Ahad, 28 Februari 2010

Secebis Kisah di Sebalik Majlis Malidurrasul bersama Fakir Miskin 27 Feb

sumbangan barangan asas untuk fakir miskin
banner sumbangan BigLeaf Studio

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pertamanya, kami mengucapkan syukur kepada Allah swt kerana memakbulkan doa kami utk menjamu & memberi bantuan barangan asas untuk 100 fakir miskin..syukur sesyukur2nya... walaupun pada saat2 terakhir sebelum hari yg dijadualkan kami cuma ada peruntukan utk 60 keluarga. Namun pertolongan Allah tiba bagaikan arus air mengalir..rezeki kita dikongsikan bersama.

Majlis diadakan di perkarangan rumah En Jamaluddin, Kg Redang Panjang, Batu Kurau, Taiping, Perak.

Sambutan Maulidurrasul tahun ini menjadi yang paling bermakna bagi kami kerana dapat raikan bersama mereka yang kurang bernasib baik. Malah golongan fakir miskin ini terdiri drp pelbagai kategori-anak yatim, ibu tunggal, warga emas, OKU, mualaf..

persiapan jamuan



ucapan pengerusi majlis En Jamaluddin

Banyak kisah yang menyentuh hati kami.. Kami berasa seinsaf-insafnya dan bersyukur kerana Allah memilih kami untuk menyampaikan amanah ini & mengizinkan kami sampai di sini. Majlis ini membuktikan bahawa blogger, egroups, laman sosial di internet bukan semata-mata membawa impak negatif seperti yang sering dimomokkan.

Yang manisnya kami bersatu tanpa mengenal warna kulit, agama, fahaman politik dan perbezaan pendapat, malah ada antara kami yang tidak mengenali antara satu sama lain, sekadar bertunggakkan kepercayaan agar amanah ini disampaikan sebaik mungkin untuk mereka yang benar-benar berhak.

Jutaan terima kasih sekali lagi buat semua sahabat atas kepercayaan kepada EksekutifSuri. Kejayaan mengendalikan majlis ini menguatkan semangat kami utk meneruskan perjuangan membantu golongan tidak bernasib baik ini. Jutaan terima kasih utk rakan blogger En Jamaluddin, keluarga dan sukarelawan yang bertungkus-lumus memastikan majlis ini berjalan lancar. Juga untuk Cikgu Jan, K'Siti (Aljauhar),Ust Tajuddin(IMP Kuala Kangsar) rakan2 egroups UmmikuSayang Charity Team, Resipi.net, Respeks, exsemesdian, Taman2 Syurga, Wena, MelayuTrade, PKSClub, Ibu dan semua yang terlibat. Hanya Allah yang mampu
membalas jasa baik sahabat2.

Kami juga terharu dengan sokongan sahabat2, terutama kepada keluarga Lyn Sham & Suzana Fazli serta anak2 yang sanggup datang menemani kami dari Kuala Lumpur. Pada awalnya kami jangka tiada siapa yang akan bersama kerana masing-masing ada hal yang perlu dibereskan. Kami juga risau, kalau2 sahabat2 yang datang tidak betah untuk masuk kampung dan bersama2 meraikan majlis. Namun anggapan saya meleset.. kami tetap bersama2 dari awal majlis, sehingga akhir, malah turut bersama2 menziarahi rumah2 fakir miskin dan terus ke Lenggong melihat persiapan utk Majlis keesokan harinya(28Feb).

Terima kasih juga pada suami tercinta, Ahmad Nizam dan anak-anak yang terus memberi sokongan tanpa sedikit pun rungutan. Syukur kerana dapat mendidik anak2 untuk menghargai apa yang ada dengan mendedahkan mereka dengan pengalaman sebegini.


Terima kasih juga kepada Ust Bahkhtiar yang menyampaikan ceramah Maulidurrasul pada hari tersebut. Kepetahan beliau menyampaikan kisah Rasulullah dan mengaitkan dengan rezeki dan usaha membebaskan diri drp kemiskinan menjadikan majlis ini lebih bermakna. Diserikan lagi dengan persembahan nasyid anak2 drp SAR Sg Limau..

Terima kasih juga kerana memberikan saya peluang untuk menyampaikan sedikit ucapan dan salam sahabat2 yg menderma. Jenuh juga saya menyusun ayat bagi memberikan penjelasan tentang cara bagaimana dana dikumpulkan melalui internet.
Namun ucapan saya terhenti bila terlalu sebak pada saat menyentuh tentang permintaan agar mereka mendoakan kami mendapat keberkatan & keredaan Allah..itulah yang sebenarnya kami cari..Keberkatan & Keredaan-Nya..

Kemuncak majlis..kami menjemput anak2 yang menyambut kelahiran yang bertarikh pada bulan Februari & Mac. Acara inilah yang paling meriah..dalam masa hanya 5 minit habis licin segala kek, cupcakes & muffin yang dibawa sahabat2 dari Kuala Lumpur... tak menang tangan saya memotong kek. Saya terpaksa memotong nipis2 kek tersebut agar semua dapat merasa.


Walaupun hanya berkongsi sehiris nipis kek, namun mereka amat gembira. Rata-rata menyatakan yang mereka bukan biasa makan kek..kesian..tambah terharu apabila sepotong kek yang dihiris nipis itu dibawa balik untuk dikongsi ahli keluarga yang lain. Ah..sayunya hati saya lebih-lebih lagi apabila mengenangkan pula kebetulan cuti 3 hari ini banyak betul kenduri kahwin, harijadi dan sebagainya..boleh dibayangkan betapa banyak kek yang ditempah mahal2 dibuang setelah dimakan sedikit, sedangkan di sana mereka berebut2 untuk merasa...

Selepas Majlis kami sempat melawat dua buah rumah yang dalam senarai bantuan kami. Sayunya hati saya...bagi saya, tempat tinggal mereka tidak layak dipanggil rumah..
Rumah Kak Azizah yang pernah kami bantu untuk dapatkan bekalan air & api sebelum ini hanyalah sebesar bilik tidur rumah kita..hanyalah tirai yang memisahkan bilik tidur K'Zah & anak perempuan & yang kecil dengan ruang tidur anak terunanya.

Manakala Kak Jah yang tinggal di rumah pusaka arwah ibu bapanya hanya menunggu masa menyembah bumi. Dinding & atap berlubang sana sini. Kak Jah turut mendapat bantuan pam air drp kami. Dan insya-Allah sekarang dalam proses membaiki rumah hasil sumbangan sekumpulan sahabat kami.



Sahabat2 sekalian... sama2lah kita muhasabah diri. Di mana kita saat ini? Siapakah kita? Siapakah yang terus-menerus menurunkan rezeki & nikmat hidup kepada kita? Bagaimanakah kita manfaatkan setiap nikmat & setiap saat kurniaan Allah? Sesungguhnya hidup ini umpama roda..sekiranya kita berada di puncak janganlah lupa memandang rumput di bumi...

Terima kasih sekali lagi atas kepercayaan & sokongan berterusan sahabat-sahabat.

Semoga Allah memberkati usaha & rezeki kita..amin..

Elly 012-3614014
www
.
EksekutifSuri.com
-->







Isnin, 22 Februari 2010

Jemputan: Majlis Penyampaian Sumbangan Fakir Miskin 27FEB & 28FEB

Assalamualaikum

Alhamdulillah akhirnya tercapai hajat kami untuk mengumpulkan fakir miskin & menyampaikan sendiri sumbangan zakat & sedekah yang disalurkan melalui kami. Insya-Allah dlm majlis tersebut sumbangan berupa barangan dapur akan diagihkan kepada 60 keluarga dari lebih kurang 10 kampung berhampiran dalam daerah Batu Kurau & Lenggong yang telah dikenal pasti berada di bawah tahap miskin tegar.

Kos jamuan, sagu hati sukarelawan (penduduk kampung Redang Panjang) dan perkara2 lain yang berkaitan hasil sumbangan penderma yang mengizinkan sumbangan mereka digunakan untuk tujuan tersebut.

Terima kasih kepada semua sahabat yang memberi kepercayaan & sokongan berterusan terhadap perjuangan kami membela nasib anak yatim & fakir miskin. Allah telah menyatukan hati2 kita walaupun ada antara kita tidak mengenali antara satu sama lain.

