Assalamualaikum
Tarikh: 15 SEPT 2013
Destinasi: Kg Banggol Jering, Kg Banggol Nyiur, Kg Lanchang, Kg Terusan, Kg Lubuk Gong, Taman Mas, Rantau Panjang.
Alhamdulillah..berbekalkan wang zakat kiriman seorang sahabat kami meredah 6 kampung untuk menunaikan amanah ini. Alhamdulillah, 7 keluarga dapat diziarahi. Sumbangan barang dapur, biskut & wang tunai diagih-agihkan kepada mereka. Perjalanan bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir lebih kurang pukul 5 petang.
Persiapan membeli barang2 dapur & makanan untuk agihan |
Barisan sukarelawan Sahabat SanggarSuri yang turun padang..Jazakallah khairan kathira.. |
Destinasi 1:
Keluarga
Destinasi 2:
Destinas 3:
sempat lagi berperahu.. |
Destinasi 4: Kampung Terusan
Keluarga adik Lia Nur Zahirah bt Osman, 9 bulan. Masalah kuman dalam darah & paru-paru.
UPDATE:
Seminggu sudah kami menziarahinya..Belum sempat kisahnya disiarkan, dia pergi menyahut seruan Illahi pada 23 Sept 2013. Semoga anakanda Lia Nur Zahirah damai di sana, dan kedua ibu bapanya tabah menanti pertemuan di syurga nanti..amin
kenangan bersama arwah.. |
Kini tinggal 3 lagi anak mereka berumur 11tahun, 6tahun & 4 tahun.
Anak sulung mereka yang berusia 11 tahun pula tergolong dalam golongan anak OKU. Masalah yang dihadapi anak sulungnya menyebabkan En Osman tidak dapat bekerja secara tetap kerana hampir setiap hari dipanggil ke sekolah untuk uruskan anaknya.
Mereka sekeluarga juga kini menumpang di rumah ibu mereka yang juga tergolong dalam golongan susah & anak ramai (anak 11 orang, 7 drp mereka tinggal bersama)
Bantuan yang diterima setakat ini, untuk anak sulung mereka sejumlah RM150 drp JKM.
anak sulung yang istimewa |
Destinasi 6: Taman Rantau Mas, Rantau Panjang
Sumbangan untuk Keluarga ke-7 diwakilkan kepada Sahabat Sanggar Suri-Visi Hanif RP untuk ziarah seterusnya..(gambar & info akan dimasukkan setelah maklumat diterima)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila titipkan ulasan anda di sini