Ahad, 11 April 2010

MISI SINAR HARAPAN 7 : Bantu Mereka Demi Masa Depan Yg Lebih Cemerlang

Assalamualaikum

Semoga sejahtera sentiasa

Terima kasih atas sokongan berterusan kepada perjuangan kami membela nasib anak yatim & fakir miskin.

Untuk masa terdekat kita tumpukan pada projek bantuan persiapan ke menara gading. Saya masih terbayang2 kira2 20 tahun dahulu bagaimana sahabat2 saya menolak tawaran ke menara gading semata2 akibat masalah kewangan. Ada juga anak2 cemerlang semasa saya adakan motivasi di kawasan pulau & pendalaman yang menolak tawaran sambung belajar atas alasan sambung belajar perlukan belanja yang besar dan memakan masa yang lama, lebih baik mereka terus bekerja membantu keluarga.

Semoga usaha kita ini dapat membantu mereka mencapai impian ke menara gading.

Perancangan & syarat2 yang diperlukan setakat ini (mohon pendapat)

1. Sekiranya sahabat2 mengetahui/mengenali pelajar2 cemerlang yang berpotensi melanjutkan pelajaran ke kolej/universiti harap dapat berikan maklumat lanjut kepada kami.

Syarat2:
i. Pendapatan isi rumah/ibu bapa bawah RM1500 (di kawasan bandar), atau bawah RM700 (di kawasan luar bandar)

ii. Keutamaan anak yatim atau anak ibu tunggal.

iii. Keutamaan yang tinggal di luar bandar. Kalau boleh seluruh Malaysia

iii. Mendapat keputusan cemerlang dan berpotensi mendapat tawaran melanjutkan pelajaran.

Perancangan:

i. Budget utk persiapan ke menara gading RM500 seorang
ii. Memerlukan Sukarelawan untuk menjemput pelajar dari stesen bas ke universiti/kolej (ada yang tiada saudara atau tiada kenderaan)
iii. Dialu-alukan jika ada yang sudi menjadi pembimbing atau mentor yang terus-menerus memberi semangat kepada mereka agar mereka tidak terkapai2 keseorangan di tempat baru.
iv. Usaha pengumpulan dana perlu dimulakan secepat mungkin bagi mendapatkan dana mencukupi sebelum kemasukan ke universiti akhir Mei nanti.
v. Target 10 orang. Sekiranya ada dana berlebihan akan ditambah calon2nya.

Dana dikumpulkan melalui akaun:

Malayan Banking Berhad
No. Akaun : 564593050270
Nama : Norlaili Talib



Maklumat diperlukan:

i. Nama & IC
ii. Alamat
iii. Keputusan SPM/STPM
iv. Pekerjaan & pendapatan ibu bapa
v. Pengesahan/sokongan ahli komuniti/ketua kampung/imam/guru atau sesiapa berkenaan.

Sekiranya ada tambahan dan buah fikiran harap dapat dikongsi bersama. Sokongan dan kerjasama sahabat2 didahulukan dengan jutaan terima kasih.

Semoga Allah permudahkan usaha kita dan anak2 ini mendapat haknya untuk berjaya dalam kehidupan dunia & akhirat..amin..

Untuk maklumat lanjut: Elly 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my
http://eksekutifsuri.blogspot.com

Terima kasih





Rabu, 7 April 2010

PROJEK TABUNG SUSU UNTUK ANAK YATIM & FAKIR MISKIN

Assalamualaikum

PROJEK TABUNG SUSU UNTUK ANAK YATIM & FAKIR MISKIN usahasama Eksekutifsuri.com & UmmikuSayang Charity Team dengan kerjasama sahabat2 egroups diteruskan bagi mengumpul dana bagi membiayai kos pembelian susu untuk anak-anak kecil di rumah anak yatim & fakir miskin agar bekalan susu dapat disediakan secara tetap setiap bulan.

Alhamdulillah proses penyerahan untuk bulan Feb & Mac telah disempurnakan pada tarikh2 seperti berikut:


1. Baitul Fitrah, Bandar Country Homes, Rawang (15 orang)

No.Tel: 012-3751444(Pn Nadia)

Tarikh serahan: 24 Feb & 9 April 2010 (melalui En Zaphir)


2. Puan Hasnah (Opah yang menjaga 12 cucu), Bukit Kuda, Klang (3 orang)

No. Tel: 03-33432397

Tarikh serahan: 07 Mac 2010 (bekalan Feb & Mac)


3. Rumah Titian Ashraful Rohaniah, Teluk Intan (5 orang)

No.Tel: 013-4550013(Pn Rohana)

Tarikh serahan: 24 Februari & 04 April 2010 (melalui pos)

4. Asrama Haluan Penyayang, Klang (3 orang )

No Tel: 019-3084476 (En Anas bin Hussin)

Tarikh serahan: 07 Mac 2010 (bekalan Feb & Mac)


5. Keluarga Anak Yatim & Fakir Miskin, Batu Kurau, Selama & Lenggong, Perak

(30 orang)

serahan kepada kanak-kanak di Lenggong, Perak

serahan susu kepada 2 buah Taski di Selama Perak. Difahamkan kanak-kanak miskin bersekolah di sini. Mereka selalu kekurangan makanan dan hanya minum teh sahaja.