Diharap sahabat2 sudi bersama kami turut serta meraikan majlis tersebut. Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Elly 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my

Maklumat Majlis:


Majlis Penyampaian Sumbangan Fakir Miskin
&

Sambutan Maulidur Rasul 1431H


Majlis 1:

Tarikh : 27 FEB 2010 / SABTU
Masa : 2.00 PETANG
Tempat : DE’ REDANG (RUMAH ENCIK JAMALUDDIN)

LOT 6540 KAMPUNG TERSUSUN REDANG PANJANG, BATU KURAU 34510 TAIPING PERAK
(Tel: 019-5414673-En Jamaluddin)

Majlis 2:

Tarikh :
28 FEB 2010 / AHAD
Masa : 11.00 PAGI
Tempat :
RUMAH ENCIK SAFUAN & CIKGU NORIZAN
KAMPUNG TEMELONG LENGGONG PERAK
(Tel: 013-4847732 Cikgu Norizan)


SUMBANGAN daripada PENDERMA – PENDERMA

melalui

eksekutifsuri.blogspot.com

&

UmmikuSayang Charity Team

&

jamalhassim.blogspot

&

aljauhar2.blogspot.com


Jemputlah beramai-ramai meraikan anak2 yatim & fakir miskin. Semoga Allah melembutkan hati kita & menimbulkan rasa insaf & bersyukur dengan nikmat kurniaan-Nya..
Jumpa di sana.

Rabu, 10 Februari 2010

Jemputan Majlis Penyampaian Bantuan Fakir Miskin 27FEB

Assalamualaikum Insya-Allah satu majlis meraikan fakir miskin akan diadakan sempena Sambutan Maulidurrasul pada 27 Feb 2010 nanti. Pada majlis itu akan diadakan program pengisian rohani dan penyampaian bantuan asas hasil sumbangan sedekah & zakat yang disalurkan melalui EksekutifSuri. Di kesempatan ini kami menjemput sahabat2 sekalian untuk sama2 meraikan mereka & secara tidak langsung dapat menyaksikan sendiri kisah kehidupan mereka.
Sekiranya sahabat2 ada hajat/niat atau sumbangan amat dialu-alukan untuk turut serta.
Maklumat Majlis:

-->Tarikh : 27 FEB 2010 / SABTU Masa : 2.00 PETANG
Tempat : DE’ REDANG (RUMAH ENCIK JAMALUDDIN)

LOT 6540 KAMPUNG TERSUSUN REDANG PANJANG, BATU KURAU 34510 TAIPING PERAK
(Tel: 019-5414673-En Jamaluddin)

Tentatif Program:Bacaan doa & selawat
Tazkirah
Ucapan ringkas
Penyampaian Bantuan Asas
Penyampaian Bantuan Susu (drp dana Tabung Susu)
Jamuan

Maklumat tentang jumlah fakir miskin & kampung yang terlibat dan senarai barangan yang akan dibeli seperti tertulis dalam lampiran. Kepada sahabat2 yang ingin ikut serta @ memberi sumbangan boleh hubungi :
ELLY 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my




Majlis ini hasil usahama pemilik blog Sanggar Suri (www.EksekutifSuri.blogspot.com) & de'Redang (http://jamalhassim.blogspot.com) dengan kerjasama penduduk kampung Redang Panjang, Batu Kurau Perak. Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat.
Semoga Allah Mempermudahkan usaha kita & memberikan kejayaan dalam perjuangan ini. Amin





Misi Sinar Harapan 2: Saluran Air utk K'Jah















Assalamualaikum

Sesungguhnya hati ini menangis apabila melihat penderitaan mereka..dan sekali lagi menangis apabila melihat kegembiraan mereka...

Hanya dengan mendapat satu saluran paip menyebabkan K'Jah & K'Zah mengalir air mata..
Bagaimana dengan kita? Betapa sumpah seranah kita hamburkan hanya kerana bekalan air kita tergendala seketika..susahnya kita? Bagaimana dengan mereka..bukan sehari..malah bertahun-tahun lamanya berjalan kaki beratus meter menapak mencari air, mengangkut dengan kudrat tulang empat kerat seorang ibu tua..

Saya rasa bertuah dilorongkan Allah untuk menemui insan2 prihatin...berapa ramai antara kita yang pernah mandi air sungai atau tali air, ulang kaji bertemankan lilin @ lampu jalan? Setelah kita berjaya menjawat jawatan tinggi & dilimpahi kemewahan..ke manakah kita? Pedulikah kita pada jiran-jiran yang daif yang semestinya mengharapkan bantuan kita.

Tahniah kepada En Jamaluddin Hassim & sahabat2 yang prihatin dari Kg Redang Panjang, Batu Kurau, Perak. Walaupun sudah hidup agak senang tapi tidak lupa pada penduduk kampung yang merana..malah usaha kami menjejaki penderitaan penduduk kampung ini telah membuka mata pihak berkuasa yang seharusnya turun padang untuk membantu mereka.

Saya melalui www.EksekutifSuri.blogspot.com sekadar menyampaikan sedekah orang ramai yang menyalurkannya melalui saya atas dasar kepercayaan sesama sahabat. Alhamdulillah hanya dalam masa 2 minggu, 2 keluarga mendapat bekalan air ke rumah mereka, dan lebih 20 keluarga mendapat bantuan bekalan asas hasil sumbangan zakat & sedekah sahabat-sahabat dari dalam & luar negeri.

K'Jah & K'Zah sebak semasa bercakap dengan saya, dan menyampaikan ucapan terima kepada semua..hanya Allah yang mampu membalasnya.

Jutaan terima kasih atas kerpercayaan & sokongan berterusan atas usaha ini...dan terus-menerus mengunjungi blog Sanggar Suri www.eksekutifsuri.blogspot.com.

Insya-Allah saya akan sentiasa menyampaikan kisah2 kehidupan dalam blog saya untuk dijadikan ikhtibar..

Info K'Zah & K'Jah boleh diikuti di blog http://jamalhassim.blogspot.com/

10 FEB 2010 - KAMPUNG BUKIT KUBUR SIMPANG TIGA, REDANG PANJANG BATU KURAU 34510, TAIPING PERAK, WAJAH SEDIH DAN KEGEMBIRAAN TERPANCAR PADA WAJAH KAK JAH DAN ANAK SERTA CUCUNYA, KISAH KAK JAH DIMASUKAN KEBLOG SAYA PADA 7 FEB 2010 TELAH PUN MENDAPAT SUMBANGAN DARIPADA HAMBA ALLAH YANG PERIHATIN MELALUI ATAS KEPERIHATINAN KAKAK ALLY DAN SUAMI DARI Eksekutif suri.com SERTA PENDERMA-PENDERMA YANG BUDIMAN TELAH MENYALURKAN SUMBANGAN SEBANYAK RM 500.00, UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PAK LONG DIN KERANA MENGAMBIL UPAH DAN MEMBELI PERALATAN DENGAN HARGA YANG MURAH SEBANYAK RM 300.00, BAKI WANG SELEBIHNYA SEBANYAK RM 200.00 DI PULANGKAN KEPADA KAK JAH UNTUK MEMBELI KEPERLUAN DAPUR....





Selasa, 9 Februari 2010

Tajaan Susu utk Anak Yatim & Fakir Miskin





Assalamualaikum

PROJEK TABUNG SUSU UNTUK ANAK YATIM & FAKIR MISKIN usahasama Eksekutifsuri.com & UmmikuSayang Charity Team dengan kerjasama sahabat2 egroups diteruskan bagi mengumpul dana bagi membiayai kos pembelian susu untuk anak-anak kecil di rumah anak yatim & fakir miskin agar bekalan susu dapat disediakan secara tetap setiap bulan.

Alhamdulillah proses penyerahan untuk bulan Januari telah disempurnakan pada tarikh2 seperti berikut:

1. Baitul Fitrah, Bandar Country Homes, Rawang (15 orang)

No.Tel: 012-3751444(Pn Nadia)

Tarikh serahan: 01 Feb 2010 (melalui En Zaphir)

2. Puan Hasnah (Opah yang menjaga 12 cucu), Bukit Kuda, Klang (3 orang)

No. Tel: 03-33432397

Tarikh serahan: 31 Januari 2010

3. Rumah Titian Ashraful Rohaniah, Teluk Intan (5 orang)

No.Tel: 013-4550013(Pn Rohana)

Tarikh serahan: 28 Januari 2010 (melalui pos)

4. Asrama Haluan Penyayang, Klang (3 orang )

No Tel: 019-3084476 (En Anas bin Hussin)

Tarikh serahan: 31 Januari 2010

5. Keluarga Anak Yatim & Fakir Miskin, Batu Kurau & Lenggong, Perak

(30 orang)

No.Tel: 019-5414673 (En Jamaluddin)
Tarikh serahan: 22 Januari 2010 (melalui En Jamaluddin)

6. Keluarga Saudara Baru/Mualaf (2 orang)
Kg Melayu Subang
No Tel: 0192224474 Puan Siti (pengantara)

Tarikh serahan: 31 Januari 2010

JUMLAH ANAK: 58 orang
KOS SUSU: RM4176

Alhamdulillah usaha kami dipermudahkan Allah dengan menemui jalan utk mengurangkan kos pembelian & penghantaran susu drp RM90/anak sebulan kepada RM72/anak sebulan mulai Januari 2010.

Insya-Allah dengan kos yang lebih murah ini diharap lebih ramai lagi anak yatim & fakir miskin dapat dibantu.Kutipan dana masih dijalankan. Diharap para penderma sudi memberikan sokongan berterusan agar anak2 ini mendapat bekalan susu setiap bulan.

Sahabat boleh membantu dengan cara:
  1. Menjadi penyumbang tetap RM72/anak yatim & miskin setiap bulan untuk kos pembelian & penghantaran 4 paket susu.
  2. Sedekah seikhlas yang mampu ke dlm Tabung Susu yang akan dikumpulkan untuk menampung pembelian.
  3. Membeli sambil beramal-setiap susu tepung penuh krim Raudhah yang dijual dengan harga RM24.50(WM)/RM26.50(EM) dan RM1 bagi setiap pembelian akan disalurkan ke dalam Tabung Susu untuk Anak Yatim & Fakir Miskin (Maklumat Susu Raudhah - www.eksekutifsuri.com).
  4. Sahabat boleh memilih mana2 keluarga atau rumah anak yatim yang mahu ditaja atau menyalurkan maklumat tentang saudara, jiran atau sesiapa sahaja yang daif kehidupan mereka untuk dibantu. Sahabat juga boleh menaja mereka dan urusan penghantaran susu akan diuruskan oleh kami.


Sumbangan boleh disalurkan ke Tabung Susu melalui akaun :

MAYBANK 164192049410 AHMAD NIZAM B AHMAD SHAFIEI

***akaun ini dikhaskan utk Tabung Susu utk Anak Yatim & Fakir Miskin

emailkan slip pembayaran ke
anas702005@yahoo.com untuk rekod.

Saksikan wajah2 ceria anak2 yang telah sahabat2 bantu di blog:


SanggarSuri www.eksekutifsuri.blogspot.com

Maklumat lanjut: Elly 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my


Jutaan Terima kasih pada semua yang menghulurkan sokongan, sama ada yang menderma dengan harta mereka atau yang memberi sokongan moral, masa & tenaga serta menaruh kepercayaan kepada kami.

Semoga Allah Memberkati Rezeki & Usaha kita..amin


Elly 012-3614014
UmmikuSayang Charity Team


Khamis, 4 Februari 2010

Misi Sinar Harapan 1: Akhirnya ada Air & Cahaya utk Mereka





Assalamualaikum

Alhamdulillah kita sering ditemukan dengan sahabat2 yang baik, ikhlas & pemurah. Walaupun persahabatan di alam maya (cyber) ini perlukan nilai kepercayaan yg tinggi, namun Alhamdulillah halangan ini tidak pernah membataskan usaha kita membantu golongan yang memerlukan.

Dalam masa seminggu saya dapat mengumpulkan sebanyak RM1400 drp sahabat dr dalam & luar negeri. Bantuan pertama RM100 utk belian barangan dapur & keperluan asas disampaikan pada 27 Januari 2010. Diikuti sumbangan RM500 yang dapat digunakan utk menyediakan bekalan air -pam air secara sistem boring. Saluran paip air ini siap disediakan pada 3 Feb 2010. Baki duit zakat & sedekah sebanyak RM800 lagi telah diserahkan kepada sahabat saya, En Jamaluddin hari ini (5 Feb 2010) utk membeli keperluan asas utk Kak Azizah & juga penduduk2 fakir miskin di sekitar Lenggong, Perak.

Jutaan terima kasih pada En Jamaluddin & sanak saudara serta penduduk Kampung Redang Panjang, Batu Kurau, Perak atas usaha berterusan menyalurkan maklumat & membantu menyampaikan derma sahabat2 kita. Terima kasih pada Pak Long Din yg mengambil bayaran minimum malah lebih murah drp kebiasaan utk memasang pam air tersebut. Juga terima kasih pada Abang Mat yang sudi membekalkan kemudahan elektrik yang disambung dari kedainya di sebelah rumah Kak Azizah.

Terima kasih tak terhingga buat sahabat2 yang menyalurkan sumbangan. Betapa besarnya jasa kalian, semoga setiap kali air mengalir semasa mereka berwudhuk, mengambil air utk minum, masak & sebagainya..pahala juga akan mengalir utk sahabat2. Amin

Untuk melihat kerja2 pemasangan paip air & wajah2 ceria Kak Azizah & anak2 boleh lawati blog:


de'redang http://jamalhassim.blogspot.com