Assalamualaikum
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi Misi Sinar Harapan: Program Korban & Akikah 1433 H/ 2012M telah selamat disempurnakan dengan pertolongan Allah melalui bantuan para sahabat.
Daging korban dan akikah selamat diagih-agihkan kepada fakir miskin, dan juga diadakan jamuan untuk menjamu penduduk kampung & majlis tahlil untuk yang sudah tiada. Majlis kenduri & tahlil diadakan selepas ibadah korban & akikah.
Setinggi
penghargaan kepada sahabat2 yang menjadi wakil utk menguruskan majlis serta wakil akad utk ibadah korban & akikah di setiap kawasan yang
terlibat, jua para sukarelawan dan penduduk kampung yang membantu melancarkan majlis.
Setinggi
penghargaan buat para peserta (dermawan) yang sudi mewakilkan sahabat2
kami di kawasan2 masing2. Alhamdulillah setinggi2 kesyukuran kepada
Allah kerana menemukan kami dengan sahabat2 yang baik & dermawan,
walaupun ada antara kita tidak pernah bersua muka. Terima kasih atas kepercayaan & sokongan.
Jutaan terima kasih atas kesudian berkongsi rezeki, semoga pemberian sahabat2 ini dapat menggembirakan hati para fakir miskin seterusnya diterima Allah dan mendapat keberkatan-Nya.
Jutaan terima kasih atas kesudian berkongsi rezeki, semoga pemberian sahabat2 ini dapat menggembirakan hati para fakir miskin seterusnya diterima Allah dan mendapat keberkatan-Nya.
(nama2 peserta tidak ditulis atas permintaan sebahagian besar drp mereka)
Terima kasih tidak terhingga juga kepada En Shukri & sahabat2 drp team Warga Kilang yang sentiasa menyokong perjuangan kami.
Setinggi penghargaan kepada para sahabat dan ahli keluarga yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang sentiasa memberikan sokongan secara istiqamah terhadap misi2 yang dijalankan oleh Sanggar Suri.
Akhir sekali,
tanpa sokongan suami & anak2 mungkin Misi ini tidak dapat
dilaksanakan. Terima kasih tidak terhingga atas pengorbanan, sokongan
& pengertian. Biarlah kita tidak mewah di dunia tapi insya-Allah
berusahalah utk dipandang Allah di akhirat nanti. Kebahagiaan & keberkatan itu adalah
"keuntungan" yang tak ternilai harganya...
Semoga Allah Mempermudahkan urusan keluarga kita dan sahabat2 yg setia, serta memberkati usaha & rezeki kita semua. Amin
**gambar2 di bawah atas ehsan sahabat2- En Jamaluddin(Redang Panjang, Perak), Pn Shahrizan(Lenggong, Perak), En Roslan (Rantau Panjang, Kelantan). Terima kasih, sahabat...
Tempat 1: Kg Temelong, Lenggong, Perak
Tarikh: 26 Oktober 2012
Pengantara/Wakil
1. Pn Shahrizan Ahmad
2. En Mohd Safwan b Mohd Nawawi
Jumlah: 2 ekor kambing, 6 ekor lembu (lembu diusahakan melalui Pn Siti Al-Jauhar)
Program ibadah korban dijalankan di Masjid Warisan Kg Temelong, Lenggong, Perak.
Kambing 1-akikah |
Kambing 2-akikah |
Tempat 2: Redang Panjang, Perak
Pengantara/Wakil: En Jamaluddin Hassim
website: de' Redang www.jamaluddinhassim.blogspot.com
Jumlah: 4 ekor Lembu
daging akikah |
daging untuk diagih2kan kpd fakir miskin |
penduduk kampung bergotong-royong melapah daging korban |
Tempat 3: Rantau Panjang, Kelantan
Tarikh: 27 Oktober 2012
Pengantara/wakil:
1. En Roslan
2. En M.Zain b Omar
Jumlah: 3 ekor lembu, 1 ekor kambing
Lembu 1
|
kambing korban drp sahabat di Doha |
daging kambing untuk dimasak |
jamuan untuk penduduk kampung |
persiapan utk jamuan oleh penduduk kampung |
persiapan kenduri oleh keluarga En Roslan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila titipkan ulasan anda di sini