Misi Sinar Harapan : Tunaikan Harapan Mereka, Harapkan Keberkatan utk Kita
Dalam usaha kecil kami ini ada sahaja terdengar suara2 sinis
memperkecilkan usaha kami.. “sekadar memberi ikan,
tidak memberi kail…” Namun bagi kami kalau hanya “ikan” yg mampu kami sumbangkan,
setakat “ikan” yang kami hulurkan, setidak2nya ada juga makanan utk mereka
sekadar cukup sebulan dua, drp mereka kelaparan mengharap “kail” yang tk
kunjung tiba...
Kami sekadar segolongan rakyat marhaaen yang cakna tentang
nasib rakyat marhaen yang lain.. Apapun..kami tetap berpegang pada pegangan
bahawa.. “biar manusia tak pandang, asalkan Allah tak lepaskan pandangan-Nya
terhadap usaha kami ini…”
Namun, tanpa sedar “kail” yang tidak kelihatan itu telah lama
kami hulurkan..keutamaan perjuangan kami adalah menitikberatkan perkembangan
kanak-kanak dan pendidikan. Itulah perjuangan kami yang kami realisasikan
melalui Misi Kembali ke Sekolah & Misi Menara Gading, Tajaan Yuran Tahfiz,
dan Tabung Susu utk Anak Yatim & Fakir Miskin..
Mungkin nampak kecil, tapi sekurang2nya sumbangan para
sahabat ini diharapkan membawa perubahan besar dlm kehidupan mereka….kesannya
mungkin tidak kelihatan sekarang, tetapi insya-Allah melalui pendidikan yg
sempurna ini dapat membantu anak2 ini mengubah masa depan keluarga..
Antara kisah yang Allah temukan kepada kami..
Antara kisah yang Allah temukan kepada kami..
Mariam & Fatimah.. anak2 ini ini punya cita-cita yang
besar. Dibesarkan dalam keluarga besar dlm kehidupan serba kekurangan di sebuah
perkampungan terpencil di daerah Dong, Pahang. Anak yatim 12 adik-beradik ini
baru kehilangan ayah tempat bergantung sebelum Ramadan baru2 ini.
Pernah tercicir daripada alam persekolahan selama 2 tahun..
tapi, syukurlah mereka punya ibu yang kuat & tabah… dengan hanya berjalan
kaki yang jauh jaraknya, ibu ini ke sekolah berjumpa guru besar untuk merayu
anak2nya kembali ke sekolah. Ibu ini..hanya seorang rakyat marhaen yg tidak
punya latar belakang pendidikan, tapi punya pandangan masa depan yang jauh dan keyakinan yang tinggi.
Alhamdulillah, mereka diterima semula bersekolah dan
teruskan perjuangan. Usaha itu tangga
kejayaan..walaupun tertinggal dua tahun ke belakang, mereka dapat juga mengejar
kejayaan.
Fatimah mendapat 3A dlm UPSR tahun 2011, dan Mariam mendapat 5A dlm
UPSR tahun 2012.
Ramadan & Fitri.pasangan kembar yang tinggal jauh di
pendalaman dikelilingi pokok-pokok getah di sebuah daerah di Machang,
Kelantan. Juga pernah tercicir sewaktu
tingkatan 3..akibat kemiskinan, kala rakan-rakan lain sibuk mentelaah
pelajaran, anak-anak2 ini bangun sebelum subuh untuk bersama2 menoreh getah..
Tapi Allah itu adil..cita-cita besar anak2 ini tidak terbiar
begitu sahaja… mereka akhirnya mendapat rezeki untuk menyambung pelajaran. Dan
usaha gigih mereka berbaloi..mereka tersenarai antara 10 pelajar terbaik SPM
dan Ramadan menjadi pelajar terbaik SPM 2011 peringkat daerah
Machang..Alhamdulillah…
Alhamdulillah..melalui Misi Menara Gading..kami sepakat
bersama sahabat2 membantu anak2 ini melunaskan yuran & belanja ke IPTA
baru2 ini..
Alhamdulillah..walaupun sekadar bantuan bagi meringankan
beban, sudah ramai anak2 yatim & miskin yang dapat kita bantu untuk
meneruskan pengajian sama ada di sekolah atau di menara gading. Mungkin ada
yang tidak percaya betapa ada anak2 ini terpaksa melupakan cita-cita mereka
akibat kemiskinan…
Tegarkah kita membiarkan anak2 bijak seumpama Mariam,
Fatimah, Ramadan & Fitri ini terbiar tanpa pembelaan??..berapa ramai lagi
anak2 yg senasib dengan mereka yang kita tidak tahu @ terlepas pandang? Betapa
anak2 ini, tanpa bantuan, tanpa kemewahan, ..hanya berbekalkan kecekalan dapat
mencipta kejayaan dalam kehidupan serba kekurangan..
...apalah gunanya usul tanpa tindakan..bagai debu
diterbangkan angin..
Apapun ikhlas itu apabila kita tenang dan puas dengan apa yg
kita lakukan... tidak penat & tidak terguris oleh apa2 cabaran & hinaan
yg mendatang..
Sesungguhnya kami benar2 terharu dengan ukhwah tanpa
sempadan yang Allah bina utk mengikat persahabatan kita..tanpa nama persatuan @
apa2 gabungan, tanpa fahaman politik, kadang2 tanpa mengenal bangsa &
agama...tapi Allah campakkan kasih sayang & kepercayaan dalam hati
kita..demi memperjuangkan satu matlamat:
"Misi Sinar Harapan : Tunaikan Harapan Mereka, Harapkan
Keberkatan utk Kita"
Semoga perjuangan kita sentiasa diiringi bantuan Allah, keredeaan & keberkatan-Nya..amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila titipkan ulasan anda di sini