Alhamdulillah proses penyerahan untuk bulan Feb dan Mac telah disempurnakan pada 27 Feb & 3 Apr 2010 kepada Taski Islam Sungai Lempung Dan Taski Islam Sungai Segar dan kanak-kanak didaerah Selama serta Beberapa Kg. di Lenggong Perak...Ucapan penghargaan terimakasih kepada semua yang budiman serta yang memberi sumbangan...semoga apa yang kita lakukan diberkati ilahi.....

No.Tel: 019-5414673 (En Jamaluddin)
Tarikh serahan:27 Feb & 03 April 2010 (melalui En Jamaluddin)

6. Puan Nur Atikah Mar Pha bt Abdullah(Mualaf) (2 orang)
Lot 3591-1C Kg Melayu Subang, Shah Alam.
No Tel: 019-2224474 (Nur Atikah) atau 0192224474 Puan Siti (pengantara)
Tarikh serahan:07 Mac & 17 Mac 2010(melalui Puan Siti)

Anggaran Jumlah Anak: ><58 orang (ada tempat yg diberikan hanya 2 paket seorang utk sama merasa)
Kos Susu: RM4176 sebulan

Insya-Allah kutipan dana masih dijalankan. Diharap para penderma sudi memberikan sokongan berterusan agar anak2 ini mendapat bekalan susu setiap bulan.

Sahabat boleh membantu dengan cara:

  1. Menjadi penyumbang tetap RM72/anak yatim & miskin setiap bulan untuk kos pembelian & penghantaran 4 paket susu untuk seorang anak yatim/miskin.
  2. Sedekah seikhlas yang mampu ke dlm Tabung Susu yang akan dikumpulkan untuk menampung pembelian.
  3. Membeli sambil beramal-setiap susu tepung penuh krim Raudhah yang dijual dengan harga RM24.50(WM)/RM26.50(EM) dan RM1 bagi setiap pembelian akan disalurkan ke dalam Tabung Susu untuk Anak Yatim & Fakir Miskin (Maklumat Susu Raudhah - www.eksekutifsuri.com).
  4. Sahabat boleh memilih mana2 keluarga atau rumah anak yatim yang mahu ditaja atau menyalurkan maklumat tentang saudara, jiran atau sesiapa sahaja yang daif kehidupan mereka untuk dibantu. Sahabat juga boleh menaja mereka dan urusan penghantaran susu akan diuruskan oleh kami.


Sumbangan boleh disalurkan ke Tabung Susu melalui akaun :

MAYBANK 164192049410 AHMAD NIZAM B AHMAD SHAFIEI

***akaun ini dikhaskan utk Tabung Susu utk Anak Yatim & Fakir Miskin

emailkan slip pembayaran ke
anas702005@yahoo.com untuk rekod.


Maklumat lanjut: Elly 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my


Jutaan Terima kasih pada semua yang menghulurkan sokongan, sama ada yang menderma dengan harta mereka atau yang memberi sokongan moral, masa & tenaga serta menaruh kepercayaan kepada kami .


Semoga Allah Memberkati Rezeki & Usaha kita..amin


Selasa, 6 April 2010

Misi Sinar Harapan 6: Bantuan Penyelenggaraan Rumah

Harapan belum tertunai..sekiranya ada yang sudi memberikan sinar untuk mereka harap dapat hubungi En Jamaluddin melalui no tel seperti di bawah




