ...walaupun mereka juga sebenarnya melalui pelbagai halangan untuk sampai.. Bot ini menempuh perjalanan yang jauh, dari Sitiawan, Perak, dibawa oleh lori ke TUDM Subang. Bot ini kemudiannya dibawa ke Temerloh, sebelum kembali ke Subang selepas banjir. Seterusnya diiringi pula ke Kelantan bersama Misi IMARET di Dabong dengan bantuan lori JPJ pada 09 JAN 2015 dan akhirnya diturunkan di Jeti Kuala Besar, lebih kurang pukul 8 malam 10 JAN 2015 (SABTU).




Masih terngiang-ngiang di telinga, laungan & sorakan penduduk kampung yang menanti ketibaan BOT SANGGAR SURI, dan membantu menurunkan bot ke persisir pantai...


Walaupun BOT SANGGAR SURI ini tidak sampai di Rantau Panjang seperti dijadualkan pada awalnya, tapi ia tetap sampai ke tangan kami untuk dikongsi dengan mereka yang lebih memerlukan.. 






Bagi memanfaatkan kegunaan bot, kami kongsikan kegembiraan ini bersama penduduk pulau yang amat memerlukan bot saat ini, lebih-lebih lagi apabila jambatan yang menghubungkan pulau-pulau melalui darat sudah runtuh dirempuh balak...dengan satu JANJI..sekiranya warga Rantau Panjang memerlukan pertolongan, bot ini akan sampai di sana juga..insya-Allah..

Alhamdulillah...BOT SANGGAR SURI sekarang digunakan untuk membawa anak-anak dari pulau-pulau berdekatan ke sekolah, juga ibu-ibu mengandung ke klinik, dan pelbagai tujuan lain.. Bot ini diletakkan di bawah seliaan Sahabat SANGGAR SURI TUMPAT-We Care yang dipimpin oleh PuanFaizah QemerZaman Yong.








Cuma sekarang ini, kami masih perlukan dana untuk baik pulih & ubah suai bot ini agar lebih menjamin keselamatan anak-anak pulau..doakan Allah hantar insan-insan ikhlas untuk terus membantu kami..amin


Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah... Setinggi kesyukuran atas nikmat & kasih sayang-Mu ya Allah..





Khusus buat IMAM Response & Relief Team - IMARET,Muara Setiakawan, Team JPJ, Sahabat Sanggar Suri, juga semua sahabat yang terlibat, sama ada yang memberikan sumbangan harta, masa & kudrat..terimalah doa ini..

.. "Ya, Allah! Semoga usaha & perkongsian rezeki ini diterima-Mu. Jadikan infaq ini sebagai simpanan yang menguntungkan, dan janganlah ia menjadi pemberian yang merugikan. .dan Semoga infaq ini mampu menjadi bekal untuk perjalanan ke SYURGA.. Semoga Allah mengampuni dosa tuan puan, ibu bapa & ahli keluarga, serta menyucikan hati&jiwa dan rezeki, juga limpahkan keberkatan dlm hidup kalian sekeluarga. ..amin."

Jazakumullah khairan kathira

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini