Rabu, 22 Disember 2010

Majlis Penyampaian Dana Kembali ke Sekolah & Sumbangan Fakir Miskin
















Assalamualaikum
Alhamdulillah Misi Sinar Harapan: Dana Kembali ke Sekolah untuk beberapa destinasi di Kelantan tertunai sudah. Walaupun dana tidak menepati budget asal, Alhamdulillah dapat juga kami tunaikan harapan mereka untuk memiliki dua pasang uniform sekolah & kasut sekolah baru. Dana Kembali ke Sekolah sehingga 21 Dis 2010 ialah RM5704, manakala perbelanjaan RM5800.

























Untuk Majlis di Pasir Mas ditunda kepada hari Khamis 23 Disember atas sebab2 keuzuran di pihak penganjur & pembekal. Seramai 20 orang pelajar miskin telah dikenal pasti & sebanyak RM2000 perbelanjaan untuk projek ini.

Alhamdulillah di Pengkalan Chepa, majlis berjalan lancar dengan perbelanjaan sebanyak RM3300 untuk 34 pelajar miskin, manakala RM1000 disedekahkan oleh seorang sahabat WENA untuk sumbangan barang makanan bagi 20 ibu tunggal & miskin, RM1000 lagi untuk 20 fakir miskin di Lenggong, Perak.




















Manakala bantuan persekolahan sebanyak RM500 diberikan kepada satu keluarga miskin di Jeli, Kelantan yang memiliki 10 orang anak, yang 5 daripadanya masih bersekolah.


Misi kami diteruskan untuk ke beberapa destinasi seterusnya di kawasan Perak, khususnya perkampungan miskin sekitar Chepo & Kg Temelong, Lenggong, Perak. Seramai 50 orang pelajar dikenal pasti untuk menerima bantuan.

Kami masih berharap masih ada yang sudi menghulurkan bantuan demi menunaikan Misi Sinar Harapan: Dana Kembali ke Sekolah untuk destinasi seterusnya di Perak.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun:


Maybank: 112080512445


atas nama: SITI FADZILAH ABDUL MANAP



Sila email/sms slps bank in untuk rekod (019-2224474 sitifrahim@yahoo. com)




Untuk maklumat lanjut:



Puan Siti 019-2224474 sitifrahim@yahoo. com





Elly 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my





Semoga usaha kita ini dipermudahkan & diberkati Allah. Amin



Khamis, 16 Disember 2010

Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan 2011 untuk Anak Yatim & Miskin



Assalamualaikum


Insya-Allah team Misi Sinar Harapan akan berada di destinasi pertama & kedua di Kelantan untuk menunaikan Misi Sinar Harapan: Dana Kembali ke Sekolah pada hujung minggu ini. Insya-Allah destinasi seterusnya di Perak akan ditentukan tarikhnya kemudian bergantung pada kutipan dana yang diterima (kutipan dana masih diteruskan).


Kami amat alu-alukan kehadiran sahabat2 yg berada di Kelantan untuk sama2 meraikan Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan 2011 untuk Anak Yatim & Miskin. Majlis dijalankan secara santai, bersama2 sukarelawan membantu anak2 yatim & miskin memilih pakaian sekolah yang dibawa oleh pembekal yang dijemput khas ke tempat majlis dijalankan.


Butiran lanjut:



Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan 2011 untuk Anak Yatim & Miskin


Destinasi 1:


Tarikh: 18 Dis 2010, Sabtu

Masa: 3.00petang

Tempat: Kompleks PURNAMA

Jalan Lapangan Terbang,

Pengkalan Chepa,

Kota Bharu 16100, Kelantan


Desinasi 2:


Tarikh: 19 Dis 2010, Ahad

Masa: 10.00 pagi

Tempat:

MADRASAH DARUL QURAN MUHAMMADIAH

PT 47 KG LEMAL PASIR MAS

17000 KELANTAN


Maklumat lanjut:


Elly 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my




Jom sama2 kita turun padang... juga sama2 berkenalan & mengeratkan lagi silaturrahimyang terjalin di alam maya selama ini agar perjuangan ini dapat diteruskan dengan jemaah yang lebih besar dgn ikatan yg lebih teguh besama bantuan drp Allah swt.


Istiqamah & ikhlas kunci kejayaan kita. Semoga dipermudahkan Allah...amin

Ahad, 12 Disember 2010

Misi Sinar Harapan :"Dana Kembali ke Sekolah"





Assalamualaikum & Salam SejahteraSemoga dilindungi Allah sentiasa.Insya-Allah kami akan teruskan Misi Sinar Harapan :"Dana Kembali ke Sekolah" seperti tahun2 sebelum ini. Jika tahun lepas lebih 100 anak yatim & miskin dapat kita bantu dengan izin & pertolongan Allah, kami harap tahun ini lebih ramai lagi golongan tidak bernasib baik ini dapat dibantu.

Perjuangan kami agak unik, kerana usaha ini digembleng oleh rakan2 maya yang disatukan atas dasar kepercayaan & amanah, walaupun ada antara kami belum pernah berjumpa.
Projek ini anjuran bersama bloggers SanggarSuri ( Eksekutifsuri.com), Al-Jauhar dan d'Redang dengan mendapat sokongan rakan2 bloggers seperti Pondok Craft, Cotton House Malaysia, Ujisweetbites, Suzana Hulaimi & rakan2, Nor Hashima (Respeks & komuniti S.Alam) dan rakan2 maya drp pelbagai egroups seperti UmmikuSayang, Respeks, Resipi.net, Exsemesdians, Ibu, Taman2 Syurga, MelayuTrade, PKSclub dll.
Anggaran perbelanjaan persekolahan untuk 2 pasang uniform, kasut, peralatan & beg sekolah -RM120 seorang. Setakat hari ini 12 Disember 2010 jumlah kutipan dana: RM4079. Kami berharap dapat kumpulkan dana sebelum 20 Dis 2010. Majlis penyampaian sumbangan akan diadakan di daerah masing2.
Kami akan membawa pembekal pakaian & kasut ke tempat sumbangan bagi memudahkan anak2 ini mencuba sendiri pakaian & kasut mereka. Insya-Allah tarikh akan ditentukan kemudian & kami amat mengalu-alukan kehadiran sahabat2 semua untuk bersama-sama berkongsi kegembiraan anak-anak ini.
Untuk sessi persekolahan 2011 kami berhajat untuk membantu anak2 yatim, miskin & terbiar yang tidak tinggal di rumah kebajikan/rumah anak yatim tetapi lebih tertumpu kepada mereka yang tersisih @ terlepas pandang yang tinggal kawasan2 pendalaman.
Dengan bantuan sahabat2 yang menjejaki mereka, insya-Allah kawasan yang akan dibantu terdiri drp kawasan berikut:
1. Klang, Lembah Subang & Rawang, Selangor 50 orang
(diusahakan oleh UmmikuSayang Charity Team)
2. Perkampungan miskin sekitar Batu Kurau, Perak 20 orang
3. Perkampungan miskin sekitar Lenggong, Perak 20 orang
4. Daerah Tanah Merah & Pasir Mas, Kelantan 26 orang
5. Daerah Pengkalan Chepa, Kelantan. 34 orang

Untuk maklumat lanjut Dana Kembali ke Sekolah:
hubungi:
Elly 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my
Siti Fadzilah 019224474 sitifrahim@yahoo.com
En Jamaluddin 0195414673 jamaluddinbinhassim@yahoo.com
atau lawati blog:
Juga berikan sokongan untuk membeli sambil menderma:
Semoga usaha kita ini dipermudahkan & diberkati Allah. Amin

Rabu, 1 Disember 2010

Misi Sinar Harapan:PROGRAM TAJAAN YURAN BULANAN PELAJAR TAHFIZ



Assalamualaikum

Sepanjang ziarah amal kami, perkara yang paling menyentuh hati apabila ada pelajar2 miskin & anak yatim yang bersemangat untuk mendalami agama Islam & al-Quran tetapi kekurangan wang untuk sara hidup & yuran pembelajaran. Manakala pihak pengurusan madrasah pula perlu berkorban demi melihat anak2 muda generasi akan datang ini dapat menuntut ilmu.