rumah dan keluarga Abang Tan

tandas dan bilik mandi yang hanya dilitupi kanvas

-->
Maklumat drp sahabat seperjuangan En Jamaluddin
Tepi Parit Tali Air, Kampung Redang Panjang Luar Ijok, Batu Kurau, Taiping Perak. Tinggal satu keluarga yang ramai iaitu Abang Mohaman Hamidi (dikenali di kampong sebagai Abang Tan) berumur 48 tahun bersama Isteri Kakak Norma Bt Shaari 41 tahun, tinggal bersama Sembilan orang anak, yang sulung Narima 20 th, Mohd Jefri 19 th, Rozani 15 th, Mohd Adam 13 th, Rozana 12 th, Rozeti 9 th, Mohd Amin 7 th, Mohd Shah 5 th dan Mohd Fauzi 2 th, telah menetap di rumah kecil berukuran anggaran 15 kaki X 15 kaki hampir 16 tahun diatas tanah pusaka yang ramai bahagiannya.
Abang Mohaman Hamidi bekerja kampong dengan pendapatan tidak menentu dianggarkan RM 700.00 sebulan, isterinya kakak Norma tidak bekerja kerana menjaga anak yang ramai.
Seorang anaknya Mohd Jefri 19 th, sedang belajar di maktab perguruan, seorang lagi anak perempuanya Narima Bt Mohaman Hamidi Mykad 901018-08-5304 sedang menunggu tawaran dari IPT, keputusan STPM 2009 ialah 3.25, di Sekolah Menengah Dato Haji Hussein Selama Perak, Yang lain anaknya bersekolah seperti biasa.
Dengan keluarga yang ramai abang Mohaman Hamidi tidak mampu menyediakan rumah yang sesuai dari segi bilik, bilik mandi serta tandas, wang pendapatannya hanya untuk membeli makanan seharian dan perbelanjaan sekolah anak nya. Beliau pernah memohon dari pihak yang berwajib tetapi tidak ada apa-apa jawapan dan tiada yang membantu.
Rayuan Sumbangan…
Sekiranya ada insan yang ingin membantu dari segi keperluan barang makanan atau pun kemudahan asas bagi membina bilik, bilik air dan tandas atau pun yang ingin membantu anaknya yang akan memasuki menara gading IPT, boleh lah menghubungi saya Jamaluddin Hassim melalui talian 019-5414673 …jamaluddinbinhassim@yahoo.com.my d'redang
Semoga apa yang kita lakukan ini dirahmati ilahi…




Misi Sinar Harapan 5: BANTUAN PENYELENGGARAAN RUMAH

SUBHANALLAH.....Alhamdulillah hanya selepas beberapa hari sumbangan disalurkan, A'Yusuf sekeluarga telah mendapat tempat perlindungan yang lebih baik..betapa besarnya jasa sahabat2 memberi sinar kepada mereka....semoga setiap kali mereka beribadah dan merasa nikmat tinggal di rumah ini, setiap kali itulah sahabat2 yang telah memberi sumbangan akan mendapat pahala & nikmat daripada Allah..Terima kasih..

sebelum: ruang dalam rumah, tiada bilik, berlantai tanahselepas (08/04/2010): LANTAI RUMAH YANG TELAH DISIMEN
sebelumselepas(08/04/2010): DINDING YANG TELAH SIAP DI PLASTER DAN DI CAT


Assalamualaikum

Alhamdulillah kami telah menerima sumbangan - fidyah & sedekah sebanyak RM500 (drp ahli UkS Charity Team, Resipi.Net & Tabung Suri) dan telah diserahkan kpd En Jamaluddin utk disampaikan kpd Abang Yusuf. Difahamkan bahan2 untuk mebaiki rumah telah dibeli dan usaha pembinaan dilakukan sendiri oleh Abang Yusuf. Terima kasih buat sahabat2 yang banyak membantu merealisasikan impian saudara kita ini. Semoga Allah Memberkati Usaha kita. amin.

Sedutan laporan rasmi daripada En Jamaluddin, sahabat yang meziarahi keluarga terbabit.

PER: PROGRAM SINAR HARAPAN BANTUAN PENYELENGGARAAN RUMAH

Asalamualaikum...Tuan dan Puan-Puan yang budiman

Dengan hormatnya merujuk perkara diatas,

1. Maklumat yang diperolehi adalah semasa datang berkunjung menyampaikan sumbangan keperluan makanan kepada abang yusof yang tinggal bersama isteri dan enam orang anak, abang yusof 49 tahun bekerja di Ladang Stoughton dengan purata pendapatan RM 500.00 cukup untuk menyara keluaraga yang ramai. Beberapa bulan yang lepas rumah usang abang yusof di timpa pokok durian , 80 peratus rumahnya rosak teruk, ada pihak yang memberi bantuan sebuah rumah berukuran 14 X 16 kaki persegi, disebabkan anak-anak yang ramai rumah yang diberi sempit dan kecil dan tiada ruang bilik abang yusof membuat penyelenggaraan dapur dengan mengunakan duit sendiri dan tidak mencukupi, untuk memberi keselesaan kepada abang yusuf sekeluarga bagi membeli simen dan pasir untuk membuat lantai dan plaster dinding abang yusof ingin membuat rayuan kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan.

2. Disini saya memajukan gambar untuk bantuan penyelenggaraan rumah abang yusuf dari Kampung Redang panjang Luar Batu Kurau Taiping perak.

Anggaran kos bagi membeli barang dan peralatan adalah seperti berikut sebanyak RM 500.00, Kerja-kerja adalah dilakukan sendiri oleh abang yusuf.


PENYAMPAI MAKLUMAT

JAMALUDDIN BIN HASSIM (De’Redang)