[ MISI BANTUAN BANJIR- Teruskan Bersama..Jangan Tinggalkan Mereka ]
Pejam celik..pejam celik..sudah sebulan musibah banjir melanda Kelantan..
Syukur Alhamdulillah...Allah beri peluang kepada team kecil kami - Aktivis Sanggar Suri - terlibat secara langsung dalam Misi Bantuan Banjir sejak hari pertama banjir yang bermula di Rantau Panjang pada 18 Dis 2014 sehingga merebak secara luar biasa ke Kota Bharu, Kuala Krai, Gua Musang, Tumpat dan Tanah Merah...
Walaupun rumah sahabat masing-masing ditenggelami banjir, dan seorang sahaja Sahabat Sanggar Suri yang berjaya keluar pada 2 hari pertama banjir, tapi bakti & khidmat tetap dilaksanakan sedaya upaya..
Pengalaman masuk kampung yang sudah sebati dengan jiwa kami & hubungan akrab dengan ketua kampung, guru-guru & penduduk kampung memudahkan kami mendapat maklumat sahih & memudahkan agihan dibuat untuk sampai ke tangan mangsa... Alhamdulillah, Sahabat Sanggar Suri juga menjadi tempat rujukan dan juru tunjuk arah kepada NGO lain, menyebabkan kami terpaksa berpisah dan bergerak bersama team NGO yang lain termasuk NGO dari Thailand..
Sedaya-upaya kami berusaha masuk ke kawasan-kawasan pendalaman & terpinggir demi memastikan amanah ini dapat disampaikan pada yang berhak..
Daripada permerhatian & temu mesra semasa menyantuni mangsa banjir, mereka amat menghargai usaha kita membantu mereka. Paling kurang, ziarah & tanya khabar kita, mengubat hati mereka yang resah dek trauma banjir....
Daripada temu mesra & pengalaman di lapangan, kami menghulurkan bantuan ikut keperluan.
Sahabat-sahabat NGO & sukarelawan lain juga boleh manfaatkan panduan ini..
Agihan bantuan setiap minggu berbeza mengikut keperluan & keutamaan..
1. Minggu 1 & 2 ( Semasa banjir & setelah air surut)
-barang makanan & keperluan asas (set penjagaan diri, lampin pakai buang, tuala wanita, pakaian dalam, pakaian, telekung, sejadah, ubat-ubatan)
-khemah bagi yang rumah runtuh
-water jet & peralatan serta pertolongan bersihkan rumah
-peralatan rumah- dapur&gas,
2. Minggu ke-3 (Musim Persekolahan )
-pakaian, beg & peralatan sekolah
3. Minggu ke-4 (Bersedia Mulakan Hidup Baru)
-peralatan rumah- tikar, pinggan mangkuk, tilam/toto, bantal, selimut
-bantuan persekolahan-bayaran yuran & buku..
Yang penting saat ini, SELIMUT & baju tebal diperlukan kerana mulai minggu lepas (17 Jan 2015) suhu di sana sejuk luar biasa terutama di Kuala Krai ..
Tak dapat dibayangkan anak-anak mangsa banjir tidur kesejukan tanpa selimut di dalam khemah-khemah mereka...
Juga yang paling PENTING... bantuan SEMANGAT & KASIH SAYANG berpanjangan secara istiqamah...
Jangan tinggalkan mereka terkapai-kapai menghadapi trauma yang ngeri ini...
Insya-Allah SANGGAR SURI akan terus bersama mereka bina hidup baru & teruskan kelangsungan hidup
FOKUS kami-
1. Bantu belikan BUKU & langsaikan YURAN & BAYARAN berkaitan sekolah...
2. Bantu menyediakan peralatan rumah & membaiki rumah terutama bantuan dapatkan ZINK (membaiki atap) untu permulaan.
TERIMA KASIH kepada semua sahabat dari dalam dan luar negeri yang menghulurkan sumbangan, sama ada sumbangan masa, kudrat atau harta..
Jazakumullah khairan kathira..
Elly EksekutifSuri
Aktivis Sanggar Suri.
(Pengasas)
22 Jan 2015
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila titipkan ulasan anda di sini