MATLAMAT MISI:
Program Bantuan & Sokongan untuk membantu golongan Asnaf bangkit berusaha menambah nilai dalam kehidupan mereka & orang lain. Seterusnya mereka dapat keluar daripada belenggu kemiskinan.
Wang zakat & sedekah yang disalurkan melalui Sanggar Suri akan diagih-agihkan sebaik mungkin bagi memberi manfaat kepada golongan asnaf ini.
Seandainya KAIL yang mampu kami hulurkan, KAILlah yang kami beri. Namun, sekiranya hanya IKAN yang kami mampu hulurkan, IKANlah yang kami berikan.. sementara menanti KAIL tiba...
Semoga Allah permudahkan usaha kita ini & melimpahkan rahmat & keberkataan-Nya.
Amin..
Jazakumullah khairan kathira
Maklumat Lanjut: FB Elly Nizam Eksekutifsuri
SanggarSuri www.Eksekutifsuri.blogspot.com
***********************************************
PENYERAHAN PERALATAN MEMBUKA WARUNG
TARIKH: 02 FEB 2014
TEMPAT: Warung Kak Zah Kg Tasik Berangan, Pasir Mas, Kelantan.
PENERIMA SUMBANGAN:
Pn Azizah nt Daud, 45
Mohd Rasdi b Abd Razak, 50
(Suami pesakit strok. Semasa sihat sebelum ini bekerja sebagai pemandu teksi)
Jumlah anak: 10 orang (5 orang masih bersekolah)
Sabtu,08/02/2014
Sahabat Sanggar Suri (Visi HANIF
RP) Menziarahi keluarga Kakzah di Kg.Tasek Berangan,menyampaikan
sumbangan basikal utk memudahkan anak2 Kakzah berulang alik dari rumah
ke sekolah...Semoga sumbangan ini dapat mengurangkan serba sedikit
bebanan keluarga ini..
Alhamdulillah..
Hasil sumbangan zakat Sahabat
Sanggar Suri dari Kajang dapat kami salurkan kepada K'Zah untuk membuka
warung untuk meneruskan kehidupannya.
K'Zah merupakan
asnaf yang sedang kami bantu dlm Misi Sinar Baru untuk bangkit membina
hidup baru .. Alhamdulillah, peralatan gerai dapat disediakan hasil
perkongsian rezeki sahabat2. Dan kini, giliran K'Zah pula berkongsi
rezekinya.. Alhamdulillah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila titipkan ulasan anda di sini