Berikutan dengan pertanyaan & cadangan drp beberapa pihak yang prihatin terhadap nasib mereka, kami bersama beberapa sahabat yang prihatin bercadang untuk meringankan beban keluarga miskin ini di samping juga meringankan tanggungan pihak madrasah dengan menganjurkan :

PROGRAM TAJAAN YURAN BULANAN PELAJAR TAHFIZ

(ANAK YATIM & FAKIR MISKIN)


Bersama ini dilampirkan senarai nama pelajar2 tersebut. Sekiranya sahabat-sahabat ingin membantu membayar yuran bulanan, boleh berikan nama pelajar yang ingin ditaja, emailkan kepada kami seperti email di bawah, untuk kami selaraskan. Insya-Allah pihak kami masih menanti lagi senarai nama pelajar2 lain termasuk pelajar mualaf drp Institut Dakwah Islamiyah PERKIM. Pelajar2 di situ kebanyakan tiada tempat bergantung dan terbuang drp keluarga asal mereka.




Untuk maklumat lanjut tajaan yuran bulanan hubungi:

Elly 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my



Semoga Program ini mendapat sambutan dan menjadi satu amal ibadah kita yang diterima Allah untuk bekalan di akhirat nanti. Semoga anak2 yatim & miskin yang kita bantu tunaikan harapan mereka ini menjadi anak2 yang soleh & solehah, bermanfaat kepada agama, bangsa & negara, malah tidak lupa mendoakan kesejahteraan kita. Amin

Sila pilih nama pelajar yang ingin ditaja. Yang berwarna Hijau sudah ada penaja, Alhamdulillah
PROGRAM TAJAAN YURAN BULANAN PELAJAR TAHFIZ
(ANAK YATIM & FAKIR MISKIN)
1. MADRASAH DARUL QURAN MUHAMMADIAH
PT 47 KG LEMAL PASIR MAS
17000 KELANTAN
Tel:
Ustz Hj Khairul 013-9595786
En.Zamani 017-9433540
Hj Mazli 019-9869571
YURAN: RM75 (sebelum 7hb setiap bulan)


Bil
Nama Pelajar
Umur
Pekerjaan Ibu bapa/Status
Pendapatan
1
Zul Hafiz bin Fauzi
14
Bapa meninggal
/anak yatim
RM400.00
2
Mohd Anas bin HJ Mohmod
14
Bapa meninggal
/anak yatim
RM400.00
3
Sabarudin bin Amri
13
Kerja sendiri
/ mualaf
RM400.00
4
Mohd Zaid bin Mohd Fadzil
12
Kerja sendiri
RM500.00
5
Ahmad Mujahid bin Mohd Fadzil
12
Kerja sendiri
RM500.00



**Yang bertanda hijau sudah ada penaja
2. TAHFIZ BERSEPADU AL-MAJAMI
PT 5004 TMN SRI MAS
LUBOK JONG
17070 PASIR MAS
KELANTAN
Tel:
Tn Hj Abu Dzar: 014-5423903
Pn Hjh Rosmawati:013-9880523
YURAN: RM180(sebelum 7hb setiap bulan)


Bil
Nama Pelajar
Umur
Pekerjaan ibu bapa/Status
Pendapatan
1
Mohd Shazwan Jauhari
14
Kerja sendiri
RM450
2
Muaz Ghadaffi bin Abd Ghani
16
Penoreh getah
RM400
3
Muhammad Shakir bin Awang
13
Kerja sendiri/
Mualaf, anak yatim
RM400
4
Musa bin Asari
16
Petani/berasal dari Cambodia
RM400
5
Abu Bakar bin Jisle
13
Pembantu rumah/ berasal dari Cambodia, anak yatim
RM200