Rabu, 4 Disember 2013

Misi Sinar Harapan :Kembali ke Sekolah 2014

Assalamualaikum 

UPDATE : 04 DIS 2013

INSYA-ALLAH kami akan mulakan perjalanan Misi Kembali ke Sekolah pada 19 Dis 2013. Destinasi kami yang pertama di Lenggong (20 Dis 2013), dan jika keadaan mengizinkan (banjir belum melanda) kami akan teruskan perjalanan ke Kelantan (21-22Dis 2013).

ALHAMDULILLAH.. sumbangan al-Quran mendapat sambutan. Setakat ini sudap cukup 100 naskhah. Insya-Allah 50 naskhah al-Quran ini akan diserahkan kepada pihak sekolah SK Sumpitan,  Lenggong untuk diberikan kepada pelajar2 mereka; sehingga habis pengajian, al-Quran itu akan diserahkan kepada pelajar untuk dibawa balik.

50 naskhah lagi akan disampaikan kepada keluarga fakir miskin sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kelantan.

Kami masih kekurangan dana untuk membeli pakaian sekolah. Insya-Allah kami akan bawa anak2 yatim & fakir miskin ke kedai untuk belikan pakaian sekolah. Yang mana tidak dapat kita belikan baju, kami akan sumbangkan keperluan2 lain. Sekiranya dana baju sekolah tidak mencukupi mereka akan tetap kami berikan keperluan2 lain. Namun, kami masih berharap untuk mecapai sasaran menghulurkan sumbangan pakaian untuk 100 pelajar

Perancangan sekarang bagi daerah Lenggong, atas permintaan guru di sana, keperluan diperlukan lebih kepada TELEKUNG & AL-QURAN untuk pembelajaran dalam kelas. Pelajar2 juga akan dibekalkan dengan set alat tulis.


DANA PAKAIAN SEKOLAH

Target: 100pelajarxRM100
Dana setakat hari ini (04 DIS 2013) = RM6750
Dana masih diperlukan: RM3250

Alhamdulillah, ini adalah sebahagian dari hasil dari sumbangan pada dermawan.

Keperluan lain:

1. Alat tulis&bekas pensel

Bekas pensel : 100 set dijahit oleh sahabat. Budget RM500..Alhamdulillah sudah siap.
Bookmark pula sumbangan sahabat..Jazakumullah khairan kathira







Alat tulis : 100set-siap dibeli, Alhamdulillah

Alhamdulillah Misi tertunai..100 set alat tulis

Setiap pelajar mendapat satu set alat tulis

2. Naskhah al-Quran- 100naskhah

Sumbangan al-Quran mencukupi. Anggaran RM15 senaskhah.

Diterima setakat ini (04 DIS 2013) : 70 naskhah
Dalam proses: 30 naskhah



3. Telekung-
Diterima setakat ini (28 NOV 2013) :
1. Telekung: 8 pasang
2. Kain Pelekat: 12 pasang

***kami tidak tetapkan jumlah telekung yang diperlukan kerana keutamaan lebih kepada membeli pakaian sekolah.


4. Beg sekolah 
Kalau ada rezeki lebih atau tajaan..insya-Allah ada rezeki anak-anak ini dapat beg..

Tarikh Akhir Sasaran: 15 Dis 2013

 Semoga dipermudahkan rezeki anak-anak miskin ini..amin

******************************************************************

Semoga dilindungi Allah sentiasa.

Insya-Allah kami akan teruskan Misi Sinar Harapan: Kembali ke Sekolah 2014 seperti tahun2 sebelum ini. Kami mulakan Misi ini bersama doa kepada Allah swt agar ada bantuan daripada-Nya untuk permudahkan urusan kami, jua dibukakan hati para sahabat untuk bersama2 berkongsi rezeki, sama ada dlm bentuk tenaga, masa & harta.


Kami akan bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain, bergantung kepada dana yang ada.  Antara destinasi Misi Kembali ke Sekolah(bergantung pada dana)

1. Perkampungan miskin sekitar Rantau Panjang & Pasir Mas, Kelantan  
2. Perkampungan miskin sekitar Lenggong, Perak.
3. Perkampungan miskin sekitar Redang Panjang, Perak 

4. Perkampungan miskin sekitar Machang, Kelantan.
5. Perkampungan miskin sekitar Raub, Pahang.
6. Kawasan penempatan miskin bandar di P.Pinang.
7. Kawasan penempatan miskin Bandar sekitar Lembah Kelang

Sasaran: 100 pelajar

Sumbangan diperlukan sama ada dalam bentuk kewangan atau barangan:

1. Pakaian&kasut sekolah (anggaran RM100/pelajar )
2. Bekas pensel (ditempah-anggaran RM8/satu)
3. Beg
4. Alat tulis
5. Telekung
6. Nashkah al-Quran

Untuk maklumat lanjut: 
En Jamaluddin 0195414673 jamal.hassim@yahoo.com
untuk sumbangan dana bekas pensel dan barangan dalam bentuk alat tulis:


Noor Hidawati: 019-6430260

Facebook: Noor Hidawati



atau lawati blog:

Semoga usaha kita ini dipermudahkan & diberkati Allah, dan menjadi bekal peneman kita di akhirat nanti. Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini