Ahad, 25 Julai 2010

Jualan Amal Serunding utk Anak Yatim & Fakir Miskin 2010

Assalamualaikum
Jutaaan terima kasih atas sokongan sahabat2. Tahun ini merupakan tahun ke-6 Jualan Amal Serunding dijalankan bagi mengumpulkan dana persiapan hari raya & persekolahan untuk anak yatim & fakir miskin yg terpilih.
Anjuran
Eksekutifsuri.com
kerjasama
UmmikuSayang Charity Team & Resipi.Net

JUALAN AMAL SERUNDING
-Ramuan Tradisional Melayu Kelantan-
Serunding Ayam RM7/100gm @ RM29/500gm
Serunding Daging RM6/100gm @ RM24/500gm
Serunding Ikan RM5/100gm @RM21/500gm


**sebahagian hasil jualan akan disalurkan kepada
Asrama Anak Yatim/Tahfiz, Keluarga Anak Yatim & Fakir Miskin
(maklumat lanjut lihat lampiran di bawah)

Untuk tempahan:

Elly 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my
Nizam 012-6567685
anas702005@yahoo.com


Untuk Pembayaran/Sumbangan
Malayan Banking Berhad
No. Akaun : 564593050270
Nama : Norlaili Talib




MAKLUMAT KELUARGA MISKIN
RUMAH PERSENDIRIAN
1. NAMA: MAS MUNIRAH AHMAD NASSIR
UMUR: 17
STATUS: Anak Sulung, Anak Ibu Tunggal
ALAMAT: 301, Jalan Pekeliling, Bukit Gelugor, Penang.
NAMA SEKOLAH: SMKA (P) Almashoor Medan Lim Cheng Teik, Jalan Burma, Penang
PENJAGA: Ibu
PEKERJAAN: Amah hospital dan pekerja kedai runcit
PENDAPATAN: RM1000
TANGGUNGAN: 7 orang
CATATAN: Sebelum ini ibu menjual kuih dan dibantu anak2. Sekarang ibu lakukan 2 pekerjaan untuk menampung perbelanjaan keluarga.
2. NAMA: Siti Zubaidah Samsuddin
UMUR: 17
STATUS: Anak sulung, Anak Ibu Tunggal
ALAMAT: Blok A-4-5, Taman Tun Sardon, 11700 Gelugor, Penang
NAMA SEKOLAH: SMKA (P) Almashoor Medan Lim Cheng Teik, Jalan Burma, Penang
PENJAGA: Ibu
PEKERJAAN: Pekerja Kantin sekolah
PENDAPATAN: RM200
TANGGUNGAN: 7 orang
CATATAN: Tinggal di rumah tingkat 5 flat 5 tingkat, tiada lif. Ruang tamu rumah yg seluas 10'x10' merupakan tempat utk ibu dan 6 org lagi adik-beradiknya tidur, makan, belajar dan segala aktivit. 2 bilik yg lain dihuni olh nenek tiri dan bapa saudaranya. Anak ke-2, tingkatan 4 berhenti sekolah untuk jaga adik, di samping ada masalah pendaftaran sekolah.
3. NAMA: Siti Khadijah Akmal Jamil
UMUR: 25
STATUS: Anak Yatim Piatu
ALAMAT: Lot 604, Kg Chempaka, Jln Panji,16100, Kota Bharu, Kelantan
(014-5307264)
NAMA KOLEJ: Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra(KIAS)
PENJAGA: Mohamad bin Jamil
PEKERJAAN: Jurujual
PENDAPATAN: Tidak menentu-berdasarkan komisen
TANGGUNGAN: Adik 5, Isteri sedang mengandung anak sulung & sedang sambung belajar
CATATAN: Abang sulung tinggal di Kuala Lumpur, sedaya upaya menghantar belanja utk adik2. Anak ke-2, Akmal pernah berhenti belajar setelah ibu mereka meninggal dunia untuk menjaga adik-adik. Pada ketika itu yang bongsu berumur 1 tahun 11 bulan. Sekarang Akmal sedang menyambung pelajaran semula. Anak ke-3 Fatimah perlu menyambung pelajaran ke Mesir selama setahun bagi memenuhi syarat kelayakan mendapat diploma. Namun terpaksa ditangguhkan kerana masalah kewangan.Anak ke-4 Farouk baru mendaftar di Universiti-USIM Nilai, Negeri Sembilan awal Julai lalu. Anak ke-5 Sumayyah berumur 17 tahun, ke-6 Ibrahim 7 tahun. Sekarang mereka tinggal berempat di rumah sewa di alamat di atas.
RUMAH ANAK YATIM & PUSAT PENGAJIAN AL-QUR’AN & TAHFIZ
  1. RUMAH ANAK KESAYANGAN
Rumah Anak Kesayangan
No, 76 Lengkok Kenari
11900 Bayan Lepas
Penang
(Puan Roslina 0134290046)
JUMLAH PENGHUNI: 10 orang
JUMLAH PENJAGA : 3 orang
  1. TAHFIZ BERSEPADU AL-MAJAMI
PT 5004 Tmn Sri Mas
Lubok Jong
17070 Pasir Mas
Kelantan
(Tn Hj Abu Dzar: 014-5423903/ Pn Hjh Rosmawati:013-9880523)
JUMLAH PELAJAR: 20 orang
JUMLAH PENJAGA/PENGAJAR : 3 orang
CATATAN: Walaupun ada yuran yang rendah dikenakan, namun kebanyakan pelajar di sini tidak mampu menjelaskannya. Atas tekad untuk membantu anak-anak ini mendalami al-Quran dan membentuk sahsiah terpuji, pengasas pusat tahfiz ini sedaya upaya meneruskan usaha murni ini dengan pelbagai usaha untuk menampung kos perbelanjaan.
**kos penghantaran mengikut kadar pos yang ditetapkan oleh Pos Malaysia**

..semoga Allah memberkati usaha & rezeki kita..amin

Selasa, 20 Julai 2010

Misi Sinar Harapan: Ramadhan & Syawal

Assalamualaikum



Hampir setiap hari saya menerima berita kesusahan & kemiskinan orang lain, sehingga saya lupa dugaan kecil yang Allah kirimkan kepada saya. Sepanjang usaha kami mengumpul Dana Menara Gading, kami ditemukan Allah dengan pelbagai kisah duka. Namun, saya kagum dengan kekuatan yang ada dlm jiwa mereka. Sepanjang tempoh pencarian untuk Dana Menara Gading, kami bagaikan sesak nafas menahan sedih melihat betapa ramainya anak2 yg cemerlang ini tidak mampu ke menara gading akibat faktor kemiskinan. Apalah daya kami, hanya dapat membantu meringankan beban sedikit sahaja ...


Ada yang terpaksa menolak tawaran ke menara gading semata-mata utk bekerja membantu keluarga. Mereka dewasa sebelum usia!! Menggalas bebanan demi adik-adik yang lain..


Penemuan kami kepada 2 keluarga tanpa ibu bapa amat memilukan. Keluarga pertama (Kota Bharu, Kelantan), kematian ibu bapa. Hidup bersama2 lima beradik. Abang sulung terpaksa melupakan tawaran belajar demi mecari rezeki menanggung adik2. Manakala kakak pula berulang-alik dari rumah ke tempat pengajian setiap hari yang jauh jaraknya.

Keluarga kedua (Rantau Panjang, Kelantan)-kematian ibu, bapa kahwin lain dan tinggalkan anak2..ada 7 beradik.


Ada juga anak2 ibu tunggal (P.Pinang) yang terpaksa berkorban demi meringankan beban keluarga. Ada yang terpaksa berhenti sekolah untuk menjaga adik-adik semasa ibu bekerja. Ada juga yang setiap hari lewat ke sekolah kerana menghantar kuih ke bandar menaiki bas sebelum pulang semula utk bersekolah.

Kami memperolehi maklumat melalui kerjasama guru2 & pengetua sekolah, serta penduduk kampung yang prihatin.



Alhamdulillah sudah hampir 6 tahun Eksekutifsuri & UmmikuSayang Charity Team mengadakan Jualan Amal Serunding & Dana Persiapan Hari Raya utk anak yatim dan fakir miskin. Kami juga mendapat kerjasama beberapa egroups & blogger, antaranya Resipi.net, D'redang & Aljauhar. Kali ini, kami beralih ke ceruk2 kampung yang ada keluarga miskin yang memiliki anak2 cemerlang. Bertepatan dengan keutamaan bersedekah dlm Islam yg mengutamakan anak yatim & pelajar, selepas keluarga & jiran.



Semoga usaha ini mendapat kerjasama sahabat2 dan sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka. Kami sedang berusaha mendapat maklumat lengkap dan menyiarkan maklumat mereka kepada sahabat2 semua agar sama2 kita dapat membantu. Sahabat2 boleh sama2 menyertai usaha kami ini dengan cara memberi sumbangan @ membeli serunding(sebahagian hasilnya akan disalurkan kpd anak yatim & miskin), atau sama2 turun padang bersama kami.



Biasanya kami akan adakan majlis berbuka puasa secara potluck bersama sahabat2 dan anak2 yatim dan miskin ini. Insya-Allah tarikhnya dapat kita bincangkan bersama. Mungkin boleh kita pakat2 bersama sahabat2 di tempat masing2. Wakil2 kami setakat ini ada di beberapa negeri, iaitu:



1. Elly eksekutifsuri@yahoo.com.my 012-3614014 (Selangor, Kelantan)

2. Pn Siti 0126905443 (Selangor)

3. En Jamaluddin 0195414673 (Perak)

4. Pn Norhana 0134226553 (P.Pinang)

Maklumat lanjut & gambar2 aktiviti kami boleh dilihat di blog:

SanggarSuri http://eksekutifsuri.blogspot.com/
Semoga Allah permudahkan usaha kita & melimpahkan keberkatan-Nya..amin

Terima kasih