Rabu, 30 September 2009

Rumah Titian Ashraful Rohaniah-betapa bertuahnya kita

Salam

Alhamdulillah dapat juga kami singgah di RTAR Ahad lepas (27/09/09) utk sampaikan sumbangan sahabat2..
Dalam banyak2 rumah anak yatim & kurang bernasib baik yg kami ziarah, RTAR meninggalkan kesan mendalam dlm jiwa saya.

Ada 5 kategori di sini: anak yatim, mualaf, orang kurang upaya, orang2 tua, ibu tunggal.
Hanya insan terpilih oleh Allah swt sahaja yg layak menjaga mereka..saya kagum dgn K'Ana & suami menghadapi kerenah golongan tidak bernasib baik ini.


Saya syorkan sahabat2 datanglah ziarah mereka. Klu hati2 kita sudah "kering & keras" tiada lg rasa bersalah menzalimi diri & orang lain, insya-Allah di sini kita akan rasa insaf. Itu pun klu Allah bukakan hati kita utk menerima hidayahnya..
Klu kita rasa susah, ada lagi insan yg lebih susah..dan ingatlah ada pembalasan atas apa jua perkara yg kita lakukan wpun sebesar zarah..

Sehingga kini masih terbayang2 di mata saya wajah anak2 kecil yg ditinggalkan ibu bapa, dan wajah ibu bapa yang ditinggalkan anak2..aaah..tergamaknya mereka..

kita tidak tau masalah mereka..tapi saya tidak dapat gambarkan betapa tergamaknya seorang ibu meninggalkan anak2 seusia satu hari yg masih lg terciar2 mencari susu..
Saya dapat bayangkan mcm mn anak2 ini membesar...mungkin penuh dendam & rindu bercampur baur..kalau dah pasti anak yatim mungkin lebih mudah menerima hakikat, tapi ini dibuang ibu bapa sendiri..

Saya juga tidak dapat menahan perasan bila seorang ibu tua..menangis merintih depan saya bercerita betapa dia tidak diendahkan anak2. Sebelum pulang ibu tua itu siap membungkus pakaiannya utk mengikut kami pulang..itulah harapannya utk beraya bersama anak cucu..tapi haknya dinafikan..

syukurlah Allah temukan kami dengan golongan ini...merekalah sumber kekuatan kami..kalau kami susah,ada lagi yg lebih susah..jika kami dizalimi, ada lagi insan yg lebih berat dugaannya..Betapa bertuahnya kita....

INFO:

RTAR ada 55 orang tua, org kurang upaya & kanak-kanak

bayi & kanak-kanak
Ariana 3 bulan
Danial 1 1/2
Nanda 2 tahun
Ainul 5 tahun
Farah 9 tahun

keperluan:
1. kewangan:
Akaun MBB : 110107272588
SITI NOORLIYEANTI KHAN.
2. selimut & cadar
3. Susu
4. lampin pakai buang bayi M, L & XL
5. lampin pakai buang orang tua
5. bekalan makanan, beras, gula, dll
6. yg paling penting-PERHATIAN & KASIH SAYANG

Jemput singgah:

Rumah Titian Ashraful Rohaniah
Pn. Rohana Saidin (Kak Ana)
No.53B, Kg Selabak Luar Batu 3,
Jln Changkat Jong 36000 Teluk Intan
013-4550013/ 05-6237530



Isnin, 28 September 2009

Ziarah Rumah Anak2 Yatim & Fakir Miskin






Assalamualaikum

Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah usaha kami dipermudahkan. Allah telah temui kami dengan ramai sahabat maya yang pada awalnya saling tidak mengenali, tapi punya satu tujuan..Memperjuang kan nasib anak2 yatim,ibu tunggal & fakir miskin serta pelajar Mahaad Tahfiz & warga tua.

Pada awalnya Jualan Amal Serunding dijalankan bagi mengutip dana utk 2 rumah sahaja. Tetapi dengan bantuan sahabat2 yg memberi maklumat & sokongan sumbangan dpt dipanjangkan ke beberapa rumah lain. Projek ini yg masuk tahun ke-5 bertambah manis kerana banyak pihak dapat berkongsi rezeki..

Insya-Allah pada 12 & 13 Sept kami bersama UmmikuSayang Charity Team & TM akan ke beberapa rumah anak yatim & keluarga miskin untuk menyampaikan sumbangan hasil Jualan Amal & sedekah sahabat2 serta tajaan serunding, cupcakes, kuih-muih & lain2. Senarai rumah anak yatim ada dilampirkan.

Sahabat2 saya juga akan membawa sumbangan serunding dll ke Maahad Tahfiz & Pondok Warga Tua di Madrasah Nur as-Salam, Selama Perak dan Mahaad Tahzib wa Taalim, Seky 13 S.Alam. Manakala sahabat2 Haluan P.Pinang membantu mengutip dana untuk ibu2 tunggal dengan jualan serunding di sana.

Doakan perjalanan kami dipermudahkan Allah. Sekiranya tuan puan ingin bersama kami meraikan anak2 yatim ini amat dialu2kan.

Insya-Allah perjalanan saya bermula di Kompleks Haluan Penyayang, Bkt Naga S.Alam pada pukul 9pagi, Sabtu 12 Sept.

Jutaan Terima kasih kepada semua sahabat2 yg banyak membantu. Semoga Allah memberkati usaha & rezeki kita ..amin..


ELLY 012-3614014
Eksekutifsuri. com
UmmikuSayang Charity